A+ | A- | Reset
Home arrow Guest Columnists arrow Bagan Pinang satukan Mahathir dan Khairy

Bagan Pinang satukan Mahathir dan Khairy PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 29 September 2009 20:04

(Harakah)- HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu.

Comments (6)Add Comment
...
written by gwc, September 29, 2009 20:13:15
rasa2nya umno ketandusan calun bersih, so siapa pun mereka pilih, sama sj, corrupted candidate, so it makes no different to BN. Mau pun najib mahathir khairy = rasuah. Sama brand. Apa beza?
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by Watchdog, September 29, 2009 20:14:39
Isa is repaid for saving Najib from the Jabatan Agama raid during his hornier days. Lancau.
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by Lim Lim, September 29, 2009 20:27:21
ini bukti umno dah tiada orang yg 'bersih' lagi;cuma dibanjiri dgn kaki tercemar macam mat isa ini sahajalah .
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Kerajaan Rakyat, September 29, 2009 21:30:55
Apakan daya, kalau nak cari yang bersih dari rasuah dalam umno sampai kiamatpun tidak mungkin berjumpa.

www.kerajaanrakyat.com
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Aduh, September 29, 2009 22:39:33
kenapa takut menjejak kaki di PD selama ini ? Mungkin ada sejarah hitam kot, bak kata 'berani kerana benar, takut kerana salah' ?
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by onnetline, September 29, 2009 23:19:35
Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu.


.............. birds of the same pariah and corrupted feathers flocks together !
report abuse
disagree 0
agree 6

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM