A+ | A- | Reset
Home arrow Dari Jelebu arrow Kalau pilihan raya boleh mengubah sesuatu telah lama ianya diharamakan

Kalau pilihan raya boleh mengubah sesuatu telah lama ianya diharamakan PDF Print
Wednesday, 20 February 2008 18:40

Active Image

Amat jelas garis politik Hindraf membuktikan bahawa jalan raya adalah parlimen yang lebih efektif, cepat dan segera membawakan hasil. Selama 50 tahun wakil-wakil rakyat dan para YB yang mewakili masyarakat Tamil/India telah bersuara di Parlimen tetapi tidak membawakan apa-apa hasil. Hanya Hindraf yang membawa politik jalan raya yang berjaya membawa hasil.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dengan harapan ianya akan melahirkan kelainan adalah kerja orang gila.

- Hishamuddin Rais 2008 –

Tiga minggu dahulu ramai kawan-kawan bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan. Saya ketawa berdekah-dekah hingga menimbulkan kehairanan mereka. Saya ketawa kerana nampaknya kawan-kawan saya ini tidak sabar-sabar untuk ditipu. Ada juga yang ingin menjadi nujum politik untuk meramalkan pilihan raya. Seolah-olah jika ramalan mereka tepat maka ‘terpancut’ lah kegembiraan mereka dan arif politiklah mereka.

Orang-orang seperti ini kurang sedar dan kurang arif dalam memahami bahawa sistem pilihan raya yang sedia wujud di Malaysia pada ketika ini adalah satu lembaga penipuan. Pilihan raya adalah satu proses penipuan yang tersusun. Bukan silap mata yang menggunakan jin afrit tetapi penipuan melalui struktur dan lembaga-lembaga yang menyusun pilihan raya ini.

Pilihan raya pertama di Tanah Melayu di zaman Tunku/Boestaman/Dr. Seenivasagam/Tan Chee Kon/Pak Sako - mungkin boleh dilihat sebagai pemilihan wakil rakyat yang demokratik. Era pilihan raya yang demokratik itu telah tamat apabila parti Kapal Layar tenggelam oleh ombak rakyat pada tahun 1969.

Justeru saya TIDAK pernah terlintas untuk mendaftar dan saya TIDAK akan mengundi dalam sistem pilihan raya yang sedia ada hari ini. Saya tidak ingin terlibat dengan kerja-kerja bodoh menaikkan harapan rakyat kemudian ‘potong stim’ bila rakyat marah.

Saya hanya akan mengambil bahagian dalam pilihan raya apabila sistem pilihan raya itu telus, adil dan saksama. Transparen di sini bukan bermakna peti undi itu dapat dilihat luar dan dalamnya. Kotak plastik ini tidak memiliki apa-apa nilai transparen malah ini hanya satu teknik penipuan agar orang ramai kembali yakin bahawa pilihan raya kali ini telus.

Di sini saya ingin orang ramai melihat dan memahami satu lagi garis politik. Garis politik - politik jalan raya - yang diambil oleh Hindraf.

Selama 150 orang-orang Tamil telah ditindas. Mereka dibawa dari India oleh British untuk menjadi Kuli Batak di ladang-ladang getah yang dimiliki oleh syarikat British. Apabila kuasa British dipukul hebat oleh gerakan bersenjata rakyat Malaya maka kuasa kolonial British tidak ada pilihan melainkan mengundur. Ladang-ladang mereka dijagai oleh para cukong baru.

Buruh-buruh Tamil di ladang-ladang terus ditinggalkan begitu saja. Cukong-cukong baru yang mengambilalih ladang-ladang ini lebih ganas dan lebih zalim dari British. Kalau dulu kita nampak orang kulit putih yang berkuasa. Mereka senang dilihat sebagai musuh. Kini para cukong baru adalah anak tempatan – kelentong mereka lebih licik.

Kepahitan kehidupan komuniti Tamil/India ini tidak perlu saya buktikan dengan statistik. Masuk sahaja ke kawasan-kawasan ladang atau pergi lihat kawasan-kawasan setinggan orang India di sekitar Kuala Lumpur. Kita akan melihat kehidupan mereka lebih daif dari zaman mereka menjadi Kuli Batak British. Sekurang-kurang nya penjajah British memiliki sifat kewarasan yang sivil. Tetapi cukong-cukong tempatan sejuta kali lebih zalim dari penjajah. Kezaliman anak tempatan menekan hingga sampai ke tulang som-som.

Akhirnya Hindraf memilih jalan raya sebagai garis politik parlimen mereka. Lihat hasilnya:

- Najib Razak meminta maaf kerana meruntuhkan kuil-kuil mereka. Maaf ini bukan kerana pilihan raya tetapi kerana jalan raya.

- tanpa diminta dan dirayu hari kebesaran mereka – Hari Thaipusam – dijadikan hari cuti awam. Ini kemenangan jalan raya dan bukan kerana pilihan raya.

- sekolah Tamil dengan serta-merta mendapat dana yang lumayan. Ini kemenangan jalan raya dan bukan kerana pilihan raya.

- akan diwujudkan dana khusus untuk membantu masyarakat Tamil/India yang selama ini

- tercicir. Ini bukan kerana pilihan raya tetapi kerana jalan raya.

Amat jelas garis politik Hindraf membuktikan bahawa jalan raya adalah parlimen yang lebih efektif, cepat dan segera membawakan hasil. Selama 50 tahun wakil-wakil rakyat dan para YB yang mewakili masyarakat Tamil/India telah bersuara di Parlimen tetapi tidak membawakan apa-apa hasil. Hanya Hindraf yang membawa politik jalan raya yang berjaya membawa hasil. Ini membuktikan politik jalan raya adalah garis politik yang tepat dan efektif.

Memang ada parti-parti politik yang cuba mempelawa para pemimpin Hindraf untuk bertanding dalam pilihan raya 2008. Jika mereka mengambil bahagian maka mereka akan terperangkap dalam struktur yang menjerut leher mereka. Pelawaan dari parti Barisan Rakyat ini mungkin jujur dan mungkin juga berniat jahat.

Lihat apa yang terjadi kepada gerakan REFORMASI sepuluh tahun dahulu. Musuh-musuh dari dalam dan luar gerakan Reformasi telah berusaha sedaya upaya untuk menubuhkan parti politik. Satu kerja bodoh yang membuang masa. Kerana apa?

Apabila wujudnya struktur parti politik maka akan wujud birokrasi. Dari sini akan wujud apa yang dikatakan ‘pemimpin’. Maka akan muncul para pemimpi ( bukan pemimpin) yang akan berpolitik bukan untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim tetapi berpolitik untuk menjadi calon pilihan raya. Ciss! Kerja bodoh. Hasilnya tenaga, wang ringgit dan fikiran akan digunakan dari satu mesyuarat ke satu mesyuarat yang tidak pernah selesai-selesai.

Dalam mesyuarat ini mereka akan melakukan perkara yang sama ini berulang-ulang kali dengan harapan ianya akan membawa perubahan. Ini kerja orang gila. Mereka terperangkap dengan cita-cita untuk menjadi YB melalui pilihan raya. Cita-cita dan mimpi mereka untuk menjadi YB ini menenggelamkan fikrah mereka untuk memahami bahawa pilihan raya ini adalah struktur dan lembaga yang telah tersusun rapi untuk menipu orang ramai.

Belajar dari Hindraf. Hindraf telah menunjukkan garis politik tepat yang dapat membawa hasil. Apabila Najib meminta maaf kerana meruntuh kuil-kuil Hindu saya terbaca di Harakah Daily kenyataan ‘cemburu bodoh’ dari satu kumpulan Muslim. Kumpulan ini merasa iri hati kerana Najib minta maaf wal hal telah banyak masjid dan surau telah di runtuhkan tanpa maaf dari Najib.

Bezanya Hindraf turun ke jalan raya apabila kuil mereka dirobohkan. Mereka bangun gagah berani. Apabila surau dan masjid dirobohkan apa yang akan dilakukan? Kumpulan yang ‘cemburu bodoh’ ini akan menghantar memo, mengeluarkan kenyataan akhbar, sembahyang hajat dan berdoa. Ini telah mereka lakukan berulang-ulang kali dengan harapan perbuatan mereka ini akan melahirkan hasil yang baru. Poorah. Cuba ikut jalan Hindraf dan lihat hasilnya.

Pada bulan November 1974 berpuluh-puluh ribu rakyat Baling telah turun ke jalan raya mengepung pekan Baling dengan tuntutan harga getah dinaikkan. Berhelikopter Musa Hitam ke Baling. Harga getah naik dengan serta-merta. Tanpa memo, tanpa wakil rakyat, tanpa YB, tanpa pilihan raya, tanpa parlimen – aksi direk ( direct action) rakyat Baling telah menghasilkan tuntutan yang diminta.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman. Segala pengalaman yang terkumpul jika TIDAK dijadikan ilmu maka otak manusia ini akan bonsai. Rakyat mahu perubahan tetapi pemimpin mereka ingin jadi YB. Hasilnya mereka membuat kerja yang sama berulang-ulang dengan harapan ia akan melahirkan sesuatu yang baru. Poorah. Mustahil!

Comments (16)Add Comment
...
written by turun padang, February 20, 2008 19:12:15
Setuju sungguh saya pada article ini..

Tapi... masalahnya.. berapa orang yang berani turun padang/jalanraya untuk mendapatkan hasil?

semuanya dok duduk kat kedai kopi ke(starbuck), depan komputer dirumah ataupun di (cyber cafe)... & komen & komen

jangan kata turun ke jalanraya... turun untuk mengundi pun tak tentu.(dimana mereka tak akan ditembak dgn gas ataupun air). Tau tau.. komen & komplain online atau dgn member..

Berapa ramai yang berani macam hishamudin rais? yang sanggup korbankan keselesaan sendiri hanya untuk prinsipal serta kepercayaan sendiri?

Berapa orang yang sanggup berkorban untuk NEGARA?
report abuse
disagree 3
agree 33
...
written by cwy, February 20, 2008 19:18:14
Itulah kaedah yg terakhir secara aman bagi kaum-kaum yg ditindas dan diabaikan itu menggunakan untuk menunjukkan penderataan mereka.

Tabek kpd Hindraf kerana telah membawa tiupan angin yang kencang dan seterusnya gelumbang ombak yg kuat untuk menyedarkan rakyat jelata yang menghormati hak manusia untuk berkecimpung dalam kegiatan-kegiatan yg cergas
report abuse
disagree 1
agree 21
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by fireduck, February 20, 2008 20:19:55
I accept the points laid out here, but I tend to disagree on some. No doubts that the street protests brought 'instant' results and goodies. But in the bigger picture of things, we need to change the political process. Otherwise, we are only propagating the hold the ruling elite has one us rakyat. Each time we take to the streets, we get some goodies. That is not going to be the solution long term. Its further empowering the umno/BN buggers in their condescending patronage. Are we like dogs or cats, where are get rewarded just to placate us a while.

I say, we still need to take part in the General Election, defective it may be, to have real change. And bro HR, if everyone is like you, and not registering to cast your vote, then you are gifting the BN to further continue the rape and plunder of the rakyat. You could still 'take to the jalanraya' if you want to, but give your one vote to help the change. You are entitled to your vote, its your right, just like the rest of us. Why waste it. Every vote helps. Because of our apathy/tidakapathy, fellas like Nazri and Zam, can proclaim that they are speaking for the 'silent majority'. Are they really?

So, we collectively, can change for the better. Street demonstrations are exciting but we need long term political checks and balances.

Peace, bro.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by DezMalaysia, February 20, 2008 21:06:44
I may agree on some points in this article but I feel by not coming out to vote is definately wrong and letting the corrupt BN win so easily.

Street demands somehow grew instant fruits, but there's a heavy price to pay... HINDRAF 5 were put under ISA detentions as sacrifice goats to BN gods. Some protest may have positive results, but some not.

The example of failed rallies,

Free Anwar Rally (because Anwar was freed unexpectedly), Protest against fuel hike, the Bersih Rally. What are the positive results came out ? None !

So, back to square one. We still need those ballot boxes. We all know it's not clean and we have no other choices.

Dear fellow Malaysians, please come out to vote in whole denying BN 2/3 majority if you love Malaysia. Massive opposition votes can kill the Giant ! United we stand, divided we fall...

JANGAN PANGKAH BN !
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Irmanyadi, February 20, 2008 22:33:21
bila hari mengundi nanti,
undi je Pembangkang.menang kalah takpe,Akhirat nanti kita cerita.Dosa seorang pemimpin yang menipu memang berat.Pada yang mengundi nanti,buat tanggungjawab anda.
at least kita try,kan?

sambil-sambil tu doalah supaya Allah bagi petunjuk kat orang-orang tertentu.
memang sistem tu dah reput,rosak tapi kita rakyat yang nak perubahan,buat la apa yang boleh.

kalah pilihanraya,kita gi perhimpunan balik.kalau takleh gak,jalan terakhir,kita perang.Mungkin tu je la yang boleh bawak perubahan kalau pilihanraya nanti tak berhasil.

Tanak aku KJ jadi PM.Muka cam monyet

report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by zul4kulim, February 20, 2008 22:45:54

Jom bantu kami untuk tundukkan BN

zul4kulim.********.com
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by AsamLaksa, February 20, 2008 23:14:37
I highly disagree with this article. There are too many flaws and far too cynical. This article should not be taken seriously.

Street protest are usually seen as last resort actions. Even if it is legal, street protests take up time and money of the participants and the result is not guaranteed. If you are basing the effectiveness of it solely by HINDRAF then you are sadly misguided. Initially, the action by HINDRAF did not get much support. The writ they submitted suing UK for their plight is seen as too fanciful. Then they wanted to submit a petition to the UK High Commission for something about obtaining counsel fot their case and that itself was not seen as a big issue. What made HINDRAF popular is not their demands or the Indian poverty (which was largely ignored for so long). The clincher is the unreasonable reaction of the government in suppressing them and the nonsensical charges placed against a bunch of them.

Now, the rakyat can be selectively blind most of the time but you can't fool everyone all the time. It's the outrageous government response that earned so much sympathy for HINDRAF and the Indians in general. They show the country what length the government would go to suppress dissenters. The HINDRAF 5 in ISA became political prisoners.

But it's along way to say all street protests are successful. HINDRAF is a big one off because they started as a non-issue (no way they could win the court case in UK or even see the case go to the courts) and exploded into the Malaysian political scene due to the incompetence of the government. Another point I find interesting is whether they would have been successful without the internet. If they had done it 30 years ago, you may not hear about them at all.

Political parties play one part in the system. It is true that political parties is seen as a damper to fiery sentiments. Any party that hypes sentiments too much gets discredited. But their roles are different. They are parties that gets into parliament (hopefully) to work within the framework of the government as set out in the constitution. Are they effective? Of course but maybe not as dramatic as HINDRAF. HINDRAF can't formulate the national budget and have little interest in education policies. You need politicians to sort that out. Policies should be clear and certain, they should not be subject to whims and fancy of the populace.

Malaysian elections may not be the cleanest but it's the system. You either work within the system or the alternative is for a revolution where you can clear the old system. Revolutions is not always a good thing as some of the fruits of revolution are disastrous. A nation should develop gradually incorporating new lessons and abandon bad practices. So as much as the fairness of the elections is concerned, the clean up takes time and a sense of social responsibility. Excluding yourself from this process in short, helps no one but inflate your sense of ego. Let them fools pander to all this nonsense, eh, Mr. Genius?
report abuse
disagree 4
agree 8
...
written by turun padang, February 21, 2008 00:17:18
So point yang saya nak kemukakan disini.. ialah..
turun mengundi dulu... kemudian..

bila BN dah kurang power yakni:polis pun kurangkan gas dan sembur air..
kalian semua boleh la turun untuk protes kat jalan..

Masa tu la baru boleh pakai plan hishamudin rais...

Sementara tu...
turun la mengundi.. pangkal apa saja, asalkan bukan dacing
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by The dragonheart, February 21, 2008 00:35:35
BRO DARI JELEBU kata...Kumpulan yang ‘cemburu bodoh’ ini akan menghantar memo, mengeluarkan kenyataan akhbar, sembahyang hajat dan berdoa. Ini telah mereka lakukan berulang-ulang kali dengan harapan perbuatan mereka ini akan melahirkan hasil yang baru. Poorah. Cuba ikut jalan Hindraf dan lihat hasilnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Betul, HINDRAF dapat perkara yang bukan mereka mohon... mereka mohon dari kerajaan British wang pampasan...

Tapi timing mereka kena masa di mana Malaysia hendak mengadakan pilihan raya...Cuba mereka lakukan sebaik sahaja selepas pilihan raya... habuk pon tak dapat ...silap2 kerajaan bina penjara baru untuk mereka...

BRO Hisham, bagi orang muslim kita di ajar berjihad... kalau tak boleh dengan tangan, kita lawan dengan mulut, kalau tak boleh dengan mulut kita lawan dengan hati... Sebaik2 orang Muslim is lah berdoa dan mengerja kan solat hajat, dengan masa yang sama kita merayu...Insya'Allah, Allah akan memberi petunjuk.

Sekiranya mereka mengharamkan kita beribadat , bukan sahaja demostrasi jalanan, belumuran darah hingga mengadai nyawa pun orang yang beriman sanggup lakukan... Orang Islam tidak seharusnya menyondul membabi buta dan merugikan image Islam itu sendiri.. Islam bukan Hindraf...

Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah ke pada kaum Indian yang mendapat perbagai habuan dari kerajaan BN... tapi pada saya ini bukan kerana demostrasi jalanan mereka.. tetapi kerana undi mereka menjadi penentu kemenangan BN

Lihat demostrasi BERSIH, lebih ramai dari HINDRAF... apa kerajaan BN bagi? Zero! Elek! podah!

Sebab apa? sebab kalau bagi pon mereka ini bukannya undi untuk kemenangan BN... Mereka ni akan lawan BN walau pon bagi gunung emas sekali pon...

Demonstrasi aman adalah demokratik, demostrasi aman adalah sihat, tetapi demostrasi aman berkesudahan seperti apa berlaku kepada peserta HINDRAF tidak boleh di terima... Bak Kata Tok Guru Nik Aziz, kerja bodoh kalau lawan dengan orang utan yang tak tahu guna undang-undang...
report abuse
disagree 2
agree 13
...
written by Rozlan, February 21, 2008 09:12:56
Demo rakyat ada kesannya..Tetapi ianya byk memerlukan pengorbanan dan tenaga.tetapi kita tidak boleh mengenepikan peranan pilihanraya.masalahnya sekarang ini rakyat Malaysia sendiri terutama orang melayu dan India tidak pandai bermain tarik tali didalam memberikan sokongan.mereka akan terus memberi sokongan membuta tuli pd calaon calon BN sehingga terdapat gurau senda yang mendakwa kalau diletakkan bangku kayu sebagai calon pun BN boleh menang.Setakat ini BN tidak meletakkan pistol dikepala kita dan memaksa undi mereka.mereka hanya letak janji2,beras,kain pelikat dan lain lain hadiah.

Kita mempunyai saloran yang senang dan mudah dan masih boleh digunakan walupun terdapat beberapa kelemahan.persoalannya mengapa tidak digunakan dgn efektif??..
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by kerengge, February 21, 2008 12:12:42
Dah kena sepam- dua lagi mamat ni. Orang yang solat hajat dan berdoa dihadiahkan cemuhan 'poodah'? Umur dah 60 tahun, tak daftar untuk mengundi, pastu nak komen pasal pilihanraya? Parti2 pembangkang dan pendokong2nya seperti Burhanuddin Helmy, Nik Aziz, Fadzil Noor, Onn Jaafar, Lim Kit Siang, Tan Chee Khoon, Syed Husin, Yusuf Rawa semuanya bodoh sebab melibatkan diri dalam pilihanraya, gelanggang menipu? Orang2 yang berdemonstrasi jalanan saja yang pandai dan dapat hasil?

Kalau dah socialist jalanan tu, socialist jalanan jugalah. Baguslah engkau londehkan hijab spr dan nampakkan taktik2 penipuan mereka. Tulislah lagi dan kempen ke kampung2 tempat engkau lari menyorok dulu, supaya mereka sedar tkatik2 penipuan tu dan susun strategi agar tak kena tipu. Dan mengundilah, kerana itu salah satu cara buat masa ini untuk cuba mengambil alih kuasa. Sambil tu nak berarak di jalanraya, beraraklah. Tok Guru pun setuju. Jangan pegaruh, menerusi tulisan2 engkau macam ni, orang supaya tak turun mengundi.
report abuse
disagree 1
agree 11
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by ajaianne, February 21, 2008 22:30:42
Subahanallah.. Kita berhadapan musuh dalam negara.. Guna akal lebih baik.. Saya akui demokrasi kita tenat.. Pilihanraya pun masih terdapat penipuan.. Namun gunakan jalan yang lambat tapi selamat.. Demonstrasi jalanan tak salah tapi ada batasnya.. Hidup didunia adalah sementara.. Yang penting kita berjihad dan bersabar.. Mereka yang menyeleweng akan disoal diakhirat kelak.. Kita cuba melakukan sedaya upaya mengikut ajaran Islam.. Saya pun mendoakan supaya rakyat tanahairku sedar dari dipukau oleh Barisan Nasional.. Ya allah selamatkan Tanahairku.. Amin..
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Vasily, February 22, 2008 02:06:25
"Horst Wessel" or "Die Internationale"
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by grant, February 22, 2008 11:49:36
masa untuk aksi lintas langsung... sekiranya pak lah tidak ditumpaskan, sama sekali dengan najib dalam pilihanraya ini, maka berjuta-jutaan rakyat malaysia akan keluar beramai ramai dan mengepung Wilayah Persekutuan dengan tuntutan Pak Lah meletak jawatan!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM