A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow PRK Bagan Pinang: BN 55% : PR 45%?

PRK Bagan Pinang: BN 55% : PR 45%? PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 17 September 2009 19:12

Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 1999, pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.  Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan UMNO tidak jauh berbeza.  Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.

Chen Shaua Fui, Merdeka Review 

Majoriti 2,333 undi yang diperolehi UMNO-BN dalam PRU ke-12 di Bagan Pinang, Negeri Sembilan sedikit sebanyak memalapkan harapan PAS-PR untuk menembusi kubu ini.  Namun, seandainya PR menang dalam pertempuran ini, maka UMNO akan berdepan dengan "Waterloo" mereka.

Demikianlah pandangan daripada Pengarah Pilihan raya kecil Bagan Pinang, merangkap Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar kanan) ketika ditemuramah MerdekaReview.  Beliau mengakui bahawa PR menghadapi kesukaran untuk menang dalam PRK Bagan Pinang.

"...Seandainya kami dapat merapatkan jurang majoriti, ini mesej yang sangat buruk untuk UMNO," katanya.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa PAS bertanding untuk menang, agar reformasi yang dibawa PR bersinambung.  Bekas Ketua Pemuda PAS ini juga percaya, pertarungan ini bertambah sengit apabila UMNO dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan kubu mereka, malah terdapat 4,604 undi pos di kawasan tersebut.

BN 55% vs PR 45%

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar, PAS memperolehi 4,097 undi dalam PRU ke-12.  PAS mendapat sokongan 43% Melayu, 56% Cina dan 54% India.

Malah, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Negeri Sembilan, Chai Tong Chai berkongsi pendapat yang sama dengan Zuklifli Omar, bahawa PR perlu memandang berat dan menarik undi pos.  Oleh itu, PR akan cuba sedaya-upaya agar dibenarkan untuk memantau proses pengundian dalam kem tentera.

Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 1999 pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.  Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan UMNO tidak jauh berbeza.  Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.

Chai Tong Chai meramalkan senario kini memperlihatkan BN mendahului PR dengan 55:45.  Namun, ADUN Chuah ini berkata, apabila tokoh seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang turun ke gelanggang untuk berkempen, maka undi yang bakal diperolehi PR mungkin melonjak.

PR mesti pantau undi Pos

Malah, pada PRU ke-12, BN memperolehi 3,080 undi daripada 4,800 undi pos, sementara PAS hanya mendapat 1,189 undi.  Tetapi kira-kira 500 undi pos tidak dikirim balik.  Chai Tong Chai menjangka bahawa undi yang tidak dikirim balik itu mungkin disebabkan ketidakpuasan pengundi.  Seandainya PR mengekalkan 1200 undi yang diperolehi sebelum ini, dan cuba mendapatkan 500 undi yang tidak dikirim balik sebelum ini, maka PR berpeluang untuk merapatkan jurang bilangan undi.

Chai Tong Chai berkata, statistik SPR menunjukkan lebih setengah pengundi kawasan Bagan Pinang adalah daripada golongan muda, dan ini merupakan faktor yang memihak PR.

Bagan Pinang adalah kawasan desa-bandar.  Pelancongan menjadi tunjang aktiviti ekonominya.  Pengundi di situ dapat akses kepada internet dan infomasi yang lain dengan mudah.  Oleh itu, PR menjangkakan bahawa pengundi akan berprihatin terhadap isu-isu seperti ketelusan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya.

Calon PAS

Namun, siapa pula calon PR untuk bertanding di kubu UMNO ini?  Sehingga kini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar dilihat mempunyai peluang yang paling cerah untuk menyarung jersi PAS kali ini.

Ketika ditanya MerdekaReview, Zulkifli Omar enggan mengesahkan bahawa dirinya salah seorang calon yang dicadangkan dalam senarai PAS.  Beliau hanya memaklumkan bahawa PAS Negeri Sembilan telah menamakan tiga orang pemimpin untuk ditentukan AJK pusat. (bahagian kedua, tamat)

Bahagian pertama: PRK Bagan Pinang: MB N.Sembilan dalam dilema

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

Comments (5)Add Comment
...
written by Steven Tan, September 17, 2009 20:54:51
I'm very confident our PR candidate will give us a suprise victory. May be we can't win with the big majority but that doesn't matter. Even if we win with ONE MAJORITY, it's a big victory for us. So stop worry be HAPPY smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by JustWorld, September 18, 2009 00:29:56
I got a very strange feeling that the result will be PR-55% and BN-45%.
The chinese votes will increase by more than 50% and Malay by 15%.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by storm62, September 18, 2009 21:49:46
just make it 8 - 0 in Peninsula Malaysia....so that our brothers and sisters in Sabah & Sarawak will join us bury this evil bn/umno reps in the next GE.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by joeawk, September 19, 2009 19:17:26
Our dear soldiers. If you cannot vote freely, make sure you destroy your vote. Don't stay away or leave it blank.

Thank you.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by R020998, September 19, 2009 20:57:57
written by JustWorld, September 18, 2009 00:29:56

I got a very strange feeling that the result will be PR-55% and BN-45%.
The chinese votes will increase by more than 50% and Malay by 15%.


I'm glad to see positive fighting spirit of yours brother. Just wondering... is there any intelectual and factual data and reasoning that you can give to support your statement. Or it's a mere 'strange feeling' psychics of yours?
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM