A+ | A- | Reset

Sifat PAS PDF Print
Posted by admin   
Monday, 28 September 2009 09:52

(The Nut Graph) INI kisah kala jengking dan katak. Si kala jengking perlu merentas sungai tetapi tidak mampu, jadi terpaksa meminta untuk menumpang atas belakang si katak. Si katak mula-mulanya enggan dan takut.

"Nanti kau mesti sengat aku punya," keluh si katak. Si kala jengking dengan ikhlas berjanji, "Aku tak akan sengat engkau. Buat apa aku nak sengat engkau? Nanti kalau engkau lemas, aku pun akan lemas juga." Jadi si katak pun bersetuju membawa si kala jengking di atas belakangnya merentas sungai.

Akan tetapi, sebaik sebelum sampai ke tebing seberang sungai tersebut, si kala jengking tiba-tiba menyengat si katak. "Kenapa kau sengat aku? Kan kau dah janji tak akan sengat aku?" Si kala jengking menjawab, "Aku kala jengking. Inilah sifat aku."

Kali pertama saya mendengar kisah ini, saya tidak tahu sama ada mahu marah atau kesian terhadap si kala jengking. Malah, saya juga tidak tahu sama ada mahu marah atau kesian terhadap si katak. Dua-dua menjadi mangsa kepada sifat masing-masing.

Dan apabila saya terbaca bahawa Dewan Pemuda PAS sekali lagi mendesak pengharaman konsert — kali ini oleh Beyoncé — saya teringat kisah si kala jengking dan si katak. Saya langsung tidak terkejut dengan tindakan PAS ini. Saya juga tidak tahu sama ada mahu marah atau bersimpati atau hormat kepada PAS — bukankah ini sifat PAS? Saya juga tidak tahu sama ada mahu marah atau bersimpati dengan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, yang tiba-tiba sunyi sepi dalam situasi ini. Adakah ini memang sifat mereka?

Betul, cadangan PAS untuk mengharamkan lagi satu konsert memang bermasalah. PAS sebagai parti Islam mahu mengharamkan konsert "sekular" yang kononnya "tidak bermoral". Apakah beza di antara PAS dan kerajaan sekular di Perancis yang mengharamkan pemakaian tudung di kalangan wanita Islam kerana kononnya ia bertentangan dengan prinsip negara sekular?

Tetapi saya sudah banyak mengupas isu ini dari sudut pandang seperti ini. Malah, setelah saya bertemu dan berdialog dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS, saya dapati bahawa saya memang menghormati dan mesra dengan mereka, walaupun saya 100% tidak bersetuju dengan wacana dan tindak-tanduk mereka.

Jadi apa lagi yang boleh dikatakan? Ini memang sifat PAS. Sekarang, saya berminat untuk mengkaji apa pula sifat karyawan yang menjadi mangsa pengharaman pihak berkuasa.

Read more at: http://www.thenutgraph.com/sifat-pas

Comments (3)Add Comment
...
written by citizenmy, September 28, 2009 19:42:19
Concert issue is easy one...

Public welfare issue difficult..better not talk.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by born2reign, September 28, 2009 19:52:55
There is no freedom with PAS
report abuse
disagree 2
agree 1
...
written by James Loh, September 29, 2009 00:43:11
Memang betul ini adalah sifat PAS yang ingin menjaga moral rakyat terutama rakyat beragama Islam. Tetapi ia ada banyak cara untuk memperbetulkan moral rakyat. Sebagai satu contoh, PAS pemuda seharus fokus dalam salahguna kuasa oleh pihak polis, MACC, menteri BN. Mengapa PAS pemuda tidak fokus dalam isu salahguna kuasa?

Tambahan pula, mungkin PAS, DAP dan PKR boleh membina pusat rekreasi yang sesuai untuk rakyat bawah umur 17 di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Rakan Muda. Aktiviti2 seperti membuat wau, bola sepak, sepak takraw, komputer program, etc. Aktiviti ini juga boleh memumuk kerjasama antara berbilang kaum juga. PAS seharus memberi cara alternatif untuk rakyat remaja "enjoy" dan "relax". PAS tidak harus bising-bising tanpa memberi idea alternatif.

Lastly, PAS should work with other Pakatan members combating our social ill. You can't solve any problem by just shouting or condeming! You're part of the state government so you better think like a government for all races. As I've listed above, you can work with DAP/PKR on solving social ill by creating different programs. I'm certain non-Muslim parents would agree with you on our social problem. PAS needs to be wise before shouting "haram" on everything. We all know Malaysian love football. Why don't the state government setup soccer club for children of all races in Pakatan States. Once again, I challenge PAS leaders to be more creative than "shouting"!
report abuse
disagree 1
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM