A+ | A- | Reset
Home arrow Dari Jelebu arrow Pilihanraya ini untuk apa?

Pilihanraya ini untuk apa? PDF Print
Saturday, 23 February 2008 15:44

Active Image

Modul baru ini akan memastikan lanun rasuah, YB kaki tipu, YB songlap duit, YB kaki AP, YB barua cukong, YB jual tanah orang kampung, YB runtuh masjid, YB runtuh kuil, YB rampas mayat, YB kaki ampu, YB pembunuh – semuanya akan digugurkan.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Pelik tetapi benar. Hairan lagi menghairankan. Takjub lagi menakjubkan. Setelah mendapat ilham – bukan mimpi – Abdullah Badawi  telah membubarkan parlimen. Tarikh pilihan raya ke 12 untuk Malaysia di umumkan.

Sebelum parlimen di bubarkan warga Malaysia  secara resmi telah mendengar bahawa satu pembaharuan akan di bawa  melalui pilihan raya ke 12. Teknik dan modul baru akan digunakan oleh pemimpin parti pemerintah untuk menilai siapa yang akan di pilih untuk menjadi YB.

Modul baru ini akan memastikan lanun rasuah, YB kaki tipu, YB songlap duit, YB kaki AP, YB barua cukong, YB jual tanah orang kampung, YB runtuh masjid, YB runtuh kuil, YB rampas mayat, YB kaki ampu, YB pembunuh – semuanya akan digugurkan.

Bila berita ini dibaca umum, rakyat seantero negara cukup gembira. Ini tanda bahawa rakyat Malaysia ingin PERUBAHAN dan PEMBAHARUAN. Orang ramai akan beralih. Sebenarnya rakyat dan pengundi akan menyokong sesiapa sahaja yang akan membawa perubahan ke atas nasib mereka.

Heboh dan heboh dari warung judi hingga ke bilik-bilik CEO tentang siapakah muka-muka baru yang bakal menjadi YB mereka. Orang ramai memang  telah jelak  dengan muka-muka lama seperti Samy Veloo, Khir Toyo, Rafidah Aziz, Nazri Aziz,  Aziz Shamsudin,  Tengku Adnan,  Musa Sabah, Anuar Musa,  Ali Rustam, Awang Adik, Mat Nor Yakob, Sharizat Jalil, Hishamudin Keris  - sebahagian contoh nama-nama malaon yang telah menjelakkan  lagi memuntahkan rakyat.

Muka-muka ini adalah anak-anak didik Mahafiraun. Muka-muka inilah yang selama 22 tahun ini telah menghuru harakan negara. Muka-muka lama inilah yang telah menyusahkan kehidupan rakyat. Muka-muka lama ini yang telah secara resmi merompak, menjarah dan melanun harta negara.

Rakyat berdebar-debar macam anak sekolah nak pergi jumpa Tok Mudim. Rakyat tertunggu-tunggu siapakah muka-muka baru ini. Rakyat menunggu perubahan. Suspens dan seram.

Tup tup… hairan lagi menghairankan.
Pelik tetapi benar.
Takjub lagi menakjubkan.
Percaya macam tak percaya.
Rakyat tersentak.  Rakyat terduduk
Mata buntang di kaca TV.
Yang rabun bercermin mata.
Yang pekak memakai earphone.
Yang buta huruf tertanya-tanya

Rupa-rupanya Abdulah  Badawi telah memilih malaon-malaon dan lanun-lanun lama untuk menjadi calon. Ciss! Tertidur  lagi kah kau wahai Abdullah Badawi –ku?

Apa jadi dengan ilham?
Apa terjadi dengan muka baru?
Apa terjadi dengan yang rasuah?
Apa terjadi dengan penjual AP?
Apa terjadi dengan peruntuh masjid ?
Apa terjadi dengan peruntuh kuil?
Apa terjadi dengan pencuri balak?
Apa terjadi dengan barua Mahafiraun?

Pelik tetapi benar inilah. Abdullah Badawi  tidak memiliki kudrat dan iradat untuk membuat apa-apa perubahan. Jadi apa tujuan pilihan raya 2008 ini? Apa gilanya Abdullah Badawi yang mendapat mandat besar pada tahun 2004 dahulu tiba-tiba  belum sampai 3 tahun sudah hendak membuat pilihan raya.

Pilihan raya berbilion ringgit ini kenapa di adakan tanpa muka-muka baru yang dijanjikan? Inilah teka teki yang perlu kita cari jawabnya.

Hanya ada SATU SEBAB kenapa pilihan raya tahun 2008 ini dijalankan.

SEBABNYA: Pilihan raya tahun 2008 ini bertujuan untuk menafikan Anwar Ibrahim dari bertanding. Sesudah 14hb April 2008 ini Anwar Ibrahim boleh bertanding. Abdullah Badawi  mengatakan bahawa dia sudah terlupa dengan Anwar Ibrahim.  Terlupa macam mana ? Kalau terlupa pasti  nama  Anwar pun tidak boleh diingat. Kalau terlupa kenapa pilihan raya ini di buat sebelum 14 April 2008?

Ciss! Tertidur lagikah kau wahai Abdullah Badawi-ku?

Sebenarnya pilihannya 2008 ini cukup menguntungkan Barisan Rakyat – PKR/DAP/PAS. Penyokong dan penaja Barisan Rakyat harus tersenyum gembira.  Nama-nama maloan lama ini seharunya di baca sebagai pembantu yang baik dan pembantu setia.

Nama-nama yang di benci rakyat ini akan menjadi pemangkin undi yang akan membawa masuk undi ke dalam peti undi Barisan Rakyat. Lebih bayak poster mereka di pasang lebih muntah orang ramai.

Ingat bagaimana rakyat benci dengan Mahafiraun hinggakan apabila ada gambar Mahafiraun dalam akhbar, akhbar ini tidak ada pembeli. Ingat bagaimana apabila muka Mahafiraun di kaca TV Mak Cik Felda akan beralih chanel. Ingat bagaimana apabila muka  Sami Veloo, Rafidah Aziz, Sharizat Jalil atau Nazri Aziz  terpampang di TV – kaca TV akan penuh dengan air ludah. Inilah contoh rakyat ingin pembaharuan.

NOTA INGATAN : Di hari pertama apabila nama-nama calon di umumkan bursa saham Kuala Lumpur  jatuh 1.7%. Kenapa  bursa saham Kuala Lumpur  jatuh walhal bursa saham di New York, Hong Kong, Tokyo, Korea, London, Singapura, Frankfurt – semua nya naik.

Dua hari sesudah nama-nama bakal YB diumumkan bursa saham Kuala Lumpur jatuh lagi. Kenapa ini berlaku ? Jawabnya – kerana para pelabur  terperanjat dan terpinga-pingat  macam tidak percaya apabila  melihat lanun-lanun dan penyamun tarbus yang sama akan kembali menjadi YB.

Lalu orang-orang Melaka membuat seloka gurindam untuk ingat-ingatan ke anak cucu cicit:

Dolah Badawi mendapat ilham
Entah tertidur entah tersembam
Lanun lama jadi pilihan
Tak tahu nilai batu dan intan

Yang bodoh naik ke atas
Yang alim jatuh ke bawah
Yang jujur di buang kerja
Yang bodek naik pangkat
Yang rasuah jadi YB
Yang bijak di buang universiti
Inilah angkara  yang membuat rakyat benci.

Comments (13)Add Comment
...
written by confuseus, February 23, 2008 15:59:24
Dolah Badawi mendapat ilham
Entah tertidur entah tersembam --
Ha, ha, ha ....BAGUIH !!

Mari kita BERSIH KAN BN terutamanya UMNO.
Confuseus dulu memang undi BN, tapi sekarang UMNO BARU banyak sangat PEKUNG, makin lama makin BUSUK!!!
Kita, rakyat kena ajar sama dia sebab dahlah BODOH, SOMBONG PULAK TU !!

"Sejak sehari dua ini, demonstrasi jalanan sebenarnya berlaku di banyak tempat di negara ini. Di Kuala Terengganu, Kangar dan Ipoh, ribuan anggota Umno keluar berdemonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman, Kuala Terengganu dan kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh kerana membantah senarai calon yang diumumkan Menteri-Menteri Besar terbabit.

Di Kangar, demonstrasi besar-besaran diadakan di perkarangan rumah Menteri Besar bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Shahidan Kassim yang khabarnya digugurkan dari senarai pencalonan."

report abuse
disagree 1
agree 29
...
written by cocomomo, February 23, 2008 16:24:16
The retention of the various clowns show the total arangance on the part of the bn. They assume based on past experience that the misled rakyat will still vote for them. Hope the rakyat will show their displeasure for trying to take them for granted by voting the opposition.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by seek justice, February 23, 2008 16:54:42
I was told that in one of the more recent khutbah Jumaats (Friday prayers sermon)a story was told about Prophet Muhammad's PBUH and his companions that they were 'reluctant leaders' -- this by virtue of the fact that they know that the responsibility is really huge and that they had to be fair to the people. They want to do the right things, they want to be fair to the point that they are happier if they are not asked by the Prophet PBUH to be leaders.

Another story, please: The renowned Islamic scholar Hamka of Indonesia told one of my acquaintances when the latter asked as to why at a young age his hair has gone white/grey. Hamka had said that is mainly because when he was given the task to deliver the Friday prayers sermon every week, he found it very hard to prepare the sermon week after week, everytime because he had to be fair to the people attending the prayers who come from different walks-of-life and backgrounds. He wanted to be fair and speak to everyone equally.

The morale of the two stories:

Obviously the UMNO leaders are not behaving like true Muslim leaders. We know why they badly want in, don't we?

Deny UMNO respect. Look at their faces and their names on the ballot sheet and tell yourself that these are not good leaders, only ones desperate to rake in the riches and power.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by ibabonma, February 23, 2008 18:47:33
Apa kena Bodohwi ni. Tak tahu ke rakyat amat benci dengan penyamun dan perompak barisan kabinetnya.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by vvgirl, February 23, 2008 21:02:19
PM tidak berjiwa rakyat....pm hanya memajukan bangsa nya sendiri saja...pm tidak menghormati agama dah bangsa lain....pm hanya menghormati agama dan bangsa nya sahaja.....PM TIDAK ADIL.klu dizinkan tuhan 8 mac 2008 ini KEADILAN menang dan menjadi kerajaan malaysia kita akan jadikan PM kita sebagai penasihat rakyat di malaysia dan timbalan PM kita pula kita buang ke mongolia.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by bujang senang, February 24, 2008 05:55:28
Pengarang,
Nama menantu PM tak sebut pun masuk bertanding?? Dengar kata dah laku lukisan saudara ribuan ringgit tak kan dah lupa kut kat menantu PM, bakal MP yang berkuasa macam PM.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Bluechip, February 25, 2008 13:27:16
Pilihan Raya Ini Untuk Apa ? . Pilihan Raya untuk sang penguasa di pemerintahan berkuasa selama 5 tahun lagi . Selepas berkuasa selama 5 tahun , minta lima tahun lagi sehinggalah dunia ini menghembuskan nafasnya yang terakhir . Pilihan Raya penting untuk golongan politikus putus asa , barua , kroni , proksi , perutisme , sakuisme dan bermacam - macam isme lagi . Dalam konteks Malaysia , jarang - jarang terdapat kalangan pemimpin yang miskin dan berperut kempis , semuanya kaya segera dan bulat perut belaka . Dalam membela naib rakyat akal mereka terbatas kerana bercanggah dengan kepentingan mereka , tetapi dalam selok belok memanipulasi rakyat merekalah no 1 . Golongan yang benar benar membela dan memperjuang nasib rakyat sama ada semasa mahupun selepas pilihan raya jarang boleh didapati , jika ada pun boleh dihitung dengan ibu jari .
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by hilmyali, February 25, 2008 15:59:55
Kepada semua calun-calun Barisan Rakyat.....beritahu kepada semua rakyat Malaysia...kalau BN menang,Negara akan tergadai kepada Singapura....itulah yang akan dan telah dilakukan oleh Pak Lah,anak dan menantunya....SELAMATKAN MALAYSIA DARI KETURUNAN BADAWI.... smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 5
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by asguard, February 26, 2008 14:13:37
Tema slogan yang sepatut disairkan oleh BN adalah Seribu mungkir janji adalah lebih tepat yang menberikan gambar sepenuhnya ...bagaimana keadaan sebenarnya BN... slogan ini adalah kerana sentiasa ada mungkir janji ....jadilah ...teman ini adalah lebih sesuai digunakan dan ia berikan kesan yang tepat ...sekali walaupun untuk satu jangka masa yang lama....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by glock17, February 29, 2008 15:03:43
Tamatkan jer riwayat Beruk Nasional...!!!
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by abuya, March 05, 2008 13:04:58
maso ni ado calon naik beskal, ado calon motong gotah, ada calon kupek udang, ado calon masuk bondang, ado calon sodokah sano sini,,, sumer sobab nak ngundi.. tak paham den ,,, musim ni ramai plak yang hipokrit,, dunia2..
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by DatoJohn, May 13, 2008 15:59:39
Pilihanraya ini untuk siapa?

mereka (BN) & keluarga mereka


report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM