A+ | A- | Reset
Home arrow Guest Columnists arrow Tubuh Unit Khas Siasat Pemalsuan

Tubuh Unit Khas Siasat Pemalsuan PDF Print
Posted by admin   
Monday, 14 September 2009 11:06

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

BERDASARKAN dua laporan polis yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, di Balai Polis Penampang iaitu PPG/RPT 5914/09 dan PPG/RPT/6019/09, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewajarnya menubuhkan Unit Khas daripada Bahagian Jenayah Komersil Bukit Aman untuk menyiasat kes pemalsuan Peta Pembalakan yang melibatkan Kerajaan Negeri Sabah kehilangan sumber hutan dan menimbulkan impak alam sekitar yang tidak terkawal.

Walaupun Jabatan Perhutanan Sabah segera menangguhkan pelaksanaan dua lesen membalak bagi Konsesi YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) di kawasan Hutan Simpan Komersil Kelas II Kuamut, Kinabatangan sejurus selepas laporan polis dihantar melalui faksimili daripada Balai Polis Penampang, namun Pengarah Perhutanan Sabah meneruskan lesen pembalakan Konsesi YS 3/07 (5)  yang diperolehi melalui modus operandi pemalsuan peta pembalakan yang sama.

Sehubungan dengan itu, atas arahan Pucuk Pimpinan PKR, saya telah menghantar notis bertulis kepada Pengarah Perhutanan Sabah pada 10 September 2009 meminta penjelasan kenapa pembalakan di Konsesi YS 3/07 (5) diteruskan sedangkan ianya termasuk di kawasan tanah tinggi melebihi 25 darjah dan diluluskan berdasarkan Peta Pembalakan yang dipalsukan dengan memberi tempoh 14 hari daripada tarikh notis tersebut diterima untuk mereka memberikan penjelasan bertulis atau siaran akhbar.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih dibelenggu dengan pelbagai masalah mungkin tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat kes penipuan dan pemalsuan peta pembalakan kerana ianya di bawah jurisdiksi Bahagian Jenayah Komersial Polis Di Raja Malaysia.

SPRM hanya terlibat dalam soal ‘rasuah dan salahguna kuasa’ hanya jika terdapat alibi kukuh pembayaran wang daripada Michael Chia kepada Datuk Sam Mannan, Han Wai Kong dan kakitangan yang terlibat dalam proses pemalsuan peta pembalakan, namun ianya belum dizahirkan secara sah, maka PDRM harus menyiasat bagaimana pemalsuan peta pembalakan dilakukan bagi mendapatkan Lesen Pembalakan di kawasan yang tidak boleh dibalak.

Mungkin kes ini agak rumit dan baru didedahkan kepada umum, maka PDRM mungkin mengalami masalah teknikal dan terpaksa meminta bantuan unit forensik untuk menentusahkan peta asal dengan peta yang dipalsukan oleh Han Wai Kong, maka ada wajarnya jika mereka menggunakan khidmat Jabatan Topografi dan Pemetaan Negara serta Unit Remote Sensing Negara yang boleh memberikan gambaran sebenar.  

Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negeri dan negara ini, saya telah menjalankan siasatan sendiri dengan bantuan kakitangan Jabatan Perhutanan yang jujur dan berkhidmat dengan penuh tanggung jawab, namun maruah mereka dicemari oleh kakitangan yang tidak amanah seperti Han Wai Kong, Othman Matnoh dan sebagainya, termasuk Pengarah Perhutanan Sabah sendiri, secara sedar turut bersubahat dan terlibat secara langsung dengan sindiket pemalsuan peta pembalakan dan mengeluarkan lesen pembalakan sekalipun beliau tahu, dengan maklumat yang berada di hujung jari, kawasan berkenaan TIDAK BOLEH dibalak.

 

 

Mengikut maklumat dalaman Jabatan Perhutanan Sabah, permohonan lesen membalak bagi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) yang dikemukakan kepada Jabatan Perhutanan akan diminit terus ke Bahagian GIS/Unit Pemetaan untuk pemprosesan.

Di Unit GIS/Pemetaan, Pegawai yang bertanggung jawab, Han Wai Kong akan berbincang dengan adiknya iaitu Pengurus Besar Danagaya Sdn.Bhd, Frank Han Kan Kong bagi menyediakan draf peta pembalakan yang dipalsukan dengan mengecilkan pelan kontour kawasan tanah tinggi sehingga ianya kelihatan landai dan di bawah 25 darjah.

Setelah draf kasar pelan palsu disediakan, Frank Han akan mendapatkan persetujuan daripada pemilik dan Pengarah Danagaya Sdn.Bhd iaitu Michael Chia dan Yap Siaw Lin terutama rundingan komisyen untuk Han Wai Kong dan kakitangannya (jumlah tidak diketahui).

Setelah harga dipersetujui (tidak ada yang mahu melakukan penipuan secara sukarela), Han Wai Kong akan mengarahkan kakitangannya, terutama Othman Matnor atau kakitangan lain menyediakan peta palsu dengan melandaikan kecuraman tanah tinggi terutama di konsesi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) yang pada prinsipnya tidak seincipun kawasan tersebut boleh diteroka atau dibalak.

Lazimnya, pemeriksaan lapangan akan dilakukan bersama dengan Wakil Syarikat, KPPM Tongod dan Othman Matnoh dan Rahmadin Saini daripada unit GIS Jabatan Perhutanan.

Namun dalam kes permohonan pemalsuan peta pembalakan Danagaya Sdn.Bhd yang disediakan oleh Han Wai Kong dan kakitangannya, TIDAK ADA sebarang pemeriksaan lapangan dilakukan dan sebenarnya TIDAK PERNAH dilakukan langsung.

Read more at: http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2220:tubuh-unit-khas-siasat-pemalsuan&catid=41:jenayah&Itemid=56

Comments (3)Add Comment
...
written by terence, September 14, 2009 11:13:05
Jeffery

Selagi BN masih berkuasa, lupakan saja saranan anda kepada KPN si musang yang korup ini. Biarlah PRU ke-13 mengubah landskap politik mereka. Hanya dengan kajatuhan BN, segala yang kita inginkan dan mahukan akan tercapai. Buat masa ini, kita tidak cukup lantang suara, apa yang boleh kita buat?
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by wongnoball, September 14, 2009 11:45:57
Jeffery,

Lebih baik tubuh kumpulan ELITE askar, rampas Kuasa adan Keluarkan Sabah Dari Malaysia. Selagi UMNO-PBS berkuasa, Sabah akan dirogol sampai Mati oleh regim Ganas kejam UMNO-PBS.

You can reset Sabah easier than Malaya doing a reset. What use the riches when ALL are use to torture Sabahans and Malaysian against UMNO alike. You need to Sell ideology of an INDEPENDENT Autonomous SABAH....Make it a USA marine base there ...then you can feel safer!! For your children and those Bumi Non Malay there.....forget about police reports, commission and MACC. All are murderers and Cover up Specialist!! Start the Move and I will help Disrupt Penisular Malaysia more.....we need to keep army and police busy so as to stop more corruption and murderous acts!! Disrupt disrupt disrupt!!
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by Kelana, September 14, 2009 14:31:51
Ya, Tangkap la abang kau itu, Banyak balak di tambunan sama keningau licin. Dulu masa PBS memerintah, tidak pula kau berjuang. Yayasan Sabah pun terus stop bekal susu sama skolah-skolah masa PBS lagi. Puas balak di Jalan Kimanis - keningau (Kiri-kanan) kena kebas sebelum jalan siap.

Semoga kau sedar la, buat betul-betul dan jangan malukan PR.
report abuse
disagree 1
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM