A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23 PDF Print
Posted by admin   
Friday, 04 September 2009 16:02

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”
Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,
“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”
Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-
“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”
Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى
YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Comments (30)Add Comment
...
written by red1, September 04, 2009 16:07:35
Khalid Samad should be the President of PAS. He has turned down top position in the party before due to his own conscience that he cannot do more in the late 1980s. Such is the leader we want. That is not swayed by constant barrage of sentiments and egotism.
report abuse
disagree 0
agree 159
...
written by Jeremy, September 04, 2009 16:25:52
Well said YB Khalid. You have strong good values and principles which are an asset to your religion.
report abuse
disagree 0
agree 117
...
written by babakl, September 04, 2009 16:27:55
Yb Khalid, i trully respect and look up to you as one who from day one knows that you are not only God fearing but God loving person. The love of God can only be seen in the person with his sincere statement and action. Saying itself is only half baked but complete with action complets a real true not only belevier but love of God put to action. Not like the slogan i Malaysia only slogan and when comes to action see how Hissum and Mukriz act. That is 1 Malaysia i now come to understand what it really means.Selamat berpuasa YB and may God bless you and your family.Same goes to all PR Muslim members God Bless all of you and your family.
report abuse
disagree 1
agree 85
...
written by TURTLEMAN, September 04, 2009 16:29:35
Dear YB,

Its hard to be fair these days but belive in god ok.i am a hindu and angry for the thug's behaviour but i am no stupid.i only hate the thug's not the malays or muslims.and i respect you.you a malay but wise and the thug's also a malay but stupid.its not about race or religion but its about the power and money the BN loosing grip.
report abuse
disagree 0
agree 76
...
written by educationist, September 04, 2009 16:33:26
If u are to lose the next elections on this issue, I can only say it reflects very poorly on the voters in your constituency!
It also reflects on their mentality and the quality of the rakyat in an urban constituency.
But, I believe, thinking and rational Malaysians of all faiths salute you!
report abuse
disagree 1
agree 69
...
written by kampongmali, September 04, 2009 16:44:44
Well said YB. I salute you from the bottom of my heart. Agama Islam tidaklah seburuk yang digambarkan oleh sekumpulan manusia yang tidak memahami erti Islam itu sebenarnya. Semoga Tuhan merahmati YB sekeluarga sehingga ke cucu cicit YB. Amin.
report abuse
disagree 0
agree 72
...
written by Braino, September 04, 2009 17:02:20
Beautifully said YB.

What good is life without tolerance and peaceful coexistence? Is it worth it to stir up ill sentiments just to advance selfish political schemes? Time for self examination as to our deeds and ways thet have brought shame to our community and our nation.

Are we still living in the stone age and govern by the law of the jungle?
report abuse
disagree 0
agree 49
...
written by Surrhead, September 04, 2009 17:05:42
Sir, you are an example of Beautiful Islam......May the Good Lord be with you.....
report abuse
disagree 0
agree 63
...
written by budakindia, September 04, 2009 17:06:57
Inilah akibatnya kalau di bawah telunjuk UMNO selama 50 tahun! Dah tak tahu nak bezakan mana yang benar dan salah! Pakai hentam saja! Sampaikan hukum agama sendiri pun buta!Buat malu aje! Satu dunia sedangkan mentertawakan segala tindak-tanduk anda! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 32
...
written by ThugMentality, September 04, 2009 17:09:56
Dear MT Readers,

Im still remember 030508,3 days before PRU.Im the only indian guys standing at 1 of stall to buy roti john at sek 24 nite market near masjid.Theni saw this mid age man in his 40s carrying PAS flag, approach me and introduce himself as running for MP in Shah Alam.And he ask me to vote for him.Well i did vote for him.Now im happy that i VOTE for him.Kudos YB.PAS For ALL.
report abuse
disagree 0
agree 75
...
written by rocky, September 04, 2009 17:15:40
this is the type of leader we need in the govt, not the kerismuddin type. Kerismuddin well educated but in order to garner support is willing to sell his principles and brains, also willing to divide the races. worse of all, what he says doesn't make one freaking sense and clearly practising double standards. Kerismuddin ask people not stir racial issue, should look into the mirror. meludah ke langit la menteri ini

well done YB Khalid. allah Bless you YB. we will sink and swim with PR.
report abuse
disagree 0
agree 54
...
written by tino_chan1988, September 04, 2009 17:44:05
Well said YB.

Most religion are righteous and teaches peace and prosperity.

The problem lies with the people who interprets these teachings, such as those in UMNO and the minority few of those in Section 23. These are the people who makes religion looks bad and evil.

report abuse
disagree 0
agree 33
...
written by taxi90, September 04, 2009 17:52:59
Brave man, brave words.
How often does one see a man stand up for minority groups against venom, bias, despise and prejudice hurled by his own people, as they shrieked "treason" to his very face? That takes a lot of guts.
But I think his courageous stance is going to cost him dearly. Kerisman wil see to that.
report abuse
disagree 1
agree 27
...
written by Krepot, September 04, 2009 17:54:48
Yang Berhormat, you just earned my full respect!
May your wisdom lead the people of Shah Alam
and 'open the eyes of their heart'.
report abuse
disagree 0
agree 38
...
written by Goodbites, September 04, 2009 17:59:02
All religion teaches good moral values. You can identify the followers by their fruits. A good tree (true follower) bears good fruit. I hope Malaysians of all religion will be more discerning when they vote in the next election, for the sake of the country.
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by Braino, September 04, 2009 17:59:52
I can see many great leaders rising from PR but I can't say the same with BeEnd! It's time to make the change that will see Malaysia moving towards a more liberated, fair and true democracy that we can be proud of!

We know who to vote for in the coming GE...recent incidents have helped us decide who to vote!
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by slash n burn, September 04, 2009 18:22:01
Selamat berpuasa Y.B., at last I see how beautiful Islam is.
report abuse
disagree 0
agree 36
...
written by Siapabohong, September 04, 2009 18:38:20
Sejahtera YB,
Saya mula mengenali YB semasa mendengar hujah YB yang bernas dan kepetahan YB berdebat di dalam satu majlis forum yang saya dah lupa bila dan di mana, tetapi saya mengenali YB kerana YB adalah adik kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang juga popular pada ketika itu. Saya musykil dan bertanya pada diri sendiri kenapa YB berada dalam PAS sedangkan abang YB dalam UMNO dan YB mempunyai ketokohan yang setanding dengan abang YB. Ketika itu memanglah majoriti kita adalah penyokong BN dan ketakutan dengan ideologi PAS yang ekstrim yang dicanangkan oleh rejim pemerintah sehingga ke hari ini. Apa pun perkara yang ingin diluahkan disini ialah negara kita telah kerugian52 tahun semenjak merdeka di bawah rejim yang memerintah sekarang yang telah memporak perandakan rakyatnya yang terdiri daripada berbagai golongan, semuanya adalah makhluk ciptaan Tuhan, tidak kiralah apa, bagaimana, mengapa, di mana Tuhan itu disembah atau diagongkan. Yang pastinya Tuhan yang di agongkan itu adalah yang sama kerana semuanya percaya Dialah yang mencipta mereka dan sekalian yang ada dalam alam ini, cuma cara dan pendekatan dan 'ritual'nya yang berbeza. Yang pentingnya juga semuanya berpegang kepadaNya dalam menjalani kehidupan ini menurut peraturan-peraturan yang ditetapkanNya mengikut kepercayaan masing-masing dan semua itu adalah menuju kepadaNya. Berbalik kepada soal rakyat diporak perandakan tadi, regim yang telah memerintah 52 tahun ini telah memecah belahkan rakyatnya dan telah memcemarkan tanggapan rakyat terhadap kesucian agama Islam. Sekiaranya sejak dari mula pemerintah melaksanakan ideologi suci dan adil yang terkandung dalam agama Islam dengan ikhlas pastinya majoriti rakyat negara ini dapat disatukan mengikut ajaran yang dilihat memang adil untuk semua yang tidak membeza sesiapa. Tetapi pemerintah telah mengambil pendekatan pecah perintah mengikut warna kulit dan kepercayaan agama dengan membeza-bazakan setiap satu golongan, maka pastinya tanggapan terhadap keadilan yang dirhetorikkan tidak dapat diterima. Sekiranya regim pemerintah sejak dari mula lagi telah berlaku adil terhadap agama Islam itu sendiri pastinya ramai yang bukan Islam akan tertarik untuk menyertainya atau berusaha untuk mengetahuinya dengan mendalam daripada mempunyai pandangan negatif terhadap agama Islam itu sendiri. Tetapi dasar-dasar yang dijalankan pemerintah itu adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi adalah tidak benar dan tidak adil mengatakan yang bukan Islam berseteru dengan Islam sedangkan yang menjadi seteru Islam itu sendiri adalah pemerintah yang tidak melaksanakan ajaran Islam dengan sebenarnya dan seikhlasnya sebagaimana yang sepatut dilaksanakan mengikut ajaran Islam itu sendiri. Saya pasti sekiranya pemerintah telah melaksanakaan pemerintahan Islam yang indah dan adil itu tanpa membeza-bezakan sesama rakyatnya, majoriti rakyat dapat disatukan di bawah pemerintahan yang adil dan indah ini. Kenapa tidak, kerana keadilan, keindahan dan tanpa membeza-beza itu akan menarik mereka menyertainya tanpa was-was dan ragu-ragu. Tetapi regim yang memerintah selama 52 tahun tidak melaksanakannya, sebaliknya mencemarkan kesucian agama Islam itu sendiri sehingga segolongan besar rakyatnya mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam dan mereka ini pula dianggap sebagai musuh Islam, sedangkan musuh Islam itu adalah mereka sendiri. Saya menaruh harapan kerajaan negeri-negeri PR yang ada sekarang (semoga seluruh negara pada masa terdekat) khasnya PAS dapat membetulkan tanggapan negatif terhadap agama Islam supaya seluruh rakyat negara ini dapat disatukan di bawah pemerintahan yang adil dan indah itu. Kerajaan PR sekarang, khasnya PAS perlu merealisasikan rhetoriknya bahawa ISLAM IS REALLY FOR ALL dan bukannya hak orang Melayu sahaja tetapi hak semua yang menerimanya walaupun dengan cara budaya masing-masing. Melalui evolusi kelainan itu akan dapat disatukan sekiranya semuanya ikhlas melaksanakan suruhan penciptanya. Itulah sebab saya mengatakan kita sudah kerugian selama 52 tahun dan terus kerugian.....
report abuse
disagree 0
agree 45
...
written by panca, September 04, 2009 18:50:13
This is an example of a good leader - responsive, responsible, reliable that the rakyat need from PK/Pas.
report abuse
disagree 0
agree 31
...
written by panca, September 04, 2009 18:51:05
correction: PR/Pas.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by cilimalaysia, September 04, 2009 18:54:59
yb, thanks. i see another good muslim. sebab itu kami pilih PAS. uma no plastik, tak ikur ajaranNya. betul kata tok guru.
report abuse
disagree 1
agree 29
...
written by malaynium, September 04, 2009 20:10:47
di hari akhirat nanti, akan dimasukkan kedalam syurga orang-orang yang dengan asbab beberapa patah perkataan, telah menyatu-padukan kan seluruh ummat manusia. saya berdoa semoga Allah SWT memasukkan YB dikalangan orang-orang tersebut, aamiin.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by yellowkingdom, September 04, 2009 21:12:27
Thank you, YB Khalid Samad. i have many Malay Muslim friends, who like you are fair-minded and kind. Even thought they are fasting and I visit them, they would offer me drink and refreshment. They do not impose their beliefs on others, yet they seek to understand and learn.
I appreciate the good works and deeds you have done. I continue to pray for more leaders like yourself for the good of multi-cultural and multi-religious Malaysia.
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by yy88, September 04, 2009 21:41:43
I saw a highly impartial brave person fighting for justice, not of his race but for the mistreated minority of others, in YB Khalid Samad.
I saw a hipocrite, a liar and a thief trying to act tough but a real chicken, not defending his minority race when bullied, by the majority in Sami Value.
I saw even a bigger racist, a hipocrite, a robber, a looter, pretending to be of a race he doesn't belongs, fighting for their rights but not his own, in Tun Mamak Kerala.
I saw YB Khalid Samad as a mentor to disgraceful selfish hipocrite leaders pretending to fight for their respective races in Onng Teee Kiat, Koh Sooo Koon,
HisapUrin, Khir Toyol, etc ,etc
We need leaders who fight for justice and fairness to all, not for any races and religions. We want Malaysian leaders, not racist leaders, for Anak Bangsa Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by Jun Jan, September 04, 2009 23:58:13
Hats off to you YB Khalid. Hats off for your fairness. I shook your hand before during GE12th. I remembered it well because you walked into each and every Ba Kut Teh restaurant and shook our hands. From that moment on, I started to believe in PAS, I still believe that PAS untuk semua is not just another 1Malaysia.

God bless you sir.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by malaysiana1957, September 05, 2009 00:47:42
Peace to all true malaysians! Can someone translate this letter into english, chinese, tamil, etc so that a wider segment of the society can evaluate this new idealisme of malaysian politics. I could see the emergence of new great leaders and leadership just like ML King, Mahatma Gandhi, Ho Chin Min, Onn Jaafar, etc. God bless these great men and those who folow them in words and deeds. Amen
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by SL Chan, September 05, 2009 01:13:41
YB Khalid,

You deserved my respect and my vote will always be with you and a minister material in time to come when PR took over federal gov...Keep up what you are doing!!!Same goes for YAB Tok Guru Nik Aziz,YAB Nizar,YB Zaid, YB Nurul,YAB LGE and others
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Agahdemo, September 05, 2009 08:54:34
Terima kasih YB Khalid...

Kerana YB Khalid dan pendiriannya, keyakinan saya dengan PAS bertambah.....

Syabas, YB Khalid..... smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by uxzee, September 05, 2009 22:33:49
This is the type of message that should be read by more Malaysians.

Can the admin do a translation and post this in English for the advantage of the English speaking MT readers.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by oranghujan, September 07, 2009 14:43:12
These are the type of leaders we want to lead our country. The new kind !!
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM