|
Harakahdaily Kenyataan penuh Datuk Haji Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu
Kita telah mendapat maklumat adalah sebilangan 190 buah bas yang telah datang, sedang datang dan akan datang untuk Terengganu dan Kelantan dan sebilangan 2000 buah kereta. Ini program khusus telah datang untuk tujuan mengundi. Ini yang dapat dikesan dan yang belum dapat dikesan kita (PAS) jangka ada lagi. Setakat ini yang dapat kita kesan. Sebilangan daripada orang yang akan balik mengundi ini ada dua kategori. Pertamanya, studen (pelajar) daripada Pusat-pusat Pengajian Tinggi dan hampir kesemua Universiti yang akan balik ke Terengganu dan sebahagiannya memang pelajar daripada negeri Terengganu. Kita (PAS) tidak menjadi persoalanlah sebab dia (pelajar) Terengganu dan dia balik untuk mengundi kerana itu hak dia. Kategori yang kedua, bas yang dikatakan mengangkut pelajar-pelajar ini pun diselit dengan orang-orang yang bukan pelajar dan bukan warga negara Malaysia. Antara yang bukan warga negara ini adalah dari Myammar dan Indonesia. Pelajar itu sendiri pun ada pelajar Internasional yang didaftarkan untuk mengundi di Terengganu. Padahal, pelajar itu bukan rakyat sini (Malaysia) tetapi didaftarkan. Modus operandi bagi pelajar ini dibawa balik khusus bagi Terengganu adalah pihak Yayasan Terengganu yang menguruskan pelajar-pelajar ini balik dan menggunakan satu Syarikat Travel Agensi yang bernama Hedaco Travel & Tours. Oleh kerana, dia ambil kontrak dengan pihak Yayasan Terengganu dan mereka itu (pelajar) di bawa ke Wisma Darul Iman dan akan ‘dibrainwashkan’ dengan ucapan pimpinan politik parti yang memerintah dan selepas itu akan diberi duit (kita tidak tahu berapa banyak) sebagai ganjaran balik mengundi dan mereka ini diyakini akan mengundi Barisan Nasional (BN). Dalam kategori-kategori yang banyak itu pelajar dan bukan pelajar yang dibawa balik dengan bas ini ada orang yang benar-benar merupakan pengundi iaitu studen (pelajar) yang balik untuk mengundi dan kita tidak ada halangan. Apa yang kita (PAS) sebut sebagai pengundi ‘hantu’ ini adalah mereka yang sama-sama rombongan yang saya sebutkan tadi daripada ketegorinya pekerja-pekerja Indonesia, daripada syarikat-syarikat tertentu di luar daripada Terengganu. Keduanya, rakyat Malaysia sendiri yang tidak pernah tinggal di Terengganu tetapi didaftarkan untuk mengundi di Terengganu. Dan mungkin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) orang yang mendaftar di Terengganu walau pun dia bukan rakyat Terengganu dan telah tinggal di Terengganu itu apabila masuk dalam daftar pemilih disah sebagai pengundi mengikut tafsiran SPR. Tetapi bagi kita (PAS) inilah salah satu dari kategori pengundi hantu yang kita maksudkan kerana mereka ini disengaja daftarkan di Terengganu untuk membolehkan sokongan mereka ini kepada BN yang sedang menghadapi keadaan ‘tenak’ di negeri Terengganu. Ini dibuktikan lagi kerana dua tiga hari lepas, satu taklimat yang diberikan oleh Menteri Besar kepada pimpinan Umno khususnya BN dan petugas-petugas penting parti. Dalam perjumpaan itu, hampir seluruh yang lain-lainnya di kalangan pimpinan mereka memberitahu merasa cemas dengan suasana kebangkitan rakyat sekarang ini yang hendak menolak BN. Mereka merasakan macam tidak ada harapan tetapi Idris Jusoh mengatakan dia tidak perlu bimbang kerana kita (BN) ada dua projek besar. Dua projek besar itu ialah pertama, apa yang kita (PAS) istilahkan sebagai pengundi hantu iaitu orang yang didaftarkan untuk mengundi di negeri ini. Kedua, kad pengenalan palsu yang mudah dilakukan seperti yang pernah dilakukan di Sabah. Ini kerana, ada orang yang bertanggungjawab menyediakan peralatan ini untuk kepentingan parti pemerintah. Orang tersebut bukan sahaja boleh mengundi tetapi dibekalkan dengan kad pengenalan palsu dengan nama yang didaftarkan itu supaya boleh mengundi. Mereka itu sama ada menggunakan kad pengenalan palsu atau ‘lesen terbang’ (lesen memandu) yang pihak SPR kata boleh digunakan. Lesen terbang yang juga disediakan bukan yang sebenar tetapi yang palsu juga dan boleh dibuat serta merta untuk membolehkan orang itu boleh mengundi. Jadi kepada kita, ini semua menggambarkan bahawa proses demokrasi yang didakwa oleh pemimpin kerajaan, oleh SPR sebenarnya tidaklah dalam konteks menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang akan berjalan dengan bersih. Hasil daripada taklimat yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu itu jelas kepada kita (PAS) bahawa harapan mereka (BN) untuk berkuasa hanya bergantung kepada kategori orang yakni pengundi hantu dan kad pengenalan palsu. Semua ini boleh berlaku kerana peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan, polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk jabatan Imegresyen dan lain-lain. Saya hendak sebut disini bahawa, penggunaan dakwat dikuku yang ditarik balik serta merta oleh SPR adalah hasil daripada arahan pemimpin parti yang memerintah pada waktu ini kepada polis, ketua polis dan kepada Peguam Negara (AG) menekan SPR supaya menarik balik ini. AG dan Ketua Polis mengarah SPR jangan gunakan dakwat ini kerana arahan yang di atas (pemimpin). Ini terlalu tidak beretika dan SPR menjadi ‘alat’ sungguh-sungguh kepada parti yang memerintah. Ini bukan kali pertama, tetapi diambang kita hendak mengadakan penamaan calon dan sebelum ini dengan syarat penggunaan perakuan sumpah juga telah ditarik balik. Kepada kita (PAS) kerajaan yang mengaku berwibawa dan memegang kepada prinsip demokrasi ini telah mencabuli segala prinsip yang mereka katakan itu. Mereka (BN) memperalatkan jentera kerajaan dan pihak SPR yang sepatutnya bebas itu pun jauh daripada bebas dengan tekanan yang diberi oleh parti pemerintah. Walau bagaimana pun, negara kita akan mengundi esok (8 Mac 2008). Walau pun kita (PAS) tidak puas hati dalam banyak perkara terhadap proses pengundian yang dijalankan oleh SPR dan perkara-perkara lain yang tidak mengikut lunas demokrasi tetapi oleh kerana, kita telah sampai kepada penghujung sikap kita akan kita terus mengambil bahagian dalam pilihan raya ini. Kita (PAS) tidak akan membiar ianya terus berlalu dan ‘padangnya’ bukan sahaja tidak rata tetapi ‘berjongkang-jongkek’ suasana padang politik pilihan raya yang sedang kita lalui sekarang ini. Kita amat mengesali dan kesal dengan tindakan yang diambil oleh pemimpin parti yang memerintah yang memperalatkan seluruh agensi, jabatan yang di bawah kekuasaannya. Dan saya mahu ianya didedahkan supaya masyarakat tahu apa yang sedang berlaku sekarang ini. Saya tahu surat khabar (media) menghadapi kesukaran kerana ianya sendiri tidak bebas. Inilah senario yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ini.
|