A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Dr Asri: Saya bukan Wahabi dan tak tahu apa itu Wahabi!

Dr Asri: Saya bukan Wahabi dan tak tahu apa itu Wahabi! PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 03 November 2009 17:47

(The Star) - Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.

Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.

Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.

Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?

"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.

Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.

"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.

Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi.

"Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.

"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.

"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.

Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.

"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.

"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.

Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.

"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam.

"Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan.

"Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.

Comments (16)Add Comment
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Richfyf, November 03, 2009 18:05:36
If the matter is so confusing within the authorities imagine how it it for the rest of the Umah. Lets not even go near to those who are non muslim.
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by AO Musa, November 03, 2009 18:06:26
Aku hairan betul... Kalau orang sebarkan fahaman Wahabi di Malaysia kena tangkap. Habis tu yang korang berpusu-pusu nak tunaikan Umrah dan Haji kat Mekah dan Madinah tu buat apa????

Bukan kalau korang sembahyang kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tu imam dia fahaman Wahabi ke? Kenapa kalau kat sana boleh pulak. Kalau haram sangat Wahabi mengikut fahaman JAIS tu, semua sembahyang yang berimamkan Iman yang fahaman wahabi tidak sah!

So dari tahun depan, Tabung Haji tak payah hantar orang buat Umrah dah haji ke Saudi. Hantar ke negara yang mengamalkan mazhab Shafie. Sebab macam mana nak sah solat kita kat sana kalau semua iman dia fahaman wahabi kan?

Apa kata Survey!!!!!!
report abuse
disagree 3
agree 34
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by seethinkact, November 03, 2009 18:30:38
Biasa la..in the end, they all get so confused. They end up they all get tied up in a knot which they can't untie. Really funny la...Are you sure that toyol fler is not behind this?
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by AO Musa, November 03, 2009 19:15:09
Hi Sutha!

I beg to be differ. When you pointing Islam spread the religion at tip of sword, you may also want to consider what happened in Hinduism.

How about the killing spree among the Vishnu and Shivan believers? hundred of thousand people died during this period. Muslims never involved in this conflict. 100% Hindus.

What about the killing of lower caste people or Dalits by their upper class landlords? For your info, this is still happening in many parts of India especially Gujerat and Bihar.

How about the massacre of Muslims by Hindu movement called RS in India? They do this in the name of religion. Demolished Babri Mosque because claimed its birth place of lord Rama. Isn't it done by the Hindus?

I can add more and more issues not only by Hindu but also by Christians, Jews and other. Religion never teach us violence. Its people who do that.

When you claim the Book of Muslim teach of killing then its show how bad your knowledge about Islam. Islam is only teach us to protect and fight when you are oppressed. But forgiving is the highest level of faith.

I dont think you even know about your own book? Do you know the same thing said in Veda? When the war between Karnan and Arjuna, Lord Krishna told Arjuna to kill Karnan eventhough Karnan is his own brother. Krishna said, to uphold the justice you should never see blood relation as an obstacle.

So, please do more reading before you comment anything about others religion. More important, learn about your own religion before even think of commenting.

Please take it positively. Well, i dont care if you want to get angry also.
report abuse
disagree 3
agree 28
...
written by onnetline, November 03, 2009 19:19:30
JAIS or Just Another Idiotic Sect.
report abuse
disagree 0
agree 6
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by my oumrie, November 03, 2009 20:26:06
Sutha, Sutha. You should know by now that "not yet Muslims" who comment negatively on Islam, always open themselves to abuse from Muslims. So, everybody chill lah. The enemy claims he's not involved and is laughing at us "Anak Bangsa Malaysia" fighting among ourselves. Please focus on the enemy and his pariah followers and don't let them divide us again.
HIDUP SATU BANGSA - ANAK MALAYSIA!
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by daeng_chelak, November 03, 2009 21:14:37
"Wahabi" ini terminology atau "branding" orang english yang menjajah kita pada zaman 1800. ( Zaman sekarang "branding" dia Al Qaeda). Penjajah yang sama pada waktu itu sedang membina Perairan Suez dan terdengar pasal pergolakan olih imam muhammad bin abdul wahab. Angkara ini di perbesar2 kan olih mereke semata2 bermatlamat hendak mengkucar kacir kan ISLAM (di mana selaku adjective ia mengambar kan CARA HIDUP). Therfore the big question is apa itu WAHABI, is it a division of time zone that we created HADARI aswell??????? DAJJAL sunggoh
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by advocatusdiaboli, November 03, 2009 22:12:53
I only know what is wasabi lah. Come lets all go for some sushi. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by AO Musa, November 04, 2009 00:50:20
Dear My Oumrie,

I totally agreed with u. We should focus on how to become a real 1Malaysian. Learn to respect each others' race, culture and religion.

If we doing exactly the same how the BN goons does, then Bangsa Malaysia its just a day dream. Talk only if you know the fact. Dont assume.

Wise man said "Assumption is mother of all ****-UP"
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by fendyoasis, November 04, 2009 14:24:00
Sutha,
U may not be an indian or hindhu or maybe bot even human, but definitely ur a BN cybertrooper.


This is how they work. Come here post stupid statements using Indian name and then claim " Ooooo, Im not Indian". Really just a dumba$$ trying to incite trouble.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by fendyoasis, November 04, 2009 14:25:40
..Correction, it was supposed to be "U may not be an indian or hindhu or maybe not even human, but definitely ur a BN cybertrooper"
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Surrhead, November 04, 2009 16:11:10
AO Musa - "Assumption is mother of all ****-UP" - that's a line from steven seagal's movie......anyway i agree with you.....let work towards to becoming a true malaysian
report abuse
disagree 0
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM