A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Abdullah wajar contohi Sanusi PDF Print
Monday, 10 March 2008 16:55
Pak Lah
(Harakah)  - Ahli-ahli Umno mula menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi mengikut jejak langkah Tan Sri Sanudi Junid dan tidak berkeras mahu menjadi Perdana Menteri.

Selepas pilihan raya umum 1999, Sanusi mengumumkan untuk menolak tawaran pelantikan semulanya sebagai Menteri Besar Kedah kerana merasakan beliau bertanggungjawab terhadap kemerosotan teruk Barisan Nasional (BN) negeri itu pada pilihan raya tersebut.

Walaupun Kedah tidak jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya itu, Sanusi tetap mengambil tanggungjawab atas kemerosotan sokongan kepada BN.

Dalam pilihan raya 1999, BN Kedah kehilangan lapan dari 15 kerusi Parlimen dan 12 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pas.

Seorang ahli Umno yang enggan dikenali membawa keratan laporan akhbar bertarikh 4 Disember 1999 yang melaporkan perletakan jawatan Sanusi untuk ditunjukkan kepada wakil Harakah di sini.

Apa yang menarik, beliau menunjukkan kata-kata Sanusi waktu itu.

''Jika kita sebagai pelayar tidak berdaya untuk merobah haluan angin, kita harus sanggup menyesuaikan layarnya agar matlamat, cita-cita dan tujuan tercapai,'' akhbar berkenaan memetik Sanusi sebagai berkata.

Ahli Umno itu, yang mengaku menjadi ahli sebuah cawangan Umno di Kuala Lumpur menyatakan, Abdullah mesti bertindak secara terhormat dan mengikut "contoh yang baik" seperti yang ditunjukkan Sanusi.

"Walaupun Kedah tidak jatuh kepada PAS dalam tahun 1999, tetapi Sanusi ada maruah dan mengundur diri. Kami sebagai ahli Umno di Kelantan ini merasa malu bila parti kami kalah teruk dalampilihan raya baru- baru ini. Perdana Menteri tak malukah?" beliau mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan, agenda apa lagi yang Abdullah dakwa belum habis "sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi kepadanya".

Dengan tiba-tiba mendakwa beliau "tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t.", Abdullah berkeras tidak mahu meletakkan jawatan "kerana agenda kita belum habis lagi".

"Agenda siapa? Agenda Khairy?" ahli Pemuda Umno itu mempersoalkan.

Sebelum ini, seolah-olah mengajar Abdullah apa yang sepatutnya dilakukan, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, beliau sedia meletak jawatan sebagai pemimpin parti Gerakan berikutan kekalahan besar parti itu dalam pilihan raya umum ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyarankan Abdullah berundur apabila berkata penggantinya itu patut memikul tanggungjawab atas kekalahan besar Umno dan Barisan Nasional kali ini.

"Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya Sabtu lalu diumumkan.

Dr Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Comments (3)Add Comment
...
written by Equal, March 11, 2008 01:09:09
What will happen to his SIL future ? This man doesn't have any dignity ! and yet he is our PM, bull sheet
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Bigjoe99, March 11, 2008 07:33:42
I frankly don't think its time for Badawi to resign but I think he is going eventually because he was wrong politically and he is still not doing the right thing politically.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Dominic Kok, March 12, 2008 12:31:00
No to Najib as PM, definately not. Badawi is the lesser of the 2 evil. Najib will draw out the Keris again since 1988, and continue to give "commissions" to his cronies (including C-4s). NO to Najib!!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM