A+ | A- | Reset
Home arrow From Around The Blogs arrow PAS tak akan berpecah dan PR belum tentu jadi macam BN .. Aziz Bari

PAS tak akan berpecah dan PR belum tentu jadi macam BN .. Aziz Bari PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 28 October 2009 11:19

Oleh Anak Sungai Derhaka

"Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka."

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. 

Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. 


Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku.

READ MORE HERE:  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Comments (4)Add Comment
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by abbey, October 28, 2009 17:50:15
Saya melihat Mustafa Ali dan Harun Taib sebagai pemimpin bertaraf tempatan sahaja, sekadar pemimpin diperingkat Ganu kite! Pembawakan kedua-dua mereka tidak dapat dipasarkan keperingkat nasional dan saya tidak yakin mereka berkebolehan membawa visi " PAS for All ".
Matlamat menyatukan orang-orang Melayu bukannya agenda PAS kerana ianya terlalu sempit untuk diperjuangkan. Hanya pemimpin yang berjiwa besar saperti Dato Nik Aziz berjaya melampaui batas agenda keMelayuan serta membawa PAS keperingkat nasional.
Sebagai andaian, jika Mustafa Ali atau Harun Taib dicalunkan sebagai ADUN atau MP diluar Trengganu ( misalnya di Subang Jaya atau Titiwangsa ) saya yakin kedua-dua mereka akan hilang wang deposit. Tetapi, jika Dato Nik Aziz dicalunkan dimana-mana satu kawasan tersebut, kemenangan bukanlah mustahil.

Ia melambangkan penerimaan masyarakat berbilang kaum terhadap kepimpinan beliau.

report abuse
disagree 2
agree 9
...
written by toroono78, October 28, 2009 21:44:37
javascript:void(0);javascript:void(0);javascript:void(0 );
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by toroono78, October 28, 2009 21:46:15
SORRY FOR THE ABOVE MISTAKE.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM