A+ | A- | Reset
Home arrow Dari Jelebu arrow Rakyat telah memilih ABU

Rakyat telah memilih ABU PDF Print
Friday, 14 March 2008 14:37
Active Image

Mereka tidak mahu diri mereka dilihat - ini Melayu, ini Cina, ini India atau ini Bumiputera. Mereka mahu dilihat dan ditakrif bahawa mereka adalah warga Malaysia yang setaraf.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Rakyat Malaysia dalam pilihan raya ke 12 telah memilih ABU – Asalkan Bukan Umno/Anyone But Umno.

Ada masalah ke? Apa masalahnya?

Apa masalah DAP menubuhkan pentadbiran baru di Pulau Pinang? Apa hal jadi kalut apabila PKR akan menubuhkan kerajaan baru di Selangor? Apa halnya bila DAP mendapat undi terbanyak di Perak dan menubuhkan pentadbiran baru? Kedah dan Kelantan di bawah PAS ada problem? Apa problemnya?

Ada masalah ke apabila PKR akan mentadbirkan Wilayah Persekutuan/Kuala Lumpur?

Soalan-soalan saya ini timbul kerana saya terus membaca di akhbar-akbar lekeh arus perdana yang memaparkan berita yang cuba menimbulkan agenda perkauman Melayu. Saya juga menerima tek pesanan ringkas yang cuba mengapi-apikan sentimen Melayu untuk menimbulkan perasaan anti-bukan Melayu kerana rakyat telah memilih ABU.

Mari kita lihat bagaimana sebuah akhbar Melayu arus perdana yang lekeh lagi melekehkan. Lihat bagaimana akhbar ini menguruskan sentimen anti-bukan Melayu. Apabila rakyat memilih Abu kelihatan akhbar ini di laman rencana dan di ruangan surat pembaca telah cuba menerangkan kepada pemilih ABU bahawa kini ‘ ketuaan Melayu telah hilang!”

Ha ha ha … surat khabar corot ini masih lagi memainkan keset lama tentang ketuanan Melayu. Saya telah jelak , mual dan hendak muntah membaca dan mendengar agenda ketuanan Melayu. United Malay National Organistions ini cuba disamakan sebagai Melayu. Tolong sikit beeb… bukan semua Melayu berpayung di bawah agenda ketuanan Melayu. United Malay National Organisations mengakui ada hampir 2 juta ahli. Woit! Dalam negara ini ada berapa juta lagi orang Melayu?

Tidak semua Melayu di Malaysia ini bersetuju dengan konsep ketuanan Melayu. Tidak semua Melayu akan menyahut seruan ketuanan Melayu. Tidak semua Cina mahu bertuankan ketuanan Cina. Dan tidak semua India mahu bertuankan ketuanan India. Dan tidak semua Punjabi mahu bertuankan ketuanan Benggali.

Mereka yang telah memilih ABU kerana mereka mahu bertuankan keadilan, ketelusan, kebenaran dan kesaksamaan derajat. Mereka telah muak dengan agenda pecah dan perintah. Mereka tidak mahu diri mereka dilihat - ini Melayu, ini Cina, ini India atau ini Bumiputera. Mereka mahu dilihat dan ditakrif bahawa mereka adalah warga Malaysia yang setaraf. ( Kenapa berat dan ngok sangat kepala untuk memahami bahawa agenda ketuanan Melayu ini telah lama bungkus dan telah di humbankan ke dalam tong sampah sejarah.)

Apa salahnya anak muda itu di terima masuk ke fakulti perubatan walhal kelulusan anak muda ini cukup cemerlang. Anak muda ini di tolak hanya kerana dia Cina dan tidak termasuk dalam agenda ketuanan Melayu. Ini perbuatan gila. Orang sakit di Malaysia ini kalau dia sakit dia tidak mengira bangsa apa, agama apa atau dari parti apa doktor yang mengubati.

Kenapa kontrak buat bangunan sekolah itu di berikan kepada si Polan ini? Dalam masa enam bulan sesudah siap sekolah ini runtuh rahai? Jawabnya si Polan ini di beri kontrak kerana dia Melayu dan ini agenda ketuanan Melayu. Ini kerja gila. Pengundi ABU mahukan yang terbaik bukan yang TERMELAYU.

Kenapa Naib Canselor di universiti-universiti semuanya Melayu walhal kebanyakan dari mereka benak, tidak berilmu, bebal dan tidak ada mengeluarkan tulisan-tulisan ilmiah. Jawabnya Naib-naib Canselor ini dilantik hanya kerana mereka Melayu dan ini agenda ketuanan Melayu. Ini kerja gila, kerja orang bodoh. Dunia akademia bukan mahukan Melayu. Dunia akademia mahukan mereka yang bijak , berilmu dan bukan berMelayu. Ilmu datang bukan kerana dia Melayu tetapi kerana insan profesor itu berilmu dan ada keupayaan untuk berfikir, menulis dan berhujah secara ilmiah. Kaki bodek tidak termasuk dalam Cv dan biodata untuk menjadi profesor di universiti.

Dalam ruangan pembaca di media yang sama saya juga terbaca tentang ‘ survival Melayu’. Mula-mula saya ingatkan ini program TV yang bernama “ survival’ rupa-rupanya bukan. Survival yang di perkatakan oleh akhbar lekeh ini ialah survival Melayu.

Haha haha.. lawak betul akhbar ini. United National Malay Organisations bukan oksigen beeb. Tolong lah beeb... Manusia Melayu telah wujud ribuan tahun tanpa United Malay National Organisations. Pertubuhan ini pula baru muncul pada tahun 1946, ini pun kerana perancangan British yang sedang nazak dipukul oleh perjuangan rakyat Malaya yang mengangkat senjata.

Saya tidak tahu bagaimana dan apa pertalian United Malay National Organisations dengan kunun apa yang di panggil ‘survival’ Melayu. Tapi saya tahu apa yang tidak akan ‘survive’ dan pupus nanti. Yang akan pupus ialah ‘contract junkies’. Yang akan pupus nanti ialah Mat Subcon. Yang akan pupus nanti ialah mereka yang tidak berkelayakan untuk masuk universiti pasti tidak akan dapat masuk universiti. Tolong lah beeb...jangan samakan makhluk-makhluk ini dengan 300 juta susuk-susuk yang dipanggil Melayu di Nusantara.

Selepas – ‘survival Melayu ‘ muncul pula apa yang kunun dipanggil agenda perpaduan Melayu. Satu lagi lawak tengit. Apa barang yang di panggil perpaduan Melayu ini? Benda ini ada di jual di Maidin ke? Ada di jual di Chow Kit ke? Berapa harga sekilo?

Perpaduan Melayu untuk apa?

Susuk Melayu tidak pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai dunia kiamat pun TIDAK akan bersatu. Susuk Cina tidak pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai kiamat pun tidak akan bersatu. Susuk Arab tidak pernah bersatu, tidak akan bersatu dan sampai kiamat pun Tok-tok Arab ini tidak akan bersatu.

Jangan mimpi dan jangan berkhayal tentang perpaduan Melayu. Benda ini tidak pernah wujud. Dalam sejarah perjalanan tamadun manusia, dari semenjak manusia keluar dari gua-gua batu di Kenya Afrika susuk yang di panggil manusia ini telah terpencar-pencar dan tidak pernah bersatu.

Menggunakan satu bahasa ibunda juga tidak akan menjanjikan perpaduan. Buktinya negara Arab yang semuanya bercakap Arab. Mereka tidak pernah bersatu. Satu warna kulit tidak juga menjanjikan perpaduan. Buktinya benua Afrika – mereka semuanya berkulit hitam. Satu asal usul budaya dan bahasa yang sama juga tidak menjanjikan perpaduan. Buktinya Cina dan Taiwan. Satu agama dan satu konsep tuhan pun tidak akan menjamin perpaduan. Buktinya Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Pakistan Timur kini menjadi Bangladesh.

Manusia bukan batu bata yang boleh disusun mengikut rasa. Manusia mempunyai akliah.

Mengapi-apikan rasa benci antara kaum dan bangsa ini adalah jenis politik bankrap. Ini jenis politik orang kalah. Jenis politik inilah yang telah di tolak oleh ABU. Mengajukan kebencian terhadap sesama manusia bukan sifat insan yang berilmu, berfikiran dan bertamadun.

Menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang Dasar Ekonomi Baru adalah cerita hantu lama. Cerita hantu ini telah menjadi tidak seram lagi. Menakut-nakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang hak keistimewaan samalah seperti George Bush sedang cuba menakut-nakutkan rakyat dunia tentang ‘keganasan Islam’. Orang Melayu tidak akan ambil pot. Rakyat dunia tidak akan ambil pot.

Untuk sementara waktu ada susuk Melayu akan termakan racun bergula dari akhbar-akhbar lekeh lagi melekehkan. Ini samalah seperti ada sebahagian rakyat dunia yang termakan propaganda Bush tentang cerita seram ‘ kejahatan Islam’.

Sebenarnya di belakang agenda menakut-nakutkan Melayu ini ialah para cukong, para contract junkies, para Ali dan Baba, para Mat Subcon, para lanun dan penyamun, para perasuah dan pengguna C4, para komisen agen, para broker projek – mereka inilah yang sedang dalam ketakutan kerana rakyat telah memilih ABU – Asalkan Bukan Umno/Anyone But Umno.

Comments (29)Add Comment
...
written by Sudahlah tu, March 14, 2008 14:50:22
Saya berharap yang rakyat Malaysia tidak lagi diperdayakan oleh media masa national mahupun konco2 UMNO. Detik perubahan yang kita pilih bersama pada 080308 adalah untuk memberi satu nafas baru dan masa depan yang lebih cerah kepada semua.
Sudah cukup lama kita telah 'diperdayakan' melalui media masa tentang berita2 yang membara sendimen perkauman dan lain2 yang memecahkan institusi budaya perpaduan rakyat yang semulajadi.
UMNO tidak akan mengalah begitu sahaja kerana sifat tamak kekayaan serta kuasa mereka.
Kini , rakyat Malaysia harus bersatu padu dan berdiri teguh menghadapi tindakbalas yang berunsur negative daripada UMNO.
report abuse
disagree 2
agree 94
...
written by CHEERFUL Joo, March 14, 2008 14:56:27
Yes. We are Malaysian. Let the best leads Malaysia. For those corrupted coronies times will tell because "up above is watching you" and is pay back time.
report abuse
disagree 1
agree 43
...
written by Commonsenses, March 14, 2008 15:00:30
ya, komentari ini tepat and adil, biarkan keris keadilan dicucuk buntut2 unsur unsur perkauman.
report abuse
disagree 2
agree 31
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by choong, March 14, 2008 15:05:24
sememangnya semua rakyat Malaysia patut sedar bahawa politik berdasarkan perkauman sudah luput and bankrupt kerana kesengsaraan yang dirasai oleh rakyat tidak mengira bangsa dan agama.

kalau kita terus membenci dan berebut sesama sendiri, yang teraniaya bukanlah mereka yang berkuasa tetapi hanya rakyat sendiri sahaja.
report abuse
disagree 2
agree 31
...
written by Jay Krish, March 14, 2008 15:06:23
Baik punya Pak Rais... kite semua cuma nak Perpaduan Rakyat, soal perkauman dah lapuk dan kolot... ABU forever!
report abuse
disagree 1
agree 25
...
written by mypanida, March 14, 2008 15:12:46
Hishamuddin Rais.....good summary, bro.....

only the blind cannot see.

MALAYSIA FOR MALAYSIANS.


zzzz
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by cm2121, March 14, 2008 15:17:50
Cukuplah ketuanan ini, ketuanan itu. Apa yang kita mau sekarang ialah Ketuanan Bangsa Malaysia. Saya adalah Bumiputera Sabah... dan saya cukup yakin DEB tidak membawa apa-apa kelebihan kepada orang seperti saya. Malah saya merasa seperti 2nd Class Bumiputera berada dibawah "kasta" saudara Bumiputera saya di Semenanjung. Sudahlah. Kita perlu tinggalkan cara yang lama. Rakyat Malaysia sudah terpisah sekian lama. Kini tiba masanya kita melihat siapa diri kita sebenarnya, yakni BANGSA MALAYSIA.

Sekiranya kita masih berpaut kepada pemisahan kaum yang diamalkan oleh Barisan Nasional, maka kita tidak akan dapat bergerak kehadapan sebagai satu Negara progresif yang bersatu-padu. Pertelingkahan kaum akan senantiasa mengancam keharmonian yang cuba kita pupuk bersama. Kita katakan TIDAK kepada mereka yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman yang sempit. No more! Enough is enough. I'm glad my fellow Malaysians made a clear stand on this by voting for change. If there are any BN people reading this, I just want to say this :We are fed up with this segregation. It's time for Bangsa Malaysia to emerge.
report abuse
disagree 1
agree 33
...
written by Wisdom above, March 14, 2008 15:24:23
Malaysian Love Malaysian.

Syabas. Barisan Rakyat.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by Long Man, March 14, 2008 15:26:22
good article.... persoalannya sekarang... siapa madame dotty?????!!! (sampai skang tak dapat jawapan)... smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by sitiawan, March 14, 2008 15:34:49
Kita semua rakyat Malaysia,BANGSA MALAYSIA!

Tidak ada sesiapa yang boleh nafikan,oleh itu kita harus bersatupadu

dibawah payung BR dan menangkis anasir-anasir JAHAT ini dari muka bumi MALAYSIA!
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by riboak, March 14, 2008 15:37:25
I've got this to say to my Malay friends...
Gua respek sama u.

From
Another ABU.
report abuse
disagree 1
agree 25
...
written by Mana2boleh, March 14, 2008 17:12:25
Datuk Sri Anwar and this author are very far-sighted. We are all in the same ship. In order to compete in this age of globalisation,we need to get the best to lead and run the ship. Only then can be go far and gain more. And only then can we share more. Only then can each get more. Look at the big picture and think ahead.

Don't compete within but unite to compete with the world at large.
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by Negarakuku, March 14, 2008 17:14:01
This article is BRAVO!!!!! I hope everybody in Malaysia want to be call Malaysian when they went overseas not Malay, Cina, India etc...If the govt abolish this race system. Malaysia will be the eye of the world. The best policy in SEA. The neighbouring countries will also soon have to dump their race system. The world will be a better place to live in.

Bravo Pak Rais...thumb ups!!!!!!!! smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by Anak Kampung, March 14, 2008 18:06:02
betui tu bang hisham...asalkan bukan umno...hahaha. tapi jaga-jaga...nanti mat subcon lepas baca keratan ni keluarkan pula botoi air 'perpaduan melayu' rm10 tiap satu...sebab hilang kontrat... smilies/tongue.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Beautiful Mind, March 15, 2008 07:36:12
Sudah lama tidak membaca artikel Hisham kerana kesibukan hal untok balik ke Malaysia.

Setuju dengan pendapat Hisham. DEB dan ketuanan Melayu telah menjadikan orang Melayu menjadi malas kerana asyik mahukan bantuan. Mentaliti ini menjadikan mereka tercicir jauh kebelakang.

DEB adalah tidak demokratik dan bercanggah dengan konsep opportunity for all.

Dalam sistem pencapaian akademik, pelajar pelajar Melayu sebelum nya boleh dapat masok U dengan 2 prinsipal saja berbanding dengan pelajar kaum lain yang perlu mendapat 4 prinsipal. Ini lah antara sebab kenapa U kita tidak dapat bersaing dengan U diluar negara because we are not good enough.

Saya sangat setuju jika kita semua dipanggil sebagai rakyat Malaysia.

Enuff of brain-washing dari UMNO yang meraja raja dan mendewa dewakan ketuanan melayu.

Malaysia is for everybody who is Malaysian.

Yeah right on..ABU Asal Bukan UMNO. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Tornado, March 15, 2008 11:40:03
Menang Jadi ABU, Kalah jadi ARANG (AKU RASA ABDULLAH NAIK GERING)...

p/s...Pak Rais, bagi aku ko punya e-mail.
report abuse
disagree 0
agree 1
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by mkvani, March 16, 2008 13:09:57
You are 100% right! Malaysia is for Malaysians! That is it! It's doom day for racist!
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by cklife, March 17, 2008 02:30:26
gua mo gelak lar artikel lu... memang kena beeb..
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by fromamovingtrain, March 17, 2008 12:05:10
Sham, kohor2 sikitlah tarik tu, umur dah lanjut. But you are spot on this time.

written by Tornado, March 15, 2008 | 11:40:03
Menang Jadi ABU, Kalah jadi ARANG (AKU RASA ABDULLAH NAIK GERING)...

You beat me to it, Tornado. Good one. My version was supposed to be Aku Rasa Abdullah Nazak Gila.
report abuse
disagree 1
agree 1
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by KC Chew, March 25, 2008 01:27:59
Pak Rais, my respect to you.

Malay are strong, intellectual and smart, but becoz of NEP and ketuanan issue, those who really deserve respect are always view through coloured lens, doubtful if their credential are genuine or the product of 'colourfication'. Please release them of this quagmire.
report abuse
disagree 0
agree 1
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM