A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Petisyen mendesak PM Abdullah berundur PDF Print
Wednesday, 12 March 2008 18:45

Laman portal pro UMNO MyKMU.net, semalam menerbitkan satu petisyen untuk meminta Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan dan berundur:

PETISYEN:

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

 

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:

a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:

a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan: a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.

a. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:

a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.

b. membenarkan “media bashing” terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.

c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit

d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involve” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.

e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.

f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO

 

READ MORE HERE


Comments (14)Add Comment
...
written by Leon, March 12, 2008 18:57:22
U UMNO guys are really disgusting. One minute you are all ferociously standing behind the man. Now, the unthinkable has happened, not only you desert him, you pelt him with all the blame and snide remarks. What were you doing when the UMNO-led government came up with these policies? It didn't happen overnight, it went on for FOUR bloody years. Why now? Why only him do you chastise? All the other members of the leadership are not innocent for the disaster that befell UMNO and BN. If you want Pak Lah out, vote Najib, Hishammuddin, Ali Rustam, Shahidan, and all the others out too! They are all equally responsible. And I'm speaking as a supporter of DAP/PKR/PAS.
report abuse
disagree 4
agree 24
...
written by bumi non malay, March 12, 2008 18:59:42
Macam ni lah perangai tak BerPRINSIP...Berambus UMNO Baru!!
report abuse
disagree 4
agree 12
...
written by durianmangko, March 12, 2008 19:32:54
satu lagi,
rakyat muntah dengan tv dan suratkhabar
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by seek justice, March 12, 2008 19:34:46
LET'S WAIT AND SEE!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ahkok, March 12, 2008 19:39:27
this is just so funny... first when TDM loses his power, umno bites his ass and kiss aab's ass. Now aab loses power, umno bites his ass as well. sad to say, this is the way life in umno is. if you have power, even your shit smells nice.
if aab is still fervently holding on to power, maybe we will have a case where aab is charged with sodomy of his SIL's ass. Bring the mattress into court!!!
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by omarkhayyam, March 12, 2008 20:48:50
saudara - saudari,

tolong jangan mintak "Yang Amat-mat" perdana menteri Datuk Seri Dollah berundur atau letak jawatannyer.

KENAPA ?

kite perlukan Dollah sekarang.

KENAPA ?

5 Tahun dari sekarang, masa pilihanraya umum ke13, dengan berkat Dollah kita akan gulingkan BN dan sekutu-sekutunyer sama sekali....

BAGAIMANA ?

Dollah akan tunjuk "ilham" kepada rakyat malaysia

cheers
report abuse
disagree 3
agree 9
...
written by metal, March 12, 2008 22:24:13
I support the petition, get rid of AAB and his SIL fast. Before they completely destroy a once beautiful and respected country called Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by macaufan, March 13, 2008 00:23:05
more on to d list:
- our global university ranking falling sharply
- our global coruption index fr bad to worst
- our global media free reporting indexs fell sharply
- racial tension is at it highest
- religion tension is at it highest
- Umno/bn regime behave like hooligans in parliment
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by bayan, March 13, 2008 12:17:20
Memang UMNO ni muka tak malu ,termasuk Ketua nya Dolah . Adakah dia sebagai Imam besar Islam Hadari bercium bini di kalayak ramai ,meraba betina pelakun cina . Pemimpin UMNO tak ada maruah .Ini lah dikatakan pemimpin melalui tauladan . Rakyat perlu beri mandat kepada Barisan Rakyat bukan BN . Minda Melayu Johor sama dengan minda orang Sabah dan Serawak . Umno sekarang sudah tidak releven lagi . Wahai rakyat Malaysia , PRU 13 buang UMNO dan BN ganti dengan Barisan Rakyat. Hidup Barisan Rakyat .... hidup barisan rakyat ...hidup barisan rakyat
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Dinadz, March 13, 2008 12:39:27
Woeyyy aku org S'wak tapi aku tak pernah pangkah BN. The last election aku pangkah DAP bap tu jer opposition yg bertanding malawan BN kat tempt aku. Majority BN pun byk menurun. Sarawak/Sabah ni bergantung kpd pengundi² tradisi di kawasan pedalaman. Org² bandar mostly sokong pembangkang. Kita pun nak pembaharuan. Org Sabah pun camtu jugak, byk pengundi tradisi di kawasan pedalaman. So pembangkang kena kembangkan dan kuatkan sayap mereka ke Sabah/Sarawak terutama kawasan pedalaman. Wlau bgmanapun kita org turut gembira di atas kemenangan BR berjaya menawan 4 negeri dan mempertahankan Kelantan serta menafikan majoriti 2/3. Hidup BR!!!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by kzso, March 13, 2008 13:31:16
written by Leon, March 12, 2008 | 18:57:22

U UMNO guys are really disgusting. One minute you are all ferociously standing behind the man. Now, the unthinkable has happened, not only you desert him, you pelt him with all the blame and snide remarks
--------------------------------------------------------------------------------
can't you see leon, umno members are rejecting and have in fact rejected ydp pm. if you really checked and analysed the nos of votes this ge, most umno members have rejected ydp pm, his sil and hp6 ministers! smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by cucu pak sepeli, March 13, 2008 13:45:57
UMNO - Rakyat sekarang semua sudah matang,boleh berfikiran waras,jgnlah nak perbodohkan rakyat Malaysia.Kata 'hapuskan yuran sekolah',bila hantar anak kesekolah kena bayar jugak dekat RM 200.Yang hapus cuma RM 4.50 .
Rakyat Malaysia sekarang lebih muhibbah antara kaum,Melayu boleh pangkah DAP,contohnya di DUN Kota Alam Shah,sampai mak mertua saya yg melayu pun boleh pangkah Mahoharan (ISA),orang India yg punya ramai di DUN Kota Raja pun boleh undi org melayu Dr Mariah (PAS)sampai 20,000 majority ,terduduk ketua pemuda MIC,melayu dan india serta china bergabung undi Ronnie Liu di Pandamaran.

Syabas rakyat Malaysia........Makkkal Sakti.....Hidup BA
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by cucu pak sepeli, March 13, 2008 13:52:18
Para graduan yg mengganggur...inilah masa untuk apply kerja...banyak kerja ada kosong......menteri kerja raya....menteri rtm.....menteri kesihatan......menteri kebajikan masyarakat dan wanita......menteri perumahan dan kerajaan tempatan....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by cucu pak sepeli, March 13, 2008 13:55:01
LIGA SUPER - Ketiga-tiga pasukan pendahulu LIGA SUPER MALAYSIA
1. KEDAH
2. SELANGOR
3. PERAK

Adalah dari pasukan negeri kerajaan BA .

report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM