A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Anwar : Siasat Ketua Polis Negara

Anwar : Siasat Ketua Polis Negara PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 02 September 2009 04:20

Dalil Terbaru Hubungan KPN dan Kongsi Gelap

Dakwaan Ketua Polis Negara Musa Hassan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap kini diperkuatkan lagi dengan kemunculan satu lagi akuan bersumpah oleh pegawai polis kanan yang pernah berkhidmat di pejabat Musa sendiri.

Akuan Bersumpah oleh bekas pembantu peribadi atau ADC (aide-de-camp) kepada Musa itu didedahkan menerusi blog Malaysia Today.

Kenyataan bersumpah itu adalah susulan daripada akaun bersumpah oleh bekas pegawai polis lain yang tampil mengaitkan Musa dengan kongsi gelap.

Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akaun bersumpah terbaru oleh seorang lagi pegawai yang pernah bekerja rapat dengan Musa harus disiasat dengan bebas dan segera bagi mengelak sistem kepolisan negara menjadi bobrok dan porak-peranda.

"Tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kalau kita bertolak ansur, maka keyakinan rakyat terhadap institusi polis, akan terhakis lagi sedangkan ramai anggota polis bersikap profesional dengan prestasi membanggakan," kata Anwar.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mengarah siasatan segera dilakukan, bukan cuba menutup tuduhan itu.

"Apakah kini, KPN tutup kes menteri; menteri pula tutup kes KPN?" katanya sambil meminta pimpinan kerajaan Persekutuan supaya lebih serius dalam menghormati undang-undang.  

Dalam akuan bersumpah terbaru ini, bekas ADC Musa mendakwa ditugaskan oleh Musa untuk "menyelaraskan arahan mengenai kenaikan pangkat dan jawatan pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan" - ketua sindiket jenayah terancang yang terbabit dalam pengedaran dadah, pelacuran, ceti haram dan perjudian haram.

Menurut akuan bersumpah itu, Musa turut mengarahkan supaya diwujudkan blog untuk menuduh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga ketua penjenayah.

Pegawai tertinggi polis itu turut didakwa mendalangi tindakan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusof dan pegawai lain kerana menyiasat beberapa ketua penjenayah, dengan mengheret mereka ke SPRM yang ketika itu masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Bekas ADC berkenaan mendakwa pernah mengadu salah laku Musa kepada beberapa orang kenamaan termasuk Johari dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. Bagaimanapun aduan itu tidak diendahkan dan kontrak perkhidmatan Musa dilanjut dua tahun lagi pada 2007.

Kini kerajaan Umno-BN sedang menimbang untuk melanjutkan lagi kontrak Musa.
 
Anwar berkata Umno-BN tidak harus menutup mata kepada perlakuan Musa kerana ada puluhan akuan bersumpah telah dibuat terhadap Ketua Polis itu yang mengaitkannya kepada pelbagai aktiviti jenayah dan kongsi gelap.

"Terakhir, orang paling dekat dengannya pun menjadi mangsa. Ia mungkin sesuatu yang mengejutkan orang lain tapi bagi kita, ia bukan kejutan," katanya yang dipercayai merujuk kes Datuk Ramli. - (TV Antara)

Comments (7)Add Comment
...
written by Aduh, September 02, 2009 05:01:27
Beranikah kerajaan mengakui secara terbuka kepada rakyat Malaysia bahawa dalam perlantikan kpn, seseorang itu tidak perlu memenuhi syarat-syarat dan kualiti tertentu. Maka dengan itu seorang sampah masyarakat pun layak memegang jawatan tersebut.
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by Sudahlah tu, September 02, 2009 06:13:16
DSAI , inilah binatang yang menentukan kedudukan DSAI semasa zaman kezaliman mamak tua itu jatuh dan dipenjarakan ......
binatang ini tidak berotak sendiri dan dikawal oleh syaitan dan sikap tamak dirinya.....
rakyat akan bersabar dan menunggu Hukuman Allah terhadapnya nanti.
rakyat akan mengadili semua pembiakan keluarga binatang ini dan menentukan hukuman terhadap mereka ..... seperti kes di Taiwan sekarang.
report abuse
disagree 1
agree 15
...
written by A MI, September 02, 2009 06:52:04
correct me if I am wrong. I have stopped reading MSM papers for a while but I remember hearing a piece of news that the IGP recently received some commendation from Singapore. Was that the arm twisting work of the underworl warlords too? Or does Singapore have a hidden agenda?

DSAI moo-march was to take the bite out of "bye Bye" IGP article. Wonder what more is in AMNO sleeves to retain IGP for thier own ends!
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Apache3, September 02, 2009 08:22:45
I quite agree with DSAI. How can the head of body that deals with the Internal Security of Malaysia be so TAINTED with so much shit? A Royal Commission Of Inquiry comprising of people with integrity and with NO FEAR for the UMNO/BN Machinery should be formed by the DYMM Agong under Tuanku's direct orders to investigate this IGP on all these recent documented revelations he (IGP) has been receiving lately Or else this beautiful country is going the way of lawlessness or has the journey started. I think by the way of things now it HAS STARTED.
GOD help MALAYSIA and her People.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by uxzee, September 02, 2009 09:23:21
The person who made this Statutory Declaration was a former ADC of Musa. This is a very serious allegation and should be investgated or IGP Musa should deny and charge this man in court.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by mick_err_stan, September 02, 2009 09:27:38
Why is MACC not investigating with the so many SD published ? Not enough evidence I suppose. Where is the rule of law in this country ? Sickening.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Yacob, September 03, 2009 09:33:54
Mungkin Musa Hassan masih percaya UMNO/BN boleh melindunginya. Musa Hassan barangkali terlupa UMNO/BN bukan lagi segagah dulu. Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada Musa Hassan. Ramai manusia zalim dalam sejarah Islam yang begitu ganas sebelum memeluk Islam pun boleh jadi insan yang kamil. Syedina Omar dan Khalid Alwalid sebagai contoh. Jadi tidak mustahil Musa Hassan, Ghani Patail dan Ahmad Said juga boleh berubah. Marilah kita doakan mereka dibulan yang baik ini agar mereka dapat petunjuk dan sedar kesilapan mereka.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM