A+ | A- | Reset
Home

ALERT

"Menteri yang tewas tiada tempat dalam kabinet saya" Abdullah PDF Print
Saturday, 15 March 2008 20:22

(KLpos) PUTRAJAYA: Menteri-menteri Kabinet yang kalah pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu tidak akan dilantik semula dalam barisan jemaah Kabinet baru yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 

Beliau menegaskan bahawa Kabinet baru itu akan dianggotai oleh barisan pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan segala yang dirancang oleh kerajaan.

Katanya pemilihan anggota Kabinet baru itu merangkumi calon-calon dari pelbagai kaum dan muka baru yang berjaya dalam pilihan raya umum lepas.

"Yang sudah tewas kita tidak ada cadangan untuk melantik semula. Kita mahu transformasi yang hendak dibawa itu mesti dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya semasa temubual dengan Bernama TV di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdullah, berkata Kabinet baru itu akan dianggotai oleh calon-calon daripada semua kaum sama ada Cina, India, Iban dan Kadazan.

Pada pilihan raya tersebut, empat menteri Kabinet dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mencatatkan keputusan luar dugaan apabila tewas kepada muka baru yang dicalonkan oleh parti pembangkang.

Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil (Lembah Pantai), Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (Shah Alam) dan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Sungai Petani.

Comments (9)Add Comment
...
written by omarkhayyam, March 15, 2008 20:48:02
Dollah, you want us to believe u??

u got to be kidding!, the contracts this bekas-bekas menteri holding under their proxy still on-going .... the pocketed millions stashed away ... the proxy companies still operating ...

go on announce anything, we ain't buying your "story" no more

cheers
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by raj kiran, March 15, 2008 21:02:46
Beliau menegaskan bahawa Kabinet baru itu akan dianggotai oleh barisan pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan segala yang dirancang oleh kerajaan.

oh bodowi bodowi,PR ke 11 hang beritahu ini sahaja pada rakyat,tapi kalah teruk di PR kr 12.sekarang pun sama juga,haa nanti tiba masa PR ke 13,tiada BN lagi.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by kamal, March 15, 2008 21:39:20
I hope Pah Lah keeps his WORDS.

We just need to wait and see.

But for sure, in a next few months, a new Opposition government will take over. So, then we can let this sleeping and unreliable PM to do what he wants.

Read my blog KAMAL-TALKS http://kamal-talksmalaysia.********.com
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by billykbk, March 15, 2008 21:51:52
Menteri yang tewas tiada tempat dalam kabinet saya" Abdullah ....


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

What about those who won by a whisker? Or the 1 who is going to be hauled to court for not signing the forms, and looked so dumb? And, what about dumbass like your SIL?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by kasiakanaun, March 15, 2008 23:09:09
Yang kalah memang tak payah lantik pun! Lantiklah yang menang. Dari BR kan ramai!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by artchan, March 15, 2008 23:31:36
he denies everybody so that he can fill the vacancy with his son in law.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by budakindia, March 15, 2008 23:33:53
Ghairah sangat Dollah kita tu nak naikkan menantunya jadi menteri! smilies/grin.gif Mampukah dia? Wakil postal tu ada ke tokoh pemimpin? smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Naha, March 15, 2008 23:39:02
"Perdana Menteri yang tewas tiada tempat dalam negara kami" Rakyat
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by angfaulith, March 16, 2008 15:26:36
hidup pas!! hidup islam!!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM