A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Terengganu : Lantik MB baru sebelum Isnin PDF Print
Friday, 14 March 2008 19:14
(SinarHarian) KUALA TERENGGANU – Selepas enam hari Terengganu belum mengadakan pelantikan Menteri Besar, akhirnya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang memenangi pilihan raya umum ke-12, Sabtu lalu cuba mencari satu jalan penyelesaian. Kira-kira jam 9 malam tadi, mereka telah mengambil keputusan dengan berkumpul di Hotel Primula Beach Resort, di sini, bagi menyatakan sokongan padu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Malah, sempena pertemuan itu juga, ADUN dan Ahli Parlimen berkenaan turut menandatangani surat sokongan kepada Idris yang juga merupakan bekas Menteri Besar Terengganu sejak tahun 2004.

Selain itu, Sinar Harian difahamkan kemelut mengenai calon Menteri Besar dijangka akan diketahui dalam tempoh terdekat ini dan Majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan pula dijangka bakal diadakan sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinet baru yang dijangka pada Isnin depan.

Sementara itu, pelbagai desas-desus dan spekulasi mengenai calon Menteri Besar Terengganu yang turut mengaitkan beberapa nama ADUN di Terengganu sebelum ini, secara tidak langsung menjadikan ADUN terbabit berada dalam keadaan ‘rimas’.

:Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO Negeri, Datuk Din Adam berkata, spekulasi yang semakin hangat diperkatakan sekarang tidak seharusnya timbul memandangkan rakyat masih memerlukan Datuk Seri Idris Jusoh.

“Datuk Seri (Idris Jusoh) adalah orang yang paling layak….orang yang mampu mentadbir negeri ke arah yang lebih baik. Sepatutnya tidak timbul perkara-perkara seperti ini dan saya sendiri menyokong penuh kepimpinan beliau. Saya akan memberikan sokongan padu kepadanya bagi meneruskan perjuangan untuk membangunkan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.

Din yang memenangi kerusi DUN Bukit Besi dalam pilihan raya kali ini menyifatkan bahawa Idris sebagai 'the most competent' (paling cekap).

Katanya, spekulasi mengenai siapa calon Menteri Besar Terengganu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengakibatkan lebih banyak tekanan, selain beliau turut mengharapkan Idris terus diberi peluang untuk mengekalkan jawatannya.

Manakala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Ahmad Said yang turut dikaitkan sebagai salah seorang calon MB ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Beliau yang memenangi kerusi DUN Kijal baru-baru ini sebaliknya berkata, “Tiada sebarang ulasan setakat ini. Itu hanya spekulasi semata-mata,” ujarnya.

Desas-desus dan spekulasi mengenai siapa calon MB Terengganu mula diperkatakan ramai sejak Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sepatutnya diadakan pada Isnin lalu ditangguh, menyebabkan kedudukan sebenar jawatan Menteri Besar Terengganu untuk penggal ini terus menimbulkan persoalan.

Malah, desas-desus mengenai Datuk Seri Idris Jusoh tidak lagi meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar turut mendapat perhatian ramai, apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada istana.

Pada pilihan raya umum Sabtu lalu, BN berjaya memenangi 24 kerusi daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan di Terengganu manakala lapan lagi berjaya dikuasai Pas.

BN juga berjaya mengekalkan tujuh kerusi Parlimen manakala Pas pula hanya menang di Parlimen Marang yang diperoleh melalui calonnya iaitu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Presiden Pas.
Comments (10)Add Comment
...
written by jingoza, March 14, 2008 19:31:26
the 'most competent' kepala hotak hang din adam barua pengampu ! 'most competent' la dalam penipuan,ketua 'hantu2' yang datang mengundi,rasuah & kemungkaran ,fitnah terhadap PAS & pemimpin2 nya ! punya la bahlol & samdol depa2 ni semua umno mangkuk masih nak angkat barua penipu deris ni !
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by Hakim Abdullah, March 14, 2008 19:41:13
Wow! new technique in 'balls licking'...'balls sucking'....Din Adam current Champion...
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Flex Tan, March 14, 2008 20:49:03
HEARD OVER THE NEWS...PERLANTIKAN MB WILL BE HELD IN PUTRAJAYA...???

MEMANG DERHAKA BETUL ..... TAK SEMBAH JUNJUNG SULTAN TERENGGANU.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Flex Tan, March 14, 2008 20:58:25
PS. DI SEBUAH HOTEL .... ???
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Flex Tan, March 14, 2008 21:07:23




Friday March 14, 2008
MYT 8:13:45 PM


Group protests outside S’gor secretariat

By DHARMENDER SINGH

SHAH ALAM: A small group of people marched from the state mosque to the state secretariat building here Friday to protest against DAP’s decision to abolish the New Economic Policy (NEP).

The participants started to gather at the roundabout near the mosque just after Friday prayers at about 2.30pm and were seen standing at the side of the road carrying banners.

The protesters stopped right in front of the line formed by the police Light Strike Force (LSF) members, about 150m from the main entrance to the building, but continued with their cries. They left peacefully about 20min later.

Shah Alam Deputy OCPD Deputy Supt Mohd Shariff Abdul Wahid said police were aware of the planned gathering and confirmed that no permit had been issued for it.

“The secretariat building is a protected government building so we stationed 50 men there including two units of the LSF as a precautionary measure,” he said.

He said the protesters, who belonged to a political party, had asked to meet with Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim but the police did not permit this due to security concerns.


UMNO PROTEST WITHOUT PERMIT... POLICE JUST LOOK AND SEE...

MAIN STREAM MEDIAS SUPPORTED PROTESTERS' PLIGHT, CONSISTED OF UNNECESSARY INSULTS & RACISTS REMARKS ....
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Kyle, March 14, 2008 21:56:23
aiyahhh.... tak payah susah-susah lah..
kalau tak boleh confirm siapa jadi mb, bagi saja sama itu tuan haji hadi jadi lah.
mungkin DYMM Sultan pun ada setuju..
umno/bn selalu kata mereka kerja untuk rakyat, apa macam kalau DYMM Sultan sendiri pilih yang baginda suka, macam itu di Perlis ?
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Kyle, March 14, 2008 21:58:37
If there are more demos to come, I think the police will start scratching their heads.
"To arrest, or not to arrest ?"
That is a HEADACHE !
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by krepot, March 14, 2008 22:41:55
The infighting continues and is getting hotter....

For a moment, try to picture Sleepy Head stepping down and then picture Najib Mongolia rising up to power - then picture his bitchy wife next to him, and then picture what the other UMNO and BN members will start to do........

Sleepy head is not a leader, and Najib has so much of baggage! Any which way, they are screwed!

The infighting in UMNO will get hotter and hotter and finally implode bringing to end, the colourful and dirty history of UMNO. There is no one person in UMNO/BN who is strong enough to tell everyone, to just shut the f*ck up and move on. All of them are so used to kissing asses, that they DON'T KNOW HOW TO LEAD! Sad!
report abuse
disagree 0
agree 4
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Malaysiaputra, March 15, 2008 12:30:57
Heard that Besut people are not particularly welcome by the "true " Terengganu people. Besut has always been considered to be closer to Kelantan cultural wise.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM