A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Tentera dilarang terlibat demonstrasi jalanan

Tentera dilarang terlibat demonstrasi jalanan PDF Print
Friday, 28 December 2007 11:03

(Utusan Malaysia) - Anggota dan bekas tentera diminta tidak melibatkan diri dengan demonstrasi jalanan kerana ia boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, walaupun tiada bukti menunjukkan golongan tersebut terlibat, namun sekiranya ada, mereka hendaklah menghentikan segera kegiatan berkenaan yang disifatkan memalukan ATM.

“Saya berjumpa bekas-bekas tentera baru-baru ini dan meminta mereka berhenti menyertai tunjuk perasaan sekiranya ada.

“Kalau ada anggota tentera terlibat, sebagai timbalan menteri dan wakil rakyat, saya rasa malu nak bercakap dengan orang ramai mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kualiti Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut melahirkan kebimbangan dengan laporan Transparency International berhubung indeks persepsi rasuah yang menunjukkan Malaysia berada di tempat 43 daripada 179 negara tahun ini.

Berbanding pada tahun 2005, jelasnya, negara berada pada kedudukan 39 diikuti 37 (2004) dan 26 (1998).

“Trend integriti negara yang kian merosot ini amat merunsingkan. Ini menggambarkan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan selama ini masih belum dapat membendung gejala rasuah dengan berkesan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Zainal Abidin menyampaikan Anugerah Kualiti dan Integriti Kementerian Pertahanan kepada para pemenang.

Comments (9)Add Comment
...
written by supplier, December 28, 2007 11:30:05
The truth of what RPK had written during 10 of Nov of what's happening behind the scene.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Jebat2020, December 28, 2007 11:53:46
Sejak bila Angkatan Tentera Diraja Malaysia melapor kepada Menteri?

Seluruh unit Angkatan Tentera Diraja Malaysia melapor kepada Agong, Chief Marshall. Menteri cuma pentadbir sahaja, buat kerja admin sahaja. Arahan perlu datang daripada Chief Marshall dan turun hingga ke bawah.

Menteri tak ada pangkat dalam Tentera Malaysia, oleh itu, anggota tentera yang setia pada Agong tidak perlu mengikut sebarang command dari Menteri. Menteri tak terlibat dalam peperangan sebab mereka tidak dilatih. Itu sebab semua Putera Mahkota atau Raja Muda wajib dihantar berlatih ilmu ketenteraan sebelum menaiki takhta sebagai persediaan untuk mengetuai Angkatan Tentera.

Si Zainal Abidiin dan Najib ni faham ke tak prinsipal ni? Kata bodoh kang marah!
report abuse
disagree 3
agree 34
...
written by gloryredstar, December 28, 2007 12:59:51
The government only dares to take on the rakyat as they have the muscle of the boys in blue. If the army joins the other side, we are sure the boys in blue will just return to the barracks and the rakyat will easily overcome the BN goons. This is a sign the government is panicked regarding the neutrality of the army as it could tip the balance of power to the rakyat's favour.
report abuse
disagree 0
agree 8
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by rayden chan, December 28, 2007 21:51:01
Jebat2020, u are wrong lar...This is Malaysia..and Malaysia is Boleh..
anything could happened!! dont be surprise!!

i guess, even the police could order the army to work!!
report abuse
disagree 3
agree 2
...
written by evilbunny, December 29, 2007 01:26:52
there was a case after the vietnam war where ex us soldiers revolted upon return back to their homes after finding the local mayor is corrupted and they managed to remove the corrupted mayor. the army plays and important role to safeguard the safety of its people and not used as a political tool by the government. hopefully what RPK said was true about Agong sending the royal malay regiment to sungai buloh during the bersih rally just in case the police try to get naughty.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by The dragonheart, December 29, 2007 02:00:57
Kenapa pula bekas tentera tidak boleh menyuarakan hak mereka sebagai rakyat? Sejauh mana kerajaan menjaga kebajikan bekas2 tentera ini? Bekas tentera ada lah sama sahaja dengan bekas kakitangan awam.

Bukan semua Bekas tentera berpencen. Ramai yang berhenti setelah tamat 10 dan 15 tahun perkhidmatan bagi pangkat rendah, dan diantara 5-12 tahun perkhidmatan bagi pegawai, dan mereka ini tidak layak mendapat pencen. Dalam ramai2 bekas tentera yang berhenti tanpa pencen tedapat mereka yang lebih handal dari mereka yang masih dalam perkhidmatan. Antara mereka yang bijak dan handal ini berhenti disebabkan mereka tidak boleh mengikut rentak politik dalam ATM. Tidak kurang dari mereka ini masih mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk mempertahankan negara jauh lebih baik dari setengah pemimpin yang ada terutama sekali yang di anggap korup dan masih berkhidmat.

Saya percaya, ramai yang perpengalaman dan masih handal ini masih boleh di pergunakan kepakaran mereka, dari segi mentadbir, memimpin dan bertempur. Sayangnya mereka ini di biarkan . Dan terdapat mereka yang masih merempat kais pagi makan pagi, termasuk pegawai2 yang dulunya hebat2 dalam perkhidmatan, sama ada dalam tentera darat, Laut dan Udara. Sedih nya mereka di pinggir dan banyak syarikat2 swasta tidak mahu mengambil mereka kerja kecuali dalam bidang keselamatan dan jaga.

Persatuan bekas perajurit juga telah di monopolikan oleh mereka yang mengampu pemimpin umno. Kebanyakkan mereka ini tidak mampu membela nasib vetran2 kita yang masih ramai di bumi malaysia ini. Kalau nasib mereka dan janji2 kosong kerap di berikan kepada mereka, apakah salah mereka banggun dan menuntut hak mereka setelah bergadai nyawa menentang musuh/peganas komunis sejak 1948 lagi? Jasa mereka jarang di kenang, setakat buat tea party dan pat on the back setahun sekali semasa hari pahlawan tidak mencukupi.

Adakah salah jika mereka yang di pinggir ini bertukar arah ke pada parti pembangkang dan NGO yang dapat memperjuangkan nasib mereka? Datuk Zainal Abidin Zin tidak harus rasa malu nak bercakap dengan orang ramai jika terdapat bekas tentera melibatkan diri dengan demonstrasi... sepatutnya Datuk Zainal Abidin Zin berasa malu kerana ramai bekas tentera, baik peringat bawahan dan mahupun pegawai yang nasib mereka tidak terbela untuk meneruskan hidup mereka.Mereka ini di janji dengan bermacam2 hibuhan tetapi bilah membuat permohonan 9 dari 10 di tolak, Yang pasti mendapat adalah orang2 UMNO juga.

Saya rasa masih ramai mereka yang berkidmat dari tahun 1948 hingga 1980an yang berlawan mempertahankan tanah air dari musuh masih hidup dan ada di antara mereka masih mempunyai anak yang masih bersekolah. Ramai yang nasib mereka masih tidak terbela seprti yang di janjikan. Ini yang harus Datuk Zainal Abidin Zin patut berasa malu sebagai menteri dan wakil rakyat!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cruzeiro, December 29, 2007 10:44:43
Tentera bukannya hak kerajaan.
Tentera berhak melaksanakan tanggungjawab mereka dgn mempertahankan kebebasan rakyat utk bersuara.
Tentera memang patut mempertahankan kemerdekaan sebuah negara yang berdaulat.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ahmadbadrul40, December 29, 2007 12:56:03
Kalau Orang UMNO mahu wang, kenapa tidak mencetak wang itu sendiri. Cetaklah wang sendiri. Cetaklah seberapa banyak yang kamu hendakilah. Kenapa mahu buat project ini dan itu. Tak payahlah.
report abuse
disagree 1
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM