A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow MP Sabah dan Sarawak diminta tegas isu royalti

MP Sabah dan Sarawak diminta tegas isu royalti PDF Print
Posted by admin   
Friday, 06 November 2009 15:28

(Harakah Daily) - Rakyat empat negeri pengeluar petroleum di Malaysia diminta agar tidak terpedaya dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kedudukan sumber petroleum mestilah tiga batu nautika dari perairan negeri untuk mendapat royalti.

Ini kerana Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak meletakkan syarat bahawa untuk mendapat royalti, kedudukan sumber pengeluaran petroleum mesti terletak tidak kurang dari tiga batu nautika dari perairan negeri.

Meskipun Perdana Menteri tidak menyebut negeri Sabah dan Sarawak, namun rakyat kedua-dua negeri itu harus bersedia dengan kemungkinan royalti mereka dirampas kerana umum mengetahui bahawa pengeluaran petroleum di kedua-dua negeri terbabit juga terletak lebih dari tiga batu nautika daripada perairan negeri.

Jika takrifan tiga batu nautika yang dibuat Najib itu diguna pakai, ini bererti Sabah dan Sarawak sudah tidak layak mendapat royalty, sebaliknya turut mendapat wang ehsan.

Dr Hata Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata, penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan itu menggambarkan bahawa Kerajaan Persekutuan menganggap hasil petroleum berkenaan milik mereka, dan negeri pengeluar tidak berhak untuk menuntutnya.

"Implikasi dari pengumuman Datuk Seri Najib itu, bahawa hasil petroleum empat negeri itu adalah kepunyaan kerajan pusat, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Apabila Perdana Menteri umum rakyat hanya dapat wang ehsan, bermaksud kerajaan pusat ingin memiliki hasil berkenaan secara mutlak dan berhak samaada hendak beri wang tersebut kepada rakyat atau tidak," Jelasnya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Hata yang juga bendahari PAS hairan kenapa tiada seorang pun wakil rakyat Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak membahaskan isu itu.

"Selepas pengumuman Perdana Menteri itu, belum ada seorang ahli parlimen BN dari Sabah, Sarawak dan Terengganu ambil isu ini untuk diperdebatkan,"

"Kita tak pasti samaada mereka terlepas pandang atau mereka sememangnya bersetuju bahawa apa yang diperoleh oleh ketiga-tiga negeri sebelum ini adalah wang ehsan,"katanya.

Sementara itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mahu rakyat Sabah dan Sarawak mendesak wakil rakyat mereka agar menyanggah fakta yang dikeluarkan Najib itu dan mempertahankan hak royalto yang diperoleh mereka selama ini.

"Saya menyeru rakyat khususnya sabah dan Sarawak mendesak ahli parlimen mereka untuk menyokong dan meyuarakan pendirian dan sikap yang lebih tegas,"

"Jika takrifan mengenai syarat tiga batu nautika itu diterima, ini merupakan penyerahan hak milik negeri sabah dan Sarawak dan jugaTerengganu kepada kerajaan pusat walaupun kita sedar ini bukan kehendak dan dengn persetujuan rakyat," katanya.

Tegas Khalid juga, jika wakil rakyat BN enggan bersuara untuk menyanggah pandangan dan tafsiran perdana menteri itu, rakyat wajar memilih wakil rakyat yang cintakan khazanah negeri.

Rabu lalu, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk memberi wang ehsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan.

Pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pakatan Rakyat menyanggah hujah Najib itu kerana bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Comments (10)Add Comment
...
written by DreamLady, November 06, 2009 15:57:33
Wake up from your nitemares, my dearest Sabahans and Sarawakians!!! It is time for serious reckoning, STOP ANYBODY from stealing your oil royalty!!!!! You can accept wang ehsan, but don't forget to get back your oil royalty, they are two different things altogether. Get a bigger picture for your folks and families: A BETTER AND BRIGHTER FUTURE FOR THE NEXT GENERATIONS TO COME. Learn to love your rights, your dignity as an upright races, learn to confront the suppressors,plus the devils, and most of all, learn to love and cherish your children, and your children's children!!!! the rest shall be taken care of by our ALMIGHTY!!!!
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by amoker, November 06, 2009 15:58:24
Ah, the leaders athere are too chicken loh
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by batsman, November 06, 2009 15:58:56
More interested in tongkat ali
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Takiaki, November 06, 2009 16:20:47
They want everything and gives back close to nothing. Sabah have been receiving a mere 5% while they are laughing at us. We have been asking to increase the royalty but they just ignore... the sad thing is our current own state govt is laughing along with them, with their stomach bloating with filthy money..the only way now is to bring them down, starting with this Musang Aman tail-waging regime..
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Beezee_Beezee, November 06, 2009 17:28:29
This the truth of a Lier...BN/UMNO is a lier..the more they lie the more the lies becoming the truth.
We can see now they cannot cover the defesit and implement the RM50 tax on Credit card. Claimed to collect RM500Mil a year.
More money coming from the Puspakom compulsary Inspection on 10-15 years old vehicle.....Money Money in the Hand of Liers BN/UMNO leaders....

May be next time once you are out of your House Door you need to pay tax on the clean Air you breath...

report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by jason, November 06, 2009 18:05:01
This is what 1Malaysia is all about. Najib will hold out his right hand as a gesture of goodwill and with the left hand, C4 in hand, blow you to pieces. Oh ya, I forgot, he has a third hand to sapu all the Petronas royalty money.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by sydput, November 06, 2009 18:27:10
WE have to thank tengku razaleigh for coming up with this act.
He wanted to deny PAS the oil royalty in terengganu waters. He knew there was oil there, but not PAS.
The states could have got 100% of that mineral wealth. Just curios why the staes bothered to sign it and give it away to Petronas/federal govenrment the 95% and keep only 5%. These state politicians must be, in mahathir's own words, haprak.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Susuit, November 07, 2009 09:05:32
The leaders have RM RM RM RM. Why should they care about the country and the raykat ?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by lysa, November 11, 2009 10:55:26
But please don't make any assumption yet...Seems like some people want us Sabahan do something on this...But for sure this would never happen to Sabah N Sarawak.

This is my opinion and you had yours too, for those vote up and vote down... i just want to say Thanks for that... smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by andray, November 12, 2009 11:19:42
As long as we Sabahan know how to fight in what we had now...i don't think that we will lose the game...and for sure this would never happen to Sabah...
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM