A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang

Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang PDF Print
Sunday, 16 March 2008 22:20

Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis didalam Baahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di seluruh Negara terutama di PP.

Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.

Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.

Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.

Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.

Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.

Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.

Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang?Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya janagn bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu diPP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan “direct nego” sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.

Wahai bangsa ku di Pulau Pinang, saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. “Pikiak jauh sikit”. Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki, India,hindustani, eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12.

Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?

Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.

Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?

Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP – rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa – duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.

Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi…jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent.

Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah.

Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.

Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah.

Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman

MD MMed (OM) MBA (IT) Dip Ae Med CTM AME (17)

www.rights2write.wordpress.com

Comments (20)Add Comment
...
written by karyeowl, March 16, 2008 22:42:25

Well written by Dr Mohamed Rafick Khan.

Dear fellow Malaysians, please think rationally with our brains and not emotions. I believe that the 5 non-BN controlled states can do well in these coming 4-5 years.

Lets work hard to make Penang and Selangor to be as good and efficient as Singapore in the coming years, under Barisan Rakyat government. We need to show to BN, without them, we, the People of Malaysia also CAN progress. BARISAN RAKYAT BOLEH juga! (maybe at half the cost of BN)

report abuse
disagree 2
agree 68
...
written by JaguhKampung, March 16, 2008 22:53:12
What UMNO Penang and UMNO on the whole did was shameful. They are sore losers. When Hindraf and Bersih rallied in KL, they said these people are irresponsible and frightened investors and tourist into the country. They use water cannons and tear gas.

Now this doesn't apply in Penang and other parts of the country when it is done by UMNO. Clearly this is double standard.

All these just prove one thing. UMNO is does love the people or the country. They are just interested in keeping themselves in power. UMNO Penang even motioned the Federal Government to cut funds into Penang to stop development to punish Penangites for voting for the opposition. What party were we suppoting in the past? What kind of people is this? When they are not in power, they want to see the state fail.

UMNO is also doing something very dangerous to the country. They keep fanning racial sentiment by making comments to anger/frighten the Malays. The mainstream media controlled by them are acting in cohort to do the same by twisting and spinning statements made by politicians. Without internet and alternative media, this country would probably went into chaos by now with the bad press for the past week.

All these protest against dismantling the NEP is just an excuse to create trouble and instability. This is very irresponsible and dangerous for a Party that claim they protect the people and fight for Malay righst. Clearly they are only protecting their own rights to continue to rape the country.

Based the behaviour of UMNO, especially UMNO Penang, the people have wisely voted them out.
report abuse
disagree 1
agree 43
...
written by billykbk, March 16, 2008 22:53:54
I strongly believe the good and smart Malays will be able to digest the above recourse and act wisely for the benefit of all. For a greater and prosperous Penang, we, Malays, Chinese, Indians, and other ethnic groups shall work and live together harmoniously. Kick the UMNOputras out of Penang, better still out of this country....Instigators and traitors of this nation!!!
report abuse
disagree 2
agree 21
...
written by sitiawan, March 16, 2008 22:54:43
Begitu jelas dan jitu sekali penjelasan artikel ini.

Kalau orang melayu UMNO masih tak faham faham, jangan jadi manusia,

masuk ke dalam hutan dan fikirkan betul betul siapa sebenarnya DALANG jahat ini.

Penyangak-Penyangak ini tak habis habis nak melaga-lagakan orang melayu dengan

orang Cina.Masalah Dalaman cuba dinafikan.Isu perkauman asyik dibangkitkan.Niat

Jahat Pemimpin Pemimpin UMNO ini akan ditangkiskan oleh rakyat.Orang Melayu,Cina

dan India akan bersatu dan muslihat jahat dan kejam ini akan dikuburkan.BN pasti

menemui jalan BUNTU dan akhirnya makan sendiri dan terpaksa gulung tikar.

Hoi,Penyangak-Penyangak!:TUHAN sedang memerhatikan Sandiwara kamu,Balasan kamu

pasti datang suatu hari nanti.

Kepada Rakyat Malaysia:BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH!
report abuse
disagree 3
agree 57
...
written by thum, March 16, 2008 22:57:05
Agreed. BR has to focus on the main issue and that is good governance, transparency etc as they stated in their manifesto. smilies/smiley.gif

Penang, Selangor are well positioned to be exemplary model states under BR and lead the rest as they are the 2 riches states in the country.
report abuse
disagree 3
agree 14
...
written by macaufan, March 16, 2008 23:04:02
korek korek korek korek....... ! don wori, i strongly believe we all m'sian now has got altenative news/media & ur artical/message will definitely get across to all m'sians regardless of race, religion & culture especially those in PP ! we all m'sian has chosen BARISAN ALTERNATIVE & we've made the right decision !
report abuse
disagree 3
agree 11
...
written by beijing, March 16, 2008 23:17:46
Sad to see the demonstration in PP & Selangor. What happen to this people? Are you Malaysian? No. Are you Malay? No. You are UMNO who destroy Malaysian.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by hakuna, March 16, 2008 23:18:43
Well written Dr.
One wonders why are people so easily manipulated - too much emphasis has been given to race and religion that one figures by belonging to a particular race or religion one must be showered with all the goodies.
Give the new government a chance to show their style of administration.
When BN has been governing all these while why didn't people who voted for the opposition demonstrate immediately after the election results?
Just accept the results gracefully - people voted the present government because they were fed up with BN and its corruption.
Just watch and if you ain't happy you are at liberty to kick off the present government when their term expires.
Please think before you react.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by miracle, March 16, 2008 23:21:35
setuju ...kalau boleh tolong email pesanan ini kepada semua ....supaya sampai kepada yang belum matang dan yang tak guna otak ... anothers words please forward this article to all your contacts so that it will reach to those still not using their brain ..
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Malaysian Abroad, March 16, 2008 23:23:31
Apabila Tanggongjawab Menjadi Hak.

Setelah lima puloh tahun menjadi “pentadbir” kerajaan Malaysia, pemimpin-pemimpin Barisan National, lebih-lebih lagi UMNO telah lupa dan alpa akan apakah kedudukan sebenar mereka sebagai “pentadbir” negara. Perlu diingatkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan “Perbendaharan Negara” adalah terang dan jelas. Disini emphasis adalah pada perkataan “Negara”. Segala perbelanjaan dari segi infrastruktur dan lainnya adalah tanggongjawab kerajaaan sebagai pemegang amanah seluruh rakyat. Akan tetapi, ketara sekali melalui ucapan serta hujah-hujah kerajaan BN bahawa tanggung jawab ini telah bertukar menjadi hak. Oleh yang demikian, timbullah tekanan-tekanan dari pihak pihak berkaitan saperti UMNO PP meminta supaya perkhidmatan RapidKL di PP dihentikan. Harus diingat, UMNO dan BN hanya boleh berbuat demikian sekiranya perkataan “Negara” itu digantikan perkataan “UMNO” atau “BN”, menjadikannya “Prbendaharaan BN”.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by penang1, March 16, 2008 23:43:01
To be frank, as a Penangite myself, I rather not have any of the UMNO-planned mega project in Penang.

Those mega projects are not designed to benefit the people of Penang anyway. Those are self-serving projects, specifically designed to benefit the cronies.

To UMNO, you can take all the mega projects and shove it up your ass !

If we want a 2nd bridge, we will build it with our own money. Similarly, if we want a monorail or subway or any kind of mass transit system, we will figure out which one would suit Penang best, and build it accordingly, with our own money.

Leave us alone, UMNO !
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by JaguhKampung, March 16, 2008 23:45:46
I would like to call all Malaysians to demand that the Presiden of UMNO/Prime Minister of Malaysia to issue a statement to stop this animalistic behaviour of UMNO members in Penang and elsewhere in Malaysia.

This situation, if left to escalate, would lead to grave instability in the country. If these news is splashed through out the world, people will avoid this country.

The Presiden of UMNO/ Prime Minister of Malaysia should issue a statement and demand their UMNO warlords to stop this protest and nonsense within 24 hours. If the UMNO warlords defies his orders, President of UMNO should step down because he is no longer obeyed by his people.

report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by Rohani Hitam, March 16, 2008 23:47:08
Hak orang2 Melayu TERJAMIN di-PP. Mereka hanya perlu sabar dan lihat dengan mata sendiri. UMNO mementingkan hak segelintir masyrakat Melayu, mereka2 itu ada-lah yang jadi tali barut dan kroni2 UMNO. DAP akan menentukan kesemua yang berhak mendapat bantuan dan sokongan di-beri keutamaan tanpa mengira bangsa dan ugama. Orang2 Melayu banyak tertinggal dan tidak hairan-lah yang berhak menerima bantuan ada-lah orang2 Melayu sendiri.

PP bolih mengikut jejak Singapura dengan ada-nya pemerintah negeri yang baru di-bawah kepimpinan DAP dari BR. Mereka akan berungguh-sungguh mahu membuktikan yang mereka lebih berwibawa, tingkas dan ikhlas dari kerajaan yang lalu. Orang2 Melayu sama2 menikmati hasil-nya. Lihat-lah nanti.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by myke, March 16, 2008 23:48:04
Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman

Well writen, its for the country and future of Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Msian 2, March 17, 2008 00:00:48
A valued human being extolling virtues of intergrity and responsibilities. We need more leadership like Dr.Mohamed, who may have benefited from NEP but yet knows where the heart beats.Thanks for the great piece of writings.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by docselva, March 17, 2008 07:26:40
Dear Dr Rafick,

thank you for your article

Please write or do something for Dr Basmullah.

thanks.

report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by grant, March 17, 2008 08:40:34
If only all, not only Malays but all could think like what Rafick wrote, this world will be at peace.. Unfortunately, people are like donkeys... one day say this tomorrow do that...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Raja Gasper, March 17, 2008 11:32:36
Dulu,kini dan selamanya UMNO P.Pinang tak akan faham kehendak rakyat.Memandangkan
hampir 95 % ketua-ketua Umno Pinang adalah terdiri daripada komuniti Muslim orang
India yang berlagak seperti Melayu Tulin,maka tak fahamlah Umno P.Pinang dengan
perasaan Melayu Asli P.Pinang yang menolak Umno.

Apakah orang Melayu Asli tak layak jadi Ketua ketua Umno P.Pinang ? Sebenarnya
Melayu Asli P.Pinang adalah masyarakat yang terpinggir kerana diwakili oleh
Umno P.Pinang yang tidak Asli dan hanya gaduh untuk kepentingan diri sendiri.

report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by mad topeik, March 17, 2008 14:55:07
Its about the pgcc. period.
It started when Guan Eng said that he was going to review that project.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Kcc, March 17, 2008 15:25:44
A promise has been made. That the Malays will not be marginalised. That their rights will not be violated. That there will be transparency. So now, we wait for the truth. While we wait, please don't do or say anything stupid that could cause problems to the nation.

I personally believe the YB Lim can do it, but he can't succeed alone. EVERYONE must play their role.
report abuse
disagree 1
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM