A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Skandal PKFZ: Anwar mahu Liong Sik, Kong Choy disiasat

Skandal PKFZ: Anwar mahu Liong Sik, Kong Choy disiasat PDF Print
Thursday, 27 December 2007 11:57

(Harakah) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat skandal penyelewengan dalam pelaksanaan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Anwar mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat skandal ini yang dianggapnya sebagai satu skandal penggunaan wang rakyat yang besar.

Dalam satu kenyataan medianya, Anwar mendakwa bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dan Menteri Pengangkutan, Dato'Seri Chan Kong Choy mengeluarkan surat sokongan sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menyelamatkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Katanya, surat tersebut ditulis Ling pada 28 Mei 2003 (pada hari Ling meletak jawatan) sementara Chan pula menulis tiga surat masing-masing pada 23 April 2004, 8 Disember 2005 dan 23 Mei 2006.

Kesemua surat itu antara lain berbentuk sokongan memberikan komitmen kerajaan sebagai penjamin untuk apa-apa liabiliti LPK untuk PKFZ, kata Anwar baru-baru ini.

Kata Anwar, ia merupakan jaminan kerajaan kerana surat itu mengandungi perkataan yang bermaksud "kami akan pada setiap masa di masa hadapan memastikan LPK berada di dalam kedudukan untuk memenuhi liabiliti mereka di dalam jumlah pembayaran semula selagi mana jumlah pembayaran semula masih lagi tidak dilangsaikan..."

Liong Sik dan KOng Choy didakwa menulis surat sokongan supaya kerajaan mengambilalih syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontraktor kepada PKFZ .

Manakala empat anak syarikat ialah Special Port Vehicle Bhd, Transshipment Megahub Bhd, Valid Ventures Bhd dan Free Zone Capital Bhd.

Berdasarkan jaminan tersebut, syarikat-syarikat berkenaan, mengeluarkan bon bernilai RM4.6 bilion untuk Kuala Dimensi dan menerima rating AAA dari Malaysia Rating Corporation Bhd bagi projek PKFZ, katanya.

Anwar berkata, menurut dasar kerajaan, hanya Menteri Kewangan atau kabinet yang boleh mengeluarkan apa-apa bentuk jaminan bagi pihak kerajaan.

"Ketika saya menjadi Menteri Kewangan, perkara sebegini tidak pernah dibenarkan berlaku," katanya.

Comments (10)Add Comment
...
written by Mr Bean, December 27, 2007 12:48:28
An Obvious case of mismanagement of public funds. This is one good example of how public fund is going to be utilised if government subsidy of petrol and gas is reduced.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Jan, December 27, 2007 12:57:48
Yes they should be investigated and if found guilty hung to send a strong message across the political divide it doesn't pay to be corrupt. Next go for that greedy son in law and his no-good kris wielding sidekick.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Counterpointer, December 27, 2007 16:12:43
Let's get real. As long as this gomen remains sitting pretty where they are, those prized eunuchs LLS & CKC, will never EVER get investigated.

These eunuchs will only start shaking only when the opposition gets to run the show which of course won't be anytime soon.

smilies/cry.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Jan, December 27, 2007 17:16:15
Those in power knew it long time ago that they cannot afford an opposition party coming to power. They knew they will be hung if let's say Anwar comes to power. There have been so much misdeeds and abuse of power that virtually everyone in the ruling coalition be implicated. That's why they have to win at all costs even cheating if necessary. smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by alibaba anjing, December 27, 2007 23:37:12
These are people whom we consider them as a traitor of Malaysia. How dare they use public funds to enrich themselves? Do you want my granson to pay for this debts? These are people who lead our country........?????? Pathetic Barisan Nasional.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Presiden Mesia, December 28, 2007 10:23:05
BPR mana boleh siasat...hanya Suruhanjaya DiRaja boleh siasat jerung-jerung nih...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Sudahlah tu, December 28, 2007 13:28:39
Semua pun tidak akan disiasat kerana peruntukan ini dikhaskan untuk memulakan projek-projek lain serta membayar komisyen orang tengah untuk membawa masuk pelaburan Timur Tengah...
Kes tutup.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by beijing, December 28, 2007 18:38:22
let's dog bite dog... smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ahmadbadrul40, December 29, 2007 14:01:17
Liong Sik dan Kong Choy mesti disiasat kerana muka mereka besar macam babi.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Yacob, December 29, 2007 15:33:17
Bagilah peluang pada orang MCA juga untuk buat wang. Ini tak asyik-asyik orang UMNO. Bukankah Liong Sik pun sudah banyak buat jasa pada M'sia. Dalam BN semuanya kena share, termasuklah pembahagian kekayaan negara. Asalkan jangan lupa MIC sudah ! nanti timbul lagi kes macam hindraf. Bila semua sudah dapat bahagian masing-masing semuanya akan beres. Itulah cara BN. Memal adil.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM