A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Kenyataan Akhbar Ke-2 Yusri Isahak

Kenyataan Akhbar Ke-2 Yusri Isahak PDF Print
Posted by admin   
Monday, 24 August 2009 01:07

Tujuan saya untuk bertemu pihak media adalah untuk menjelaskan beberapa kekeruhan yang timbul akibat penampilan saya minggu lalu. Saya mendapat banyak reaksi dan spekulasi daripada pelbagai pihak.

Jadi saya tampil untuk menjelaskan bahawa kenyataan akhbar tersebut diadakan dengan iniasiatif saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ianya dibuat untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga.

Untuk itu, saya mempertahankan segala kenyataan yang saya buat sebelum ini. Di pihak saya, saya menganggap kes ini sudahpun selesai. Namun apa yang saya perhatikan, sejak 20 Ogos yang lalu, pelbagai tohmahan telah dilontarkan yang mana menyimpang daripada tujuan asal saya membuat kenyataan akhbar. Keadaan ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar ini kerana saya merasa sedih melihat serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat.

Secara tidak langsung saya merasa dibabitkan sama di dalam usaha-usaha memburuk-burukkan Rohaizat. Tetapi apabila keadaan semakin buruk dan Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati. Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Semasa saya tampil ke hadapan tempoh hari ialah kerana saya merasa marah dan kecewa kerana saya dijadikan kambing hitam di dalam kes yang membabitkan Koperasi itu. Kerana itu kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Malangnya, usaha saya untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam kes itu telah digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.

Saya yakin akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua- dua kenyataan akhbar ini. Sebanyak mana wang dan harta dunia sekalipun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya.

Sebagai seorang Islam dan warganegara yang bertanggungjawab, saya cuma ingin menyatakan apa yang berlaku, tanpa takut atau mengharapkan balasan ataupun dieksploitasikan oleh mana-mana pihak. Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang sihat dan mencerminkan kematangan bangsa yang telah merdeka selama 52 tahun. Pembangunan dan kestabilan negara yang telah dicapai selama ini tidak harus dilupakan begitu sahaja.

Tujuan kenyataan akhbar saya ini bukanlah untuk mendapat publisiti atau untuk mana-mana pihak mengeksploitasi apa yang terjadi. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sama-sama bermuhasabah diri dan menghindarkan sengketa sesama kita. Janganlah kita keji-mengeji, hina-menghina, fitnah - memfitnah sesama Islam kerana ia akan mendatangkan perpecahan yang boleh mengancam kepentingan kita bersama.

Percayalah, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini apa yang saya lakukan adalah kerana desakan hati nurani saya.

Sekian terima kasih.

Comments (4)Add Comment
...
written by Umm Adzka, August 24, 2009 03:02:46
Despite whatever you stated here; the bottom line is this - this person has committed a breach of trust and a person who has done that in the past is not qualified for the post as the people's representative!
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by Fedup, August 24, 2009 09:03:09
Jadi, apapun tomahan yg dibuat oleh UMNO terhadap anda adalah OK!

Nampaknya bro Yusri sudah kena tekan dari UMNO ni!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by tuankujuki, August 24, 2009 13:34:04
Arwah Yasmin Ahmad terkenal dengan filem-filemnya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia yang harmonis. P.Ramlee masyhur dengan filem-filemnya yang mengandungi sindiran yang sangat tajam dan masih relevan sehingga sekarang.

UMNONOK pulak terkenal dengan sandiwara-sandiwara yang menggambarkan watak-watak utamanya sebagai pembela agama, bangsa dan negara tetapi hakikatnya adalah pembelit, penipu dan pembohong. Ditambah pula dengan watak-watak pembantu yang buat kenyataan akhbar/pengakuan yang kemudiannya menukar pengakuan tersebut beberapa hari kemudiannya. Antaranya dalam kisah ALTANTUJIS di mana watak Bala tukar confession dan kemudiannya hilang ghaib. Dan banyak lagilah yang jenis watak sampingan ni yang hilang tak tau ke mana.

So kali ni UMNONOK sekali lagi menerbitkan sebuah sandiwara di Permatang Pasir dengan tema dan plot yang hampir sama. Alahhhh letih lar cam ni, dah takder idea ker????? patutlar industri filem Malaysia melingkup. Suruh lar Prof. Maidin direct sandiwara kali ni untuk UMNONOK, masukkan unsur2 lucu sikit baru ler orang tertarik , betul tak??????
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Susanna, August 26, 2009 17:01:30
Seorang yang sudah buat silap sampai di lucut jawatan peguam seharus nya jangan la bertanding sebagai ahli politik. Pemimpin sepatutnya di pandang tinggi dan dijadikan teladan bagi kaum rakyat. Bila sifat pemimpin membawa persoalan habis manalah boleh di percayai? Kes in sama seperti Chua Soi Lek. Kenapa la dia mati-mati masih nak tampil kan sendiri ke arena politik ialah sungguh menghairankan. Perlu kah soalan peribadi nya selalu di tanyakan? Tak ada malu ke dia? Lebih baik jaga isteri dan keluarga daripada memalukan sendiri dengan alasan2 yang tidak boleh mencucikan nama nya selama2 nya.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM