A+ | A- | Reset
Home

Kelantan, hadiah persaraan Tan Sri Rashid kepada BN? PDF Print
Friday, 29 February 2008 18:07

Active Image

Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH

Apakah Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung sekarang ini akan menyaksikan kejutan besar dengan kemenangan besar Barisan Nasional akibat penipuan yang dilakukan, hasil usahasama Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketuai Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman?

Untuk rekod, Parlimen beberapa bulan lepas baru sahaja meluluskan had persaraan umur kakitangan kerajaan termasuk badan yang dikuasai kerajaan, sekaligus BN menyambung khidmat Rashid di SPR.

Sumber yang boleh dipercayai mendakwa, Rashid ada memberitahu rakan-rakan rapatnya di SPR bahawa beliau yakin kali ini BN akan menang dengan kelebihan tiga atau empat kerusi iaitu sekitar 26 kerusi dari keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Spekulasi ini dikuatkan dengan perancangan jahat BN yang diketuai oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberitahu juak-juaknya bahawa beliau akan 'membuat apa sahaja' untuk memastikan BN menguasai Kelantan.

Usaha ini dilalukan dengan begitu agresif walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, semata-mata untuk menyelamatkan maruah bapa mertuanya yang semakin tercalar.

Dengan angkuh dan bongkaknya juak-juak Khairy memberitahu wartawan dalam dan luar negeri bahawa kali ini mereka akan 'menawan' Kelantan.

Hakikat sebenarnya, Khairy mahu membuktikan kepada penentangnya, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa di zaman Mahathir Kelantan terlepas, di zaman Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Kelantan dikembalikan kepada BN.

Anggota tentera digunakan untuk mengundi BN?

Isu yang paling hangat diperkatakan di Kelantan ialah sebagaimana dakwaan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa bahawa anggota tentera digunakan untuk mengundi BN dengan SPR memasukkan senarai nama mereka sebagai pengundi awam.

"Pada masa yang sama nama mereka ada dalam dua buku daftar pemilih, saudara bayangkan sendiri apa akan berlaku apabila seseorang pengundi diberi peluang untuk mengundi dua kali," ujarnya.

Sebagai Pengerusi SPR, Rashid terus membisu terhadap dakwaan ini! Seolah-olahnya mengiyakan wujudnya peranan beliau, peranan yang disembunyikan tetapi menjadi 'open secret' di sebalik perancangan kotor BN.

Sejak puluhan tahun pilihan raya diperkenalkan dalam negara, BN begitu 'enjoy' dengan kelebihan undi pos dari kalangan anggota tentera dan polis.

Parti-parti pembangkang tidak dibenarkan memasuki premis pengundian pos yang dibuat di kem-kem tertera atau premis polis.

Keadilan memang tidak wujud dalam sistem pilihan raya kita. Tidak dapat dipastikan sama ada benar-benar anggota berpakaian seragam ini mengundi atau undi mereka ditandakan oleh pegawai atasan yang bertugas untuk BN.

Tambahan pula terdapat dakwaan SPR memasuk nama isteri-isteri atau anak-anak anggota yang tinggal di premis atau kem berkenaan menjadi pengundi pos.

Sebelum ini, Husam turut mendedahkan pengundi yang berusia 100 hingga 128 tahun terdapat dalam buku daftar pemilih di seluruh negara sekarang berjumlah lebih 1,000 orang.

Menurutnya, PAS begitu sangsi terhadap fakta itu memandangkan umur mereka sudah begitu lanjut yang begitu ramai.

"Kalau benar mereka masih wujud, kita telah berjaya mencipta rekod dunia iaitu mempunyai jumlah orang tua yang begitu ramai," ujarnya.

Sebahagian nama pengundi berkenaan tertera dengan nama, alamat dan usia masing-masing dalam buku daftar pemilih.

Usaha terancang SPR jatuhkan PAS di Kelantan

Pada waktu ini kedudukan kerusi Dun sangat 'marginal' iaitu PAS memerintah hanya dengan kelebihan dua kerusi sahaja.

Keadaan genting ini wujud dan menyaksikan terdapat 24 kawasan 'runcing' iaitu 10 kerusi Dun dimenangi BN manakala 14 dimenangi PAS semuanya berada di bawah majoriti 10 peratus.

Keadaan ini berlaku bukan kerana kekuatan BN! Barangkali wujud 'feel good factor' dengan pemilihan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri yang baru.

Kenaikan mendadak undi yang diperolehi calon BN hingga melebihi 50 peratus di seluruh Kelantan pada pilihan raya 2004 berbanding 1999 sememangnya meragukan.

PAS Kelantan dapat mengesan terdapat 'usaha penipuan' dengan kemasukan mendadak pengundi-pengundi menjelang pilihan raya 2004.

Kemenangan PAS di Kelantan pada waktu itu antaranya hasil bantahan PAS terhadap daftar pemilih yang amat diragukan.

Dalam hal saya PAS Terengganu tidak sempat membuat bantahan, menyebabkan kerajaan negeri terlepas ke tangan BN. Tindakan jahat ini dilakukan SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

Pada waktu ini wujud dakwaan SPR membenarkan pemindahan lebih 85 ribu 'pengundi hantu' ke dalam senarai daftar pemilih di Kelantan.

Usaha ini dilakukan secara berterusan demi untuk memastikan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dijatuhkan.

PAS yakin akan kekal memerintah Kelantan

Apapun Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan bagaimana pun yakin PAS akan terus memerintah negeri Serambi Mekah itu.

Antara faktor yang melemahkan semangat orang-orang Umno sendiri antaranya ialah kemenangan tanpa bertanding calon PAS Dun Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar dan penarikan diri dua orang calon BN di Pengkalan Chepa dan di Pasir Mas.

"Ini adalah 'morale booster' kepada kita, sekaligus melemahkan semangat orang-orang Umno, yang kecewa dengan 'bad start' BN di Kelantan," ujarnya.

Takiyuddin yang bertanding untuk mempertahankan kerusi Dun Bunut Payong berkata, dalam kempen-kempen BN kali ini, mereka tidak lagi mendakwa Kelantan tiada pembangunan, sebaliknya mereka mendakwa jika mereka memerintah, mereka akan membawa lebih banyak pembangunan.

Sementara Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dipetik sebagai berkata, PAS akan terus menguasai Kelantan selepas pilihan umum ke 12 ini.

Beliau yang dikenali dengan nama 'Cikgu Rahim' bertanding di Parlimen Kota Bharu menjangkakan, PAS setakat ini memperolehi 29 kerusi Dun berbanding BN.

Rakyat harus sekat karenah SPR

Hakikatnya apa yang dilakukan oleh Rashid dan Khairy sebenarnya adalah ancaman yang paling bahaya kepada keselamatan negara.

Sebagaimana tuntutan Bersih baru-baru ini, rakyat harus memikirkan apakah suasana yang bakal berlaku dalam negara selepas pilihan raya, sekiranya ia dikendalikan tidak bersih dan adil.

"Ini tentunya akan menggugat kestabilan negara yang telah dibentuk oleh kerajaan sebelum ini," kata Husam.

Rashid harus berfikir panjang, mungkin khidmat beliau akan dipuji pemimpin BN kerana membantu BN menawan Kelantan. Mungkin beliau akan diberi gelaran Tun selepas bersara, mungkin pelbagai 'reward' akan diberikan.

Pada rakyat, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebenarnya hampas. Tindakan mengoyak gambar beliau baru-baru ini hanyalah suatu manifestasi daripada kekecewaan di atas sikap 'bias' beliau.

Ingatlah, di belakang PAS, KeADILan, DAP dan pembangkang lain, terdapat berjuta-juta pengundi yang akan membuang undi menentang BN sekaligus tidak mempercayai kepimpinan beliau sebagai Pengerusi SPR yang tidak bebas.

Apakah Rashid mahu mencacatkan perjalanan akhir hidupnya, dipenuhi dengan najis kehinaan?

Comments (10)Add Comment
...
written by Yacob, February 29, 2008 19:05:21
Rashid dan Khairy boleh jadi terlupa kuasa tuhan. Manusia memang boleh merancang tetapi akhirnya tuhan juga yang menentukan. Asalkan jangan perancangan itu menikam diri sendiri. Khairy dan Rashid mungkin dapat menghiburkan hati Pak Lah tetapi jangan pula disebabkan Pak Lah Khairy dan Rashid menjadi manusia yang amat dimurkai Allah.

Apa pun, perancangan jahat BN dengan bantuan Khairy dan Rashid tidak akan berjaya, inshaallah.
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by HARIMAU BIN ABDULLAH, February 29, 2008 19:26:09
Tan See Rat-shit akan makan sendiri punya shit selepas 8 March.
report abuse
disagree 2
agree 9
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by justice6, February 29, 2008 23:38:48
tentera kan bawah kuasa Agong... minta tolong sikit lor... sikit tolong saja...tolong untuk pastikan undi pos itu adil... rakyat cuma minta ini sikit..
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Sagaladoola, March 01, 2008 01:12:14
Ingatlah, di belakang PAS, KeADILan, DAP dan pembangkang lain, terdapat berjuta-juta pengundi yang akan membuang undi menentang BN sekaligus tidak mempercayai kepimpinan beliau sebagai Pengerusi SPR yang tidak bebas.


KOMEN:
Undilah Barisan Rakyat - PKR , DAP , PAS !

Sekian,
http://sagaladoola.********.com
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by johanssm, March 01, 2008 01:17:25
A fair government will ensures justice and fair play.
Such traits are simply not found from bn government.
Take a look at pathetic reporting from RTM, its just full of craps.
Loads of craps coming from RTM.
Such bn government will pulls all strings just to be relevant in today world.
Ratshit?..so pathetic. sekejab ada duti setem , sekejab tak perlu duti setem, Perlembagaan Negara yang begitu mulia ditukar belit sampai ular seperti Ratshit kekal sambung setahun lagi.
Relevan ke bn ?segala tipu muslihat dari bodowi.
Semua taktik kotor bn
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by karpi77, March 01, 2008 09:34:06
Lihatlah dan bacalah dengar teliti kenyataan orang yang terdesak ini!!! mereka ini takut dengan bayang2 sendiri sebenarnya!! kenapa takut dengan BA?lawanlah secara lelaki sejati!!! kenapa nak manipulasi semua media!!!masjid yang tempat suci bagi orang islam pada khutbah jumaat juga digunakan untuk berkempen BN pada 22/02,29/029(kawasan sungai buloh),saya dah nekad tidak akan buka TV sehingga habis GE ini kerana perasaan sakit hati membuak2 melihat sandiwara iklan TV meraka, kononya semua kaum terbela,ekonomi negara yang terbaik,dan gimik politik murahan mereka serta menakut-nakutkan dengan meracuni pemikiran masyarakat kita yang tidak cerdik kiranya BA yang memrintah negara akan mundur, pelabur akan lari,negara tidak aman, apa semua ini? kita sekarang berada dizaman sains dan teknologi!! kita bukan lagi seperti orang dizaman batu!!! kita boleh berfikir secara waras!!! janganlah anggap rakyat malaysaia ini macam pak pakdir(orang yang bodoh)saya percaya rakyat malaysia tidaklah sebodoh seperti yang dianggap oleh pemimpin BN ini.pemimpim BN seprti MCA,MIC dan UMNO inilah yang sebenarnya tidak ingin melihat masyarakat di malaysia ini maju dari segi segala aspek bukan sahaja kebendaan malah pemikiran dan juga segala aspek ekonomi dan politik.

"UNDILAH UNTUK PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR INGIN JADI PEMIMPIN YANG AMANAH"
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by chikushome, March 02, 2008 03:50:31
senarai nama hantu yg akan bangun mengundi balik: 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 920612740045 sila check daftar SPR...tgk umor mereka...di malaysia terdapat lebih 30 orang yang tertua di dunia yang masih boleh mengundi... Rujukan:catatan guiness...Manusia tertua bernama edna parker...berumor 117 tahun...tp rupa2nya kt mesia ramai lagi yang lagi tua dari si nenek edna nih...slmt ngundi...boleh check melalui semakan daftar pemilih
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Alarka, March 02, 2008 05:00:16


report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Raja Gasper, March 03, 2008 14:43:02
Apa sebab kita perlu berdoa sedangkan Tuhan tahu rancangkan kita ? Kita tidak boleh
sombong dan akur dengan kekuatan peribadi,kedudukan dan kekawangan kita.Untuk masa
depan yang baik dan selamat kita perlu merendahkan diri dan dapat restu daripada Tuhan yang menguasai segala dan sesuatuNya.

Pilihlah calon yang terbaik dan bukan yang menjanjikan projek dan harta bertimbun
yang tidak ada berkat bagi kita bermanafaat untuk kini dan akhirat kelak nanti.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM