|
Belumpun bermula, sudah timbul pergeseran… |
|
|
|
Thursday, 13 March 2008 00:13 |
|
Keputusan pilihanraya umum 2008 telah memeranjatkan ramai pihak. Pakatan pembangkang telah berjaya merampas 4 buah negeri dan mengekalkan Kelantan dibawah pemerintahan PAS.
Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan telah berjaya menyelesaikan urusan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Menteri Besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah esok begitu juga dengan Menteri Besar Perak. Perak adalah negeri yang “terpanas” dalam menyelesaikan masalah perlantikan Menteri Besar. Pakatan pembangkang merampas Perak dari BN apabila DAP memenangi 18 kerusi Dun, PKR tujuh kerusi sementara PAS mendapat enam kerusi. Difahamkan bahawa Mohamad Nizar Jamaludin telah mendapat perkenan Istana untuk dilantik sebagai MB sementara Ngeh Koo Ham dari DAP akan dilantik Timbalan MB I. Jawatan Timbalan MB II yang mewakili masyarakat India masih lagi belum diputuskan. DAP yang memenangi kerusi Dun terbesar sebanyak 18 buah, tidak berpuas hati apabila Sultan Perak memilih Mohamad Nizar yang memenangi kerusi di Pasir Panjang. Sila lihat berita dari Malaysiakini dibawah:
READ MORE HERE
|