|
Isnin 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional”, selepas kekalahan di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Negara.
Kemudian, pada Rabu 12 Mac 2008, Mukhriz menghantar sepucuk surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mengesa agar berundur dari semua jawatan. Sesuai dengan prinsip kepertanggung jawaban (accountability) dan melunaskan tanggung jawab fardu kifayah (sesuai dengan prinsip kedua Islam Hadhari - Kerajaan yang bertanggung jawab dan diyakini rakyat) kepada rakyat, masyarakat dan Negara, PM Abdullah wajar berundur kerana rata rata rakyat sudah hilang keyakinan dengan pentadbiran dan kemampuan Kepimpinan beliau. Sebagai menyahut langkah berani dan tidak mementingkan diri sendiri Mukhriz itu, demi Agama, Bangsa dan Tanahair, maka sebuah petisyen awam online ini dikhaskan kepada semua pengguna alam siber untuk sama sama menyokong dan menunjukan kesungguhan mendesak agar PM Abdullah berundur dari semua jawatan serta merta. Sila e mail semua sokongan (lengkap dengan nama penuh, no. MyKad/IC, no- telefon (dan no. keahlian UMNO, sekiranya ada) – sebagai membuktikan kesahihan penanda tangan petisyen) kepada:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
dan/atau petition against Abdullah Badawi READ MORE HERE
|