A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Merdeka dari mereka

Merdeka dari mereka PDF Print
Posted by admin   
Monday, 31 August 2009 10:51

By Adib Zalkapli (The Malaysian Insider)

OGOS 31 — Hari Merdeka tahun ini agak mengejutkan buat saya, kerana saya dipanggil bacul!

Tiba-tiba saya rasa terperangkap dan terpaksa mengikut kelompok-kelompok tertentu.

Dalam minggu-minggu menjelang 31 Ogos tahun ini banyak sekali kita terdengar seruan-seruan supaya orang Melayu "membuat sesuatu" terhadap masyarakat minoriti dalam negara ini yang semakin "melampau."

Antara yang membuat seruan ini adalah orang yang duduk dalam lembaga-lembaga pengarah beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, yang tiba-tiba menggunakan ungkapan "kita orang Melayu" dan berpesan kepada saya supaya "jangan bacul."

Tiba-tiba sahaja, rupa-rupanya saya mempunyai pertalian dengan orang-orang ini.

Baru-baru ini juga saya diberi amaran oleh sekumpulan anak muda yang mendakwa mewakili semua orang Melayu, bahawa saya akan terpinggir di negeri Selangor.

Katanya, arak akan berleluasa.

Babi juga akan dijual merata-rata.

Dan saya sekali lagi diberitahu sebagai orang Melayu, saya perlu bangkit bersama-sama.

Terperanjat lagi saya, kerana mereka ini beria-ia hendak mengajak saya menjadi sebahagian daripada mereka.

Read more at: Merdeka dari mereka

Comments (10)Add Comment
...
written by Mama Juwie, August 31, 2009 11:13:19
Semua pemimpin UMNO sudah kekeringan idea untuk memujuk rakyat supaya kembali kepada politik berasaskan perkauman dan agama tajaan UMNO.

Kalau dahulu, mungkin taktik sedemikian boleh mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO-BN (dan secara tak langsung meneruskan kerjaya politik pemimpin mereka $$$), tetapi sekarang rakyat ada internet, pendidikan tinggi, pendedahan terhadap kehidupan di luar negara dan juga kesedaran terhadap hak-hak asasi manusia. Globalisasi telah menusup masuk kesemua ceruk dunia kecuali otak-otak sempit pemimpin dan pencacai UMNO.

Melayu kini bukan bodoh lagi. Melayu zaman baru akan menolak UMNO seperti UMNO dahulu menolak Malayan Union. Tunggu dan lihat.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by asguard, August 31, 2009 11:16:13
Whatever is being said by the PM or Dpm...is not sincere! Full of suspicion yet full is lies and twister facts.... What by him mean tear down the walls... while a couple of weeks back the utusan or ugatan ..mentioned ... of warning to non-malays? And that you call in spirit of merdeka ! Or shall i call treason of words... And i think a majority of the malaysians believe all the adverisetment is just full of lies and twister image which does not reflected the true situation in malaysia! And what is point of having merkeda celebration year after year while they UMNO will going back to their old evil ways... threats, blackmailed, or by whatever means to get back power...? Whenever i look at merdeka advertisement is just full lies and shit ...which was shown on tv these few days... and even statement of PM does not assure the public of his party committing a peaceful malaysia? Please ask your self what merdeka is all about ? Them (UMNO) or the people?
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Apek, August 31, 2009 11:38:16
Sungguh sedih bagi Malaysia ini. Merdeka daripada penjajah yang telah menggunakan perkauman dan agama untuk memecah-belahkan kami bagi tujuan menjajah kami - kini pula dijajah oleh pihak politik UMNO dan Barisan Nasional yang menggunakan kesemua taktik-taktik kotor Penjajah untuk memecah-belah kami bagi tujuan menjadi kaya-raya.

Sebagai alat jajahannya dan alat kekejamannya, UMNO/BN bolehlah memanggil PDRM dan MACC. Bagi tujuan menghalang pemikiran individu, UMNO/BN menggunakan propoganda dan taktik menakut-nakutkan rakyat ala Josef Stalin dan puak Nazi dalam bentuk Utusan Melayu. Bagi tujuan membangkitkan huru-hara dan ketegangan kaum dan agama, UMNO/BN memanggil UMNO youth ala "Brown shirts" puak Nazi ekstrimis. Kini, UMNO/BN cuba menghancurkan Malaysia yang merdeka ini dengan konsep yang asing dari sedi Perlembagaan dengan konsep "kawasan majority Islam".

Pada bilakah masanya Perlembagaan membenarkan UMNO/BN ini mengharamkan atau menghalalkan kawasan Islam dan bukannya Islam. Kami RAKYAT MALAYSIA adalah lebih toleren daripada gangster-gangster UMNO/BN ini. Kami Rakyat Malaysia boleh membenarkan Masjid/Surau dibina di kawasan bukan Islam. Ini adalah disebabkan kami Rakyat Malaysia.

Adalah amat sedih yang Malaysia merdeka daripada Penjajah tetapi jatuh dibawah jajahan puak UMNO/BN Ekstrimis ini. Adakah ini Rakyat Malaysia kita?
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by arazak, August 31, 2009 12:01:57
Previously we fought the British to "merdeka" ourselves. Now we should fight and kick out the tyrant and thieving UMNO regime to "merdeka" ourselves. And that is the duty of every citizen that have been robbed, and their rights being trampled by the UMNO regime!

We are taking back the country as "anak bangsa Malaysia"!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Wisdom above, August 31, 2009 12:40:08
" Merdeka " connotes the real concept of " Saya Anak Bangsa Malaysia ".
Let's Pray and Believe for Wisdom, Revelation, Peace & Tranquility to Prevail.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by JJ Kuyong, August 31, 2009 12:43:46
Orang Melayu adalah punca kegagalan 1Malaysia. PM, sayang saja konsep 1Malaysia itu, tujuan baik tetapi nampak nya orang melayu (bukan semua cuma Melayu penyokong UMNO)yang cakap tidak serupa bikin. Selagi orang-orang melayu UMNO ini tidak berubah (malah terus memainkan api perkauman dan ugama) usaha Najib kearah 1Malaysia akan gagal dan GE13 menanti untuk terus menguburkan UMNO dan BN, percaya lah!

report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by CPY, August 31, 2009 13:30:32
Hari ini, saya pakai semua hitam agar demokrasi dapat dikembalikan kepada negara kita.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by ron46, August 31, 2009 14:27:51
I wore black today and felt friendly smiles from all races, when i had breakfast this morning in a coffee shop. smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Taikohtai, August 31, 2009 14:29:48
Today, I feel a sense of hopelessness befalling most of my ex-country people on their Independence Day. Today, I feel most Malaysians have yet to experience a real sense of patriotism that was present during Tunku's time. Today, I hope all Malaysians can recover that sense of nationalism. But today, I shall continue to harbour hope that one day, you too can celebrate your Independence Day with as much enthusiasm as I do or even more............as an Australian on Australia Day.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by budakindia, August 31, 2009 22:39:28
Tengoklah bila harga barang mula melambung! Ketuanan Melayu kah atau Ketuanan Duit pula akan muncul! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM