A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow From Around The Blogs arrow Misteri undi Pos Bagan Pinang ?

Misteri undi Pos Bagan Pinang ? PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 01 October 2009 12:50

By Anak Sungai Derhaka

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi.

N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos HARAM.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi.

Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini. Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.

READ MORE HERE:

Comments (3)Add Comment
...
written by asguard, October 01, 2009 13:58:51
Biasalah bagi UMNO selalu dan sentiasa main kotor... sehingga masuk kubur sendiri!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by budakindia, October 01, 2009 16:45:21
Dah calon dari UMNO pun kaki rasuah! Inikan pula cara yang murah dan senang seperti undi pos? Tak payah beli-beli undi lagi terus pangkah dan masukkan dalam beg! Kalau tidak pun suruhlah budak pejabat pegawai SPR tolong pangkah dan masukkan dalam peti undi. smilies/grin.gif Semuanya OK!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Aduh, October 02, 2009 00:51:04
SPR,
Berapa umur kau sekarang ??? Kau tak takut pembalasan di akhirat kah ??? Di sana kelak tidak ada peguambela, atau mahkamah rayuan untuk mengkaji semula hukuman yang dijatuhkan akibat perbuatan keji semasa kau hidup di dunia. Juga tiada beend untuk melindungi kau. Bertaubatlah, demi kebahagiaan di akhirat.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM