|
Pakat Semua Adun BN Sertai Pembangkang - Shahidan MB Baru |
|
|
|
Saturday, 15 March 2008 20:27 |
KHABARNYA Shahidan Kasim yang diketepikan dari menjadi Menteri Besar Perlis akan bertindak bersama para Adun lain yang menjadi proksinya menjadi pembangkang dalam Dun negeri itu.
Ia bergantung kepada sejauh mana dirinya tidak dilantik dari menerajui Perlis penggal ini.
Namun, para penyokongnya dikumpulkan sekali lagi seperti diawal pembubaran parlimen bagi mengasak Istana agar menarik balik perkenan Sultan memilih Datuk Dr. Isa Sabu sebagai MB yang baru. Menurut sumber, pihak Istana tidak akan akur dengan karenah Shahidan yang kini dilihat "tidak jauh perangainya" macam Lim Kit Siang di Perak.
Untuk rekod, dalam kes di Perak, Lim akhirnya memohon maaf dengan Raja Dr. Nazrin atas sikap melampau dan biadapnya untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah MB Perak, Ir Nizar Jamaluddin.
Sehingga kini, Shahidan belum memohon maaf kerana dia sedang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan semula kerusi empuk Menteri Besar Perlis itu.
Jika gagal, bermakna dia akan mengetuai pakatan pembangkang BN (Team B) untuk berdepan dengan MB barunya, Isa Sabu. READ MORE
|