A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman? PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 01 October 2009 19:11

(TV Antara) - Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong sebentar tadi untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

Comments (28)Add Comment
...
written by Fuminari, October 01, 2009 20:01:22
mat isa kaki rasuah boleh jadi calon,
musa aman,kaki rasuah boleh jadi KM sabah,
ali rustam,kaki rasuah juga boleh jadi KM malacca,
KJ,kaki rasuah lagi satu boleh jadi ketua permuda parti,
mudyielding,kaki rasuah tanah samfold boleh jadi DPM'
najis,kaki rasuah kapal selam dan kaki c4 jadi pula PM!!!
inilah umno bolehland!kaki rasuah boleh!!
report abuse
disagree 1
agree 176
...
written by bodohland_citizen, October 01, 2009 20:20:29
Ini bila punya berita ini ? Wartawan professional semestinya berilah maklumat yang tepat. Tarikh pun takde, pas tu banyak cerita lama. Tolong update pada kadar segera. Sekian terima kasih.

1Malaysia untuk UMNO...ahli didahulukan, duit diutamakan.
report abuse
disagree 3
agree 44
...
written by TaiLow, October 01, 2009 20:35:27
Nut head Sabahan, wake up! http://www.sabahkini.net/v1/in...&Itemid=27
report abuse
disagree 2
agree 20
...
written by lynn, October 01, 2009 20:37:49
Fuminari,

Those are the pathetic facts abt bolehland. Rhyme beautifully in bahasa, can't help laughing.
You are brilliant!
report abuse
disagree 1
agree 37
...
written by onnetline, October 01, 2009 21:58:07
The rakyat hopes that these corrupted scoundrels will be brought to justice soon.

report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by Msian Idol3, October 01, 2009 22:41:27
What has the police, Income Tax & MACC done to check on this band of crooks ? No crime committed in Malaysia ? Even the PM is quiet as a mouse on such a case.
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by storm62, October 01, 2009 23:54:03
Mat botox kaki rasuah pun boleh jadi YB sg panjang
Mat anak child porno pun jadi ketua MACC
Mat Tidur dulu pun jadi PM
Mat tyson dulu pun MB selangor
Mat pintu keretapi pun ada Istana kat Klang
Mat disneyland pun ada Istana diShah Alam
Mat pukul dan along pun boleh jadi IGP

please add on, i'm sure there are many more!!!
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by storm62, October 01, 2009 23:57:54
this micheal chia was driven off in a red sports car when he landed in Sabah after his release from HK. where is the police and MACC then? nowhere in sight.

report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by jaz, October 01, 2009 23:59:34
WTH?! Why is this coming out again? Hurm, I smell something fishy going on.

Same old story I see. Condemn Musa all you want but all I can see is that he is staying strong on his ground right before his term ends no matter how you guys kutuk him. And no, I'm not a pro-Musa nor pro-BN/UMNO nor his shoe-licker nor his ball-licker what ever word you would describe. This is just my opinion.

To the idiot, Sam Singh? Gawd, old chap. Why in the world are you calling him that? You're saying that just because of his looks, right? Are you daft, man? He's a Muslim and has a mix heritage for heaven sake. Get you facts right. Sheesh. smilies/tongue.gif
report abuse
disagree 7
agree 6
...
written by onnetline, October 02, 2009 00:54:21
East Malaysian corrupted head thief & bastard, Mussa Aman !
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by MalayMail, October 02, 2009 03:15:42
MACC must learn from Hongkong ACA!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by oranghujan, October 02, 2009 11:26:32
MACC are too stupid to learn anything !!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by alpha1, October 03, 2009 09:50:34
Good for you Musa-ng! Part of what you've stolen from the people of Sabah is taken away! The crooks of BN is starting to crumble, one by one.. Time is up for BN! Please don't ever depend on MACC to eradicate corruption and investigate BN crooks. It'll never happen coz MACC stands for Mostly Arseholes & Corrupted Commissioners! smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by jaz, October 03, 2009 13:04:06
I wonder why this case was brought up again? Other corruption cases are not so thoroughly investigated. Mostly the others are quickly brushed-off. If you're telling me that this not a scheme to bring down Datuk Musa, I am so not convinced. How about Khir-toyo's Balinese style mansion? It was resolved within a blink of an eye, and no one was sent to investigate the actual source of the millions of Ringgit to build the big house. Why was Datuk Musa targeted in such accusations and assaults? Datuk Musa was a businessman, for christ sake, is it possible that a businessman have no money in his bank account?

I'm not going to believe anything that the media said until there are proofs that spotlighted Datuk Musa.

Truth Seeker
report abuse
disagree 3
agree 4
...
written by jaz, October 03, 2009 13:11:03
And please, stop making irrational accusation towards the Sabahans. You West Malaysians should take a good look at yourself before pointing fingers at us. I would defend Sabahans to the end.

Truth Seeker
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Mapel101, October 03, 2009 13:14:14
If we blame on Datuk Musa alone....and what if he's actually not involved in this case? stop blaming on him alone....there must be an agenda from his enemy to bring him down...
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by jaz, October 03, 2009 13:20:34
True, Mapel101,

There would always be the little people who wanted to bring you down. It could be rumors for all I know. He could be framed, honestly, we can't be sure. Don't judge people unless you had walked in their shoes.

(Many of my friends are concerned about this case. They all wanted to show their support through these comments, but they didn't have an account, so I'm the middleman)
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Mapel101, October 03, 2009 13:23:18
People can talk and write anything they want but for sure they don't even know what is actually happened. So as Sabahans we should not believe in this case 100%. Why don't we just wait until this case bring to the court. But for now blaming him will only make this case complicated.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by jaz, October 03, 2009 13:23:46
Datuk Musa, hang in there!!! We're with you!!!)

(Gosh, it would seemed that I'm talking to myself, this is the last time I'm doing this, never again. Go get your own bloody account)
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by jaz, October 03, 2009 13:27:27
What is the big deal of blaming him in this case? To be honest, I didnt see any significant proof based on this. He's angry because people are strongly accusing him and not because of Michael Chia. Please, dont make any assumptions before the truth is prevailed.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Mapel101, October 03, 2009 13:32:29
So please give him a chance to defend himself 1st. Yes jaz i agree with u Datuk Musa We're with you!!!!!!!
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by Kimberly, October 03, 2009 15:03:28
why people keep blaming Musa... I dont think Musa involved in this case...
So please la... DONT put the blame on Musa... smilies/kiss.gif
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by Kimberly, October 03, 2009 19:29:10
Agreed with jaZ smilies/wink.gif
I guess, the right thing is people should not condemn Musa before the truth prevailed.
Blaming him without hear any explanation from his side is not fair! We don't even know what is actually happened...
so, please try to be fair before make any assumptions smilies/tongue.gif
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Kimberly, October 03, 2009 19:30:04
Don't be sad Datuk... I'm here for yousmilies/smiley.gif
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by jaz, October 05, 2009 00:38:19
masa kini kami hanya tahu apa-apa yang Chia cakap saja dan dari dia sahaja. biar tunggu report keluar baru tahu apa yang benar telah berlaku. sekarang semua belum pasti, tak mungkin kita mahu malukan maruah dan kerajaan kita sendiri di tempat orang lain bagi perkara yang belum pasti.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by jaz, October 05, 2009 08:18:58
Hey guys, dont keep blaming him for nothing. He is still our CM and I believed things will change in a better way. Every human beings will make mistakes and it is time for him to explain the real thing behind the fall. We need to give him time and space. He deserves better than that. smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Mapel101, October 05, 2009 08:36:07
Jika kita hanya melihat kepada perspektif yang negatif maka impaknya adalah negatif juga. Namun, kebenaran masih dalam bayangan kabur. Orang ramai hanya melihat kepada satu kesalahan tapi bukan kebaikan yang dia pernah curahkan. Saya percaya manusia di negara ni mempunyai IQ serta EQ yang tinggi, bijak menilai sesuatu perkara sebelum kesimpulan diberikan. Terpulanglah bagaimana anda menilai cerita di sebalik ini tapi bagi saya, selagi mendung belum terurai,selagi itu saya akan menyokongnya.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Mapel101, October 05, 2009 08:44:45
I wonder why people did not mention Micheal C name, i mean why people don't put the blame on him (micheal C)? why should mad at Datuk Musa alone? We don't have any proof yet. Isn't it?
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM