A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Hati-hati dengan unsur sabotaj di Selangor - Dr Siti Mariah PDF Print
Monday, 10 March 2008 18:24

(Harakah) - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood berkata sejak semalam dan hari ini, beliau banyak menerima maklumat dari orang yang mendakwa sebagai pekerja Majlis Kerajaan Tempatan (MKT) Selangor bahawa ada orang-orang tertentu cuba mengeluarkan fail-fail dan dokumen di tempat tersebut. 

Sehubungan itu beliau menasihatikan, sesiapa saja yang mengetahui berlakunya kes 'kecurian' harta-harta kerajaan tempatan perlu berani membuat laporan polis.

Ini tegasnya kerajaan baru Selangor belum lagi dibentuk dan tiada juga sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Begitu juga katanya, dengan laporan-laporan mengenai Tadika Kemas bahawa pihak-pihak tertentu mengeluarkan komputer dan sebagainya atas alasan PAS akan menutup Tadika tersebut.

Tegasnya, itu semua adalah pembohongan kerana kerajaan baru negeri Selangor belum ditubuh lagi.

"Kesemua laporan tersebut adalah pembohongan kerana Barisan Alternatif (BA) belum membuat apa-apa arahan dan kami bimbang orang lain akan ambil kesempatan di atas harta dan dokumen kerajaan," katanya.

Katanya, sepatutnya pegawai-pegawai kerajaan tempatan meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa.

Menurutnya, tidak betul kerajaan baru Selangor akan menyita barangan mereka.

Malah katanya, mereka tidak akan menutup Tadika Kemas dan para gurunya hendaklah terus mendidik anak-anak yang belajar di situ.
Comments (3)Add Comment
...
written by raven1958, March 11, 2008 01:54:06
Yep.....Khir will try to remove everything that is linked to Rahman Palil, Rashi Asari, Zak, Lebar Dau, Wijaya Group, etc etc etc.........but he will get nailed in court anyway.....get ready for a by election.....The BR must equip itself with a powerful lawyer....
report abuse
disagree 2
agree 13
...
written by magen, March 11, 2008 08:11:58
People saying its the judment for demolishing the 150 year temple,
Khir you believe or not there is always UNSEEN forces in the spritual realm,
Samy and Komala did youll learn a lesson?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by MatAwang, March 11, 2008 11:21:51
Kalau lah pilihan raya dapat diadakan bagi melantik mereka yang menerajui Pihak Berkuasa Tempatan contoh nya MPAJ saya kira ramai yang di buang keluar oleh rakyat tempatan yang dah muak dengan kerenah puak puak ni yang lebih pentingkan wang ringgit dari keselesaan dan kualiti hidup masyarakat sekeliling.

Ada ke patut tanah tapak surau di pajakannya buat food court?.
report abuse
disagree 0
agree 6

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM