A+ | A- | Reset
Home arrow From Around The Blogs arrow 'Survival' PAS sukar zaman Abdullah berbanding Mahathir (II)

'Survival' PAS sukar zaman Abdullah berbanding Mahathir (II) PDF Print
Wednesday, 26 December 2007 18:54

Sebab itulah saya selalu menyatakan bahawa jangan terlalu ditekankan sangat kepada nama semata-mata. Sebagai contoh - semasa berada di kampus dulu apabila dibuat program yang namanya berbunyi sedikit keagamaan, berapa kerat sangatlah mahasiswa yang berminat untuk datang mendengar, tetapi apabila nama tersebut diubah kepada nama yang lebih komersil walaupun kandungan adalah 'sebiji' sama, ramai pula yang datang. Tentu anda fahamkan?

Letaklah nama 'Malaysia Madani' ataupun 'Malaysia Moden' sekalipun, ia mungkin adalah jauh lebih baik asalkan pengisian didalamnya adalah hukum-hukum Islam dan yang lebih penting adalah dengan nama ini, orang bukan Islam pun kurang mengalami 'fobia' dan memudahkan PAS untuk mendapat sokongan malah golongan bukan Islam sekalipun. Bukankah Karpal Singh pernah menyatakan 'langkah mayat saya dulu' sebelum penubuhan sebuah negara Islam? Bagaimanakah PAS boleh bersatu dengan pembangkang lain sekiranya sedikit 'adjustment' tidak dilakukan (tanpa mengorbankan prinsip perjuangan?).

READ MORE HERE

Comments (4)Add Comment
...
written by surgeffect, December 26, 2007 19:43:06
1. Dengan meletakkan nama yg mangaburkan maksud sebenar isinya itu satu representasi yg salah.
2. PAS memang bagus sebagai sebuah parti politik dan layak mengambil alih negara, tetapi hanya kalau negara ini 100% Muslim.
3. Bukannya orang bukan Muslim tidak menyokong/menghargai Islam, tetapi seumpama diskriminasi menamakan negara yang bukan 100% rakyatnya Islam sebagai negara Islam. Walaupun tiada niat tidak baik, tetapi secara amnya, sebuah 'double-standard' akan wujud apabila dipandang seimbas lalu.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by rastafarianz, December 27, 2007 08:12:17
Bukan Saja PAS, parti pembangkang lain pun sukar juga!!!
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Presiden Mesia, December 28, 2007 11:02:35
surgeffect wrote,
"3. Bukannya orang bukan Muslim tidak menyokong/menghargai Islam, tetapi seumpama diskriminasi menamakan negara yang bukan 100% rakyatnya Islam sebagai negara Islam. Walaupun tiada niat tidak baik, tetapi secara amnya, sebuah 'double-standard' akan wujud apabila dipandang seimbas lalu."

Sokong aje Barisan Alternatif kalau tak masuk balik lubang yang sama menyokong BN...
BN menakut-nakutkan rakyat bukan islam dengan isu negara islam...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ahmadbadrul40, December 30, 2007 09:21:45
Drop the Islamic state agenda and concentrate on making the Malay race more progressive. Where the advancement of race through science and technology should be the call of the day. Rather than just shouting Islam all day. Religion is a private matter and should not impose on to other individuals.

Is just stupid to waste so much resources talking about religion in this 21st century. 100 years down the road, your great grand children will read the Malaysian history and realise what a waste of resources and time to pursue this religious matter. People from the advance country are spending most of their resources in curing diseases, illness, finding alternative fuels to the petrol fuels, thinking about advancement of humankind and discover new technology.

Here in Malaysia, PAS is still pursuing on pushing the Islamic State agenda. Fark it, it is a pure waste of time. It will not make the Malay race the advance race.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM