A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Mohamad Sabu, Mustafa Ali akan saman polis

Mohamad Sabu, Mustafa Ali akan saman polis PDF Print
Friday, 28 December 2007 11:09

(Harakah) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali akan memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langkah ini berikutan dua insiden berasingan bulan ini yang berkaitan operasi tangkapan pihak polis ke atas mereka.

"Ketika ditangkap di Plaza Tol Tambun, saya diperlakukan seolah-olah mafia," kata Mohamad Sabu kepada wartawan sebaik selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, polis bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan tukul besi sebesar kepala lutut dan kemudian mengheret beliau keluar ala-mafia seolah-olah dia adalah penjenayah kejam yang sangat dikehendaki.

"Seorang pegawai polis dikenali sebagai Nasir yang menangkap saya langsung tidak menyebutkan sebab tangkapan. Malah tangan saya lebam-lebam dan luka akibat digari di bahagian belakang," katanya mengenai tangkapan 9 Disember itu.

Mohamad Sabu membuat laporan polis disebabkan cara penangkapannya tidak mengikut prosedur undang-undang.

"Sebelum berjaya memberkas saya, Nasir mengugut memecahkan cermin kereta saya. Saya bertegas untuk sampai ke Guar Patani dahulu dan menyerah diri di balai polis Kepala Batas kerana telah wujud perjanjian dan persetujuan sebelum daripada itu," tambahnya.

Beliau berkata Nasir melakukan dua percubaan memecahkan cermin kereta beliau dengan 'cota polis' dan 'spanar T' namun gagal.

Sementara itu, Mustafa menggesa polis menjalankan satu siasatan lengkap ke atas penangkapan beliau yang dipercayai tidak sah (unlawful inprisonment) dan bertentangan undang-undang.

"Saya juga mahu mereka terlibat diambil tindakan sewajarnya," katanya.

Beliau kesal dengan tindakan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk mengenakan saman terhadap mereka yang terbabit.

Menceritakan kejadian tangkapannya pada 11 Disember lalu, Mustafa berkata semasa keluar dari pintu bangunan Parlimen, beliau didatangi pegawai polis yang minta diikuti ke kenderaan polis.

"Saya tanya untuk apa dan dia menyatakan ini berkait dengan 'court order' (perintah mahkamah) sambil menunjukkan kepada saya. Saya sempat melihatnya, dan berkata bahawa nama saya tidak tertera di situ, namun dia menyatakan bahawa saya adalah 'suspek' dan apabila ditanya suspek apa?' anggots polis membisu," kata Mustafa.

Kemudian, salah seorang pegawai polis itu menyatakan bahawa Mustafa perlu mengikut arahan tersebut jika tidak mahu pihak polis menggunakan kekerasan.

"Walaupun saya enggan mengikut, mereka mengeluarkan gari tetapi tidak menggunakannya. Tiba-tiba saya mendengar suara berkata,'Dato', kita masuk Parlimen.' Sebaik mendengar kata-kata tersebut seorang pegawai polis menutup pintu masuk Parlimen dengan segera," katanya.

Menurutnya selepas ditahan dua jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, beliau dibebaskan oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi bernama Ismail tanpa sebarang dakwaan.

Turut hadir ketika membuat laporan tersebut Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS, Hanipa Maidin serta beberapa peguam - Khairudin Othman, Ahmad Lutfi Awang dan Mohd Fadzli Ramli.

Hanipa yang mengetuai pengendalian kes kedua-dua pimpinan ini berkata, sebagai tindakan susulan daripada laporan polis yang dikemukakan, pihaknya akan memfailkan tindakan saman ke atas pihak terbabit.

Comments (9)Add Comment
...
written by lostasylum, December 28, 2007 11:24:36
if our judiciary is really as independant as they claim it is, then Mohamad Sabu and Mustafa Ali should win a hefty compensation and action taken against those who are guilty... but of course, that's a pipedream right?.....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Jebat2020, December 28, 2007 12:02:06
The same should be done by other opposition leaders because they were treated as major criminal, as if they have murdered many childs, rape many women, robbed many banks, sold many drugs, "rempitting" their kapcai every nights.

Go...the people are behind you.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Sudahlah tu, December 28, 2007 12:23:51
Wah .. nama-nama pegawai polis ini mesti dapat berkenan untuk dinaikkan pangkat lagi kerana berjaya
menjalankan tugas dengan baik terutama mengawal pihak pembangkang.
Proses yang kini menjadi satu teladan kepada semua anggota polis lain demi kebaikan dan kenaikan pangkat.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by libau, December 28, 2007 14:05:25
Ini kes melampau dah ni..nama tak da kat waran tapi kena cekup juga.Tak lama lagi tak de lagi dah polis berpangkat rendah. Semua naik pangkat jadi ASP(Anak Suruhan Pemerintah)
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by bayan, December 28, 2007 17:24:52
Memang sah negara ini Negara Polis . Mereka akan buat apa sahaja untuk memuaskan tuan mereka . Lihat apa yang terjadi pada dua orang pemuda yang ditembak polis . Mereka pula yang didakwa cubaan membunuh
bukan polis yang melepaskan tembakan yang mencederakan mereka sahingga dimasukan di ICU itu didakwa .
Polis ini mengambil kursus dari Gestapo dan Nazi . Apa jadi pada blogger cucumatkilau pintu rumah dipecah tangkap orang tanpa waran . Lihat apa terjadi di padang bola di Johor Polis melepaska tembakan kepada pemain . Mereka mereka ini akan lakukan apa saja apanbila diberi arahan oleh tuan mereka .Mereka akan menjawab YES MASTER ...YES MASTER .....YES MASTER
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Vincent, December 28, 2007 18:47:09
Oppositions should have a force like the bn pdrm to protect them self in future.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by educationist, December 28, 2007 20:47:15
Yes, it's time the ordinary rakyat who have been unlawfully roughed up by the police take legal action. But with the state of our judiciary as such, whether one will succeed or not will be another matter.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by The dragonheart, December 29, 2007 02:18:37
The opposition supporters are poor people... if the process of sueing is free, i bet a lot of then will sue the police and the government and the courts will have no time to deal with other cases.

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ahmadbadrul40, December 29, 2007 12:54:09
Jangan harap Polis Malaysia mengikut Undang-undang. Polis Malaysia hanya mengikut arahan UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM