A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Khairy bertanggungjawab kekalahan BN - Dr M PDF Print
Monday, 10 March 2008 17:10
(Harakah) - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lepas.

Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata:

"Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

"Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar".

Mengenai kejayaan pembangkang, Dr Mahathir berpendapat, akan wujud ketidakstabilan untuk seketika apabila pembangkang menembusi banyak lagi negeri.

"Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu," katanya.

Mengenai kemampuan para pemimpin BN sekarang, Dr Mahathir tidak fikir mereka boleh mengurus ekonomi.

"Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa".

Beliau bersetuju pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah boleh membantu Umno.

Ketika ditanya adakah mereka perlu melawan dan memaksa Abdullah meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan.

"Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan".

Comments (3)Add Comment
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Bigjoe99, March 11, 2008 07:16:03
Frankly, in this age, to get the polls all wrong is inexcusable for an Oxford grad who is supposed to be so smart. In developed countries, they area accurate by less than 3%. To have gotten it so wrong just prove that KJ is just not very good. Its a reflection of his entire life, all those privilleges in his entire life and his achievements is marked by mediocrity. If not for those privilliges he would be very ordinary person.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Bluechip, March 12, 2008 12:10:29
Dari sudut pandang fikiran saya adalah lebih baik Khairy Jamaluddin mengundurkan diri dari arena politik tanah air . Tidak perlulah dia bersorak sini sana untuk menjaja betapa hebatnya BN . Kehebatan BN sudah tercalar tidak seperti pada PRU lepas .

Saya juga berpendapat , seandainya Khairy Jamaluddin masih lagi berkecimpung dalam politik sudah tentu keterhakisan sokongan rakyat kepada BN amnya dan Umno khususnya akan memuncak .

Now the Kairy albeit winning Rembau Parliament , but he feel shock too and histerically sad , because his beloved father in law sad too . What's will be happen after Khairy Jamaluddin become Malaysian Prime Minister ? Malaysia as blessed land will be turmoil ..............
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM