A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow From Around The Blogs arrow Perang Nafsu di Selangor

Perang Nafsu di Selangor PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 26 September 2009 14:03

By Mohd Sayuti Omar

Isu Selcat, Siapa Si Kucing Liar?

“SHEIKH apa dah jadi dengan Selangor? Ulaslah sikit..!” Begitulah pertanyaan seorang kawan dari Kota Bharu yang diemailkan ke dalam Facebook. Beberapa teman lain juga turut sama bertanyakan perkara sama menerusi SMS. Meminta saya mengulas mengenai ‘kegemparan’ yang berlaku di Selangor kini. Apa yang telah terjadi di Selangor sebenarnya? Saya terlepas memantaunya kerana beraya di kampung.

Cuma semasa nak berlepas dari Kota Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur tengah hari kelmarin (24 Sept) saya sempat menyilau sebuah akhbar harian yang melaporkan berita Khalid Samad suruh Dr Hassan Ali meninggalkan Pakatan. Apa fasal? Saya tidak membaca habis laporan itu, tetapi sudah dapat memahaminya sebab musabab yang dihuraikan. Melihat kepada tajuk berita itu saya sudah dapat agakkan apa yang terkandung dalam berita itu seterusnya, ia tentu negatif buat Pakatan Rakyat.

Gambaran berita itu kenapa Khalid bertindak begitu kerana Hassan tidak bersetuju dengan cara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). Itu saja kesnya. Hassan mempersoalkan prosuder penyiasatan Selcat itu kerana dikatakan ia mengaibkan pegawai yang terlibat. Justeri beliau mencadangkan agar ianya diadakan secara tertutup. Cadangan Hassan itu disalah anggap sebagai menentang dasar kerajaan.

Sebenarnya kalau Khalid Samad kecam Hassan Ali, bagi saya tidak memelikkan. Ia bukan kerja ajaib atau pun perbuatan ganjil lagi. Memang tugas Khalid Samad akhir-akhir untuk mencari salah Hassan Ali saja. Atau mungkin juga Tuhan jadikan Khalid Samad untuk bertindak sebagai penganggu Hassan Ali untuk menguji sejauh mana ketahanan semangatnya sebagai pemimpin. Umpama Tuhan menjadikan syaitan untuk menggoda manusia bagi menguji keimanannya. Kalau godaan yang dilakukan Khalid itu dapat diatasi Hassan maka layaklah beliau menerajui Selangor!

Mungkin ceritanya menjadi ganjil dan menarik kalau pada hari raya lalu Khalid memuji kepimpinan Dr Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Atau mereka saling bermaaf-maafan dan bermaufakat untuk memperkuatkan Pas bagi memastikan Pas menang banyak kerusi pada pilihan raya akan datang dan seterusnya memerintah Selangor, dan bukan memperkuatkan mana-mana kuasa individu lain. Itu akan jadi cerita pelik dan menarik bagi saya. Tetapi kalau berita Khalid kritik Hassan sudah klise.

Sesampai di KL saya mencari maklumat di sebalik kenyataan Khalid itu. Saya kelebek situ dan buka sini takut-takut ada lagi masalah atau isu besar di sebalik teguran Hassan Ali kepada tindakan Selcat itu. Sampai disuruh Hassan keluar Pakatan tentulah besar salahnya! Manalah tahu takut-takut selepas beberapa hari lepas raya ini tiba-tia Hassan Ali mengistyharkan diri bergabung dengan Umno dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakayat. Manalah tau...

Read more at: http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/perang-nafsu-di-selangor.html

Comments (6)Add Comment
...
written by savemalaysia, September 26, 2009 14:48:13
Hassan Ali, you really bloody idiot! If you dont help to strengthen the Pakatan government in selangor, nobody will blame you. But instead you keep on undermining the stability of Pakatan state gov thru various nonsense issues. You are really a disgrace to other PhD holders.
report abuse
disagree 5
agree 39
...
written by SiHangChai, September 26, 2009 14:50:46
macam nafsu syaitan gilakan kuasa nak jadi MB. Tak tahu ini Islam atau tidak; menghina dan mengugat serta menyeret orang beriman untuk keuntungan peribadi.
report abuse
disagree 2
agree 21
...
written by Fuminari, September 26, 2009 19:01:30
for his own self gain ego,this smeagol ali hassan would tilt to the side which he believes it is a better offer,not for PR,not for pas,not for the state,not for the rakyat but solely for himself,his gang who cohort with him.
it is not what he said,his criticism that hurt most,it is the way ,the timing,the place he purposely hav chosen to voice out that is most devastating,he is not jus a loose cannon,he is launching the strikes to unsettle the PR administration ,the change PR wants to impose n upgrade selangor state government in terms of transparency,accountability n getting rid of corruption from the beaurocratic offices!this is what k.toyol n umno-BN is most dreadful of;n obviously, the smeagol ali hassan is doing the cover up for the indon thief n gang when PR is on full firing power!!!!!providing the illusive amunition for toyol n gang to counter strike with umno racist nonsense.
pas must really get hold of this smeagol ali hassan n his gang of gollums before things get out of hand,destroying all the effort,the built up,the people confidence n tarnishing the image of not jus PR but pas ultimately.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by educationist, September 26, 2009 20:14:15
Yes, in a democracy, the writer is entitled to his views.
So if that hassan idiot is not part of the PR Selangor state government he can shout all he wants plus go ahead and make a fool of himself.
But when his actions jeopardises the welfare of the government of which he is a member he should be asked to toe the line.
If he can't , he should resign from the state government, and perhaps, UMNO will still welcome him with open arms!!
report abuse
disagree 3
agree 8
...
written by jingoza, September 27, 2009 04:27:47
INI TULISAN BARUA UMNO !
report abuse
disagree 3
agree 7
...
written by ajip, September 27, 2009 09:30:00
ADUN tunggal DAP di Kedah pun pernah buat hal. Dia keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat (selepas beberapa hari masuk semula). Tiada siapa mendesak DAP Pusat mengambl tindakan tatatertib kepadanya.

Di Pulau Pinang, ADUN PKR pun buat hal juga, boikot majlis angkat sumpah sebuah Majlis Perbandaran, tiada siapa mendesak mereka diambil tindakan tatatertib.

Di Selangor, Datuk Hassan buat 'hal', semua penjuru mendesak beliau diambil tindakan tatertib. Berbagai kata nista dihamburkan kepadanya.

Beliau dikecam sebegitu rupa kerana batang tubuhnya bernama 'Hassan Ali' atau kerana beliau hanyalah mewakili sekelompok ADUN minoriti PAS seramai 8 orang?

Yang peliknya, semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak, walaupun PAS adalah minoriti, hanya 6 orang, tetapi perjalanan agak licin, ia mula berkocak apabila dua ekor katak PKR dan seekor katak DAP melompat keluar.

Ada orang berkata, pergolakan berlaku kerana PAS, PKR dan DAP tidak di'ikat' secara formal dan 'legal' di dalam Pakatan Rakyat seperti BN.

Pergolakan boleh berlaku bila-bila masa saja, samada diikat atau sebaliknya. BN pun bergolak walaupun dah berpuluh tahun di'ikat'.

Pokok pangkalnya ada saling hormat menghormati, saling harap mengharap dan ada rasa setiap parti ada sumbang menyumbang walaupun sesebuah parti itu minoriti atau majoriti.
report abuse
disagree 3
agree 13

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM