|
Kebebasan media masih wujud di Malaysia, kata Pengurus Besar Bernama |
|
|
|
Thursday, 27 December 2007 11:44 |
|
(Bernama) -- Malaysia masih mengamalkan kebebasan media tetapi ia dilaksanakan secara bertanggungjawab, kata Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Azman Ujang.
Beliau berkata ini kerana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk bersuara menerusi media alternatif sekiranya merasakan media perdana tidak mampu menyampaikan `suara' mereka dengan cara yang dikehendaki.
"Menerusi media perdana dan media alternatif, rakyat berpeluang menerima maklumat daripada kedua-duanya," katanya dalam program khas "Imbasan 2007" yang membicarakan isu-isu sepanjang 2007, di Angkasapuri di sini malam ini.
Program satu jam itu yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 bermula pukul 9.30 malam turut disertai dua panel lain iaitu Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Dr Mahani Zainal Abidin dan Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial Datuk Dr Denison Jayasooria, dengan perantara oleh Nurazli Noh.
Azman turut menafikan dakwaan bahawa ketiadaan kebebasan bersuara menerusi media menyebabkan berlakunya demonstrasi jalanan.
Beliau berkata media di Malaysia masih mempunyai kredibiliti berdasar kepada jualannya.
"Sekiranya media tidak mempunyai kredibiliti, ia akan hilang kepercayaan rakyat dan rakyat tidak akan membeli akhbar itu lagi," katanya.
Sementara itu, Mahani pula berkata walaupun era teknologi maklumat memungkinkan rakyat mendapatkan informasi dengan cepat, namun ia tidak semestinya tepat.
"Rakyat perlu memberi reaksi kepada maklumat yang begitu banyak diterima, dan bagaimana menghayati dan menyebarkan maklumat itu secara bertanggungjawab," katanya.
Beliau juga berkata setiap peristiwa yang berlaku di Malaysia menjadi tumpuan dunia luar, terutama negara yang mempunyai kepentingan di sini, dan rakyat seharusnya memikirkan impak daripada segi ekonomi, sosial dan hubungan antarabangsa sebelum mengambil sesuatu tindakan.
Denison pula berkata masyarakat tidak seharusnya mengambil kesempatan atas dasar keterbukaan yang diamalkan negara ini.
"Walaupun rakyat diberikan hak untuk bersuara, mereka harus bertanggungjawab atas hak itu," katanya.
|
"Sekiranya media tidak mempunyai kredibiliti, ia akan hilang kepercayaan rakyat dan rakyat tidak akan membeli akhbar itu lagi," katanya
harus difahami, rakyat membeli bukan sebab kemaruk sangat dengan berita di media perdana, tapi dah terpaksa, dan ada juga sesetengahnya membeli sebab nak tengok keputusan 4D... bagi pihak saya pulak, kalau lah saya membeli, hanya kerana nak tengok apa penipuan yang ada di akhbar perdana serta mengambil tahu serba sedikit berkenaan isu semasa... hal2 yang berkait dengan kerajaan, saya lebih suka baca blog...