|
Kenyataan Akhbar Zulkifli Nordin Calun Parlimen P-18 Kulim Bandar Baru Bth 04.3.08 |
|
|
|
Thursday, 06 March 2008 11:19 |
|

Saya mengambil kesempatan ini untuk mencabar calun BN Aziz Sheikh Fadzir supaya bertanding dengan saya secara anak jantan. Jangan kita hanya berani mengaum menjadi jagoan kampungan menghunus keris didepan khalayak sendiri tetapi menikus bila berdepan dengan rakyat.

Saya telah ditunjukkan dengan keratan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 02.03.2008 dimana dimuka surat 3 dilapurkan bahawa Pegawai Pengurus Pilihanraya kawasan P-18 Mat Noh Ahmad telah membuat lapuran polis mendakwa kononnya saya ”gagal mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 ketika menyerahkan permohonan untuk bertanding kerusi Parlimen Kulim/ Bandar Baharu dalam Pilihanraya Umum Ke 12 pada 8 Mac ini”. Kenyataan yang dibuat ini dan cara lapuran ini disebarkan menunjukkan ianya berniat jahat dan berbaur dengan unsur politik dengan tujuan memberi gambaran seolah-olah saya tidak layak bertanding dalam PRU 12 ini. Tambahan apabila ianya dibuat tatkala kempen pilihanraya sedang rancak berjalan. Fitnah ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah yang pengundi tidak perlu mengundi saya pada 8 Mac ini kononnya saya tidak layak bertanding. Maka jika saya menang pilihanraya pun tidak ada gunanya kerana Mahkamah akan membatalkan kemenangan saya. Malahan lapuran akhbar tersebut diakhiri dengan satu kenyataan ”sekiranya Zulkifli memenangi kerusi Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, BN boleh mengemukakan petisyen di mahkamah pilihanraya bagi memohon membatalkan kemenangan berkenaan”. READ MORE HERE
|
Barisan Rakyat Ceramah in USJ
http://www.youtube.com/watch?v=FKIwuJ7QCyE
Barisan Rakyat at DAP Ceramah USJ PT2
http://www.youtube.com/watch?v=TjjFJCP4Kg0