A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow No Holds Barred arrow Hey, the Malays are united – united against the ISA

Hey, the Malays are united – united against the ISA PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 23 August 2009 00:00

Image 

Bersatulah bangsa Melayu! Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras. - Kelab Penyokong Maya UMNO

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin



See the video on YouTube here: http://www.youtube.com/watch?v=hXn_fWB3KWo

*************************************************

Bersatulah bangsa Melayu!
Kelab Penyokong Maya UMNO

Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri.

Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.

Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.

Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.

Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada di masjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.

Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.

Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.

Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.

Kepada golongan ahli agama, berilah teladan yang baik kepada kami. Bimbinglah, nasihatilah. Kepada YB atau wakil rakyat, tidak kira apa parti anda, dampingilah orang Melayu, bantulah mereka jika mereka perlukan bantuan tanpa mengira parti. Parti hanyalah sebagai wadah perjuangan.

Saya menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam yang amat saya sayangi, kita buka lembaran baru yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang paling indah. Jadikan isu “bagaimana untuk menyatukan semula orang-orang Melayu” sebagai topik perbualan kita walau di mana kita berada.

ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.

Comments (34)Add Comment
...
written by MasterYoda, August 23, 2009 02:39:02
"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi"

Apparently UMNO's Allah is racial!
report abuse
disagree 6
agree 164
...
written by Raizzen, August 23, 2009 03:14:56
Bersatu dan ? Kembali kepada AMNO ? And another tens of years of stupification ? Count me OUT.
report abuse
disagree 4
agree 129
...
written by Cash Money, August 23, 2009 03:24:15
Baginilah wahai saudara Melayu.Matlamat-nya bagini, yang penting bukan berapa lama melayu di bumi ini tetapi bagaimana melayu memperjalankan hidupnya.

Jangan macam Mahathir Muhamad itu umur panjang tapi dimaki kiri kanan didalam dan luar negeri, sampai identiti melayu diculik oleh beliau dengan bah kata beliau "Melayu Mudah Lupa".
report abuse
disagree 0
agree 92
...
written by Raizzen, August 23, 2009 03:39:16
And what are these Bodohs blabbering about putting out the fire they started ? AMNO's reluctance to part with their lavish corrupt lifestyle are the very cause the Malays are split into warring factions and in a larger context, the whole country en masse.

Btw, the Malays are not actually split. Its just a battle between the smart, progressive Malays and the stupid, kuno (read:AMNO) Malays. And you AMNO punks, don't play all saintly here. Among the first thing you did when you recapture Terengganu back in 2004 was to snatch back the lands that was granted by the previous PAS administration from the kampung Malay folks and to ravage their newly built Surau. Not to mention sacking religious teachers who you thought were inclined to the PAS govt.

Did I see wings attached to your filthy backs all of a sudden ?
report abuse
disagree 1
agree 109
...
written by wolf, August 23, 2009 03:46:25
So sad to see these kind of messages. Who should the malays unite for and against what? Are we at war? Is Malaysia under military invasion? Who are the enemies of malays and Malaysia?

As if non-malays are the enemies of Malaysia.

As if only Islam can save the malays and the nation.

As if Islam is under threat.

Kekadang aku rasa bengang jugak kat segelintir melayu. Kenapa lah mereka ni BODOH dan BANGAP sangat?

Bukannya bangsa lain tak bodoh dan extremist, tapi belum lagi sampai menjerit jerit nak bersatu untuk melawan melayu. Pikirkanlah sejenak apa akan berlaku kalau artikel ni keluar di akhbar cina dan melayu & islam di ganti cina & buddha/kristian.

Pekik je melayu di cabar! Islam di gugat! maka hilanglah kewarasan. Api pahlawan gagah perkasa sedia mengamuk demi mempertahankan maruah bangsa dan agama. Soalannya, siapa yang mengugat melayu dan Islam?

Entah lucu ke sedih. Mereka yang kaki perempuan, kaki botol, kaki rasuah menjerit2 melayu & islam di cabar. Memakai suit Giorgio Armani berharga USD3000 dan berkereta Mercedez 320 (drebar lagi pulak tu!) menghasut mereka yang papa kedana supaya membenci jiran cina sebelah rumah yang kemungkinannya juga papa kedana untuk menjaga maruah melayu. Maruah melayu ke maruah umnoputra?

Boleh mintak tanya apakah aku yang kaum bukan melayu mengugat? Apakah permintaan melampau yang aku buat? Setahu aku, tak pernah pun aku mintak apa2 dari kerajaan mahupun dari melayu.

Kalaulah ada sesetangah pihak yang dianggap membuat permintaan yang melampau, bantah dia dah lah. JANGANLAH SALAHKAN SEMUA KAUM BUKAN MELAYU!!!

Sebagai contoh, kalau besok aku di rompak oleh 2 mat rempit melayu, apakah aku mengistiharkan yang kaum melayu adalah kaum mat rempit dan perompak?

Wahai melayu, SEDARLAH sikit. Siapakah yang mengapi2 isu perkauman? Siapakah yang berperangai melampau?

Bukannya susah nak mengapi2 isu perkauman supaya melayu benci mereka yang bukan melayu dan bersatu dibawah umno. Tengok je lah Perak. MB PAS dikutuk boneka DAP. Kalau MB tu dari DAP apakah akan dibangkitkan DAP tu tamak haloba sehingga PKR dan PAS ditindas? Sampailah tuntutan keadilan untuk Teoh Beng Hock pun di jadikan isu bukan melayu melawan institusi melayu.

Dear malay brothers, are we prepared to share this country as our own or are we going to go after each other's throats because of who comes here first centuries ago?

Equally important, are we non-malays prepared to shed out prejudices against malays and start accepting everybody as family, not just 'our kind'?

Are we going to stop being manipulated by those who wanted us to fight each other so that they can stay in power to act as saviours of 'their kind'?
report abuse
disagree 2
agree 245
...
written by Mama Juwie, August 23, 2009 05:40:27
Please do not fall into the trap thinking that only UMNO can be the source of unity for the Malays. UMNO has been the parasite feeding on the Malays' genuine intention to develop their own people. The Malays actually do not hate the non-Malays; they just want enough money for them to feed their families and give them good education. It is UMNO that has been spreading the fire of hatred within Malays against the Chinese and now the Indians. Only UMNO lovers would swindle the people's money for themselves without distributing them to the deserving ones. The non-Malays on the other hand should also understand that not all Malays are UMNO supporters.

report abuse
disagree 1
agree 137
...
written by Siebel, August 23, 2009 05:50:22
Mama Juwie,
You summarised the current situation very well.

If only everyone can see things through your eyes, then, UMNO/BN won't be successful in manipulating the Rakyat.

The challenge going forward is "how to make everyone see things through the same lens as you"? The earlier everyone can see things this way, the faster PR will come into power.
report abuse
disagree 2
agree 61
...
written by hanisma, August 23, 2009 05:54:17
Bersatulah Bangsa Melayu!??? - Kah...kah...kah...! Ya, bersatulah Melayu-Melayu yang telah diperbodohkan oleh Melayu-Melayu yang berkepentingan sendiri. Terlalu pentingkan keluarga, sanak-saudara serta kroni-kroni maka Melayu durjana ini telah mengula-gulakan perkataan 'bersatu' ini kepada bangsa Melayu yang selama ini telah hidup dalam keadaan 'complacent' dan berkeadaan seperti 'katak di bawah tempurung'. Mereka tidak nampak kemajuan bangsa asing kerana mata mereka tertutup dengan kata-kata enak serta perjuangan palsu yang yang disandiwarakan oleh kumpulan elit-elit Umno. Ya, Melayu mesti bersatu untuk menambahkan kekayaan dan kuasa BN (Bini Najib) dan kuncu-kuncu mereka. Bersatulah Melayu untuk melenyapkan bangsa Melayu di bumi Allah ini dengan berjuang bermati-matian untuk Umno!
report abuse
disagree 3
agree 41
...
written by roggon, August 23, 2009 07:57:04
No malay can ever be "bersatu" as long as UMNO culture prevails. So malay wants bersatu...get rid of UMNO and her BN Morons in GE13.

Hidup pakatan!!!
report abuse
disagree 1
agree 47
...
written by Kampong, August 23, 2009 08:04:09
A wise man once noted "Patriotism is the last refuge of the scoundrels". In the case of UMNO, add race and religions.

But guess what, this time the real Malays and real Muslims are leading the charges against this corrupt regime, and these scoundrels are scared shitless and are mounting the last ditch run to their refuge before being discarded to the garbage tong of history.
report abuse
disagree 1
agree 35
...
written by Wisdom above, August 23, 2009 08:33:38
Franky speaking, I find it difficult to understand what the writer says !
Can someone translate this article into other languages in English, Mandarin, Tamil, Hindi,Sikh, Orang Asli languages, Iban, Bidayu, Kenyan, Kelabit, Penan, Melanau, Dusun, Kandazan ,etc .
report abuse
disagree 9
agree 21
...
written by ibabonma, August 23, 2009 08:50:24
This circular literally highlighting, in that MCA and MIC are stupid running dogs of Umno. Ong Tee Kiat bodo! Samy Valu Bodo!


As for the Malays, ask yourselves what has Umno done to Malay unity over the 52 years of its rule? Umno wants another 52 years to unite the Malays and of all the places Umno want the religious institutions i.e. the mosques and suraus to be used as the platform to rebuild the tattered Malay unity?

Have they forgotten it was Khair Toyol was the culprit who destroyed the mosques and suraus institutions in Selangor by forcibly ejected the then sitting committees and replaced them with Umno gangsters? You expect us to go back to Umno mosques and suraus?


report abuse
disagree 2
agree 43
...
written by biggun129, August 23, 2009 09:39:59
'Melayu boleh bersatu Tanpa UMNO !', 'Rakyat boleh bersatu Tanpa UMNO !', UMNO yang jadi 'Batu Penghalang' kepada Perpaduan Rakyat,UMNO saperti 'Ketam mengajar anak berjalan betul!', selepas di sanjung tinggi dan dipilih menjadi YB, mereka jadi 'Kaya Raya', pengundi kekal saperti dahulu, 'Kait Pagi Makan Pagi,Kait Malam Makan Malam!',Apa guna laungan 'One Malaysia', yang pada dasarnya adalah untuk Kepengtingan Mereka,situasi sekarang, Pelaung Tua dan OKU, Pemuda Pemudi adalah 'Ubah, Ubah!', 'Hancur, Hancur !' dan 'Mansuh,Mansuh!'yang berada di tepi mulut dan dalam hati!Rakyat menunggu, mengharapkan Pilihan Raya akan datang untuk 'Menukar Kerajaan', Rakyat mahu 'Kerajaan yang Bercekap, Bersih dan Beramanah!' Tanpa UMNO, Malaysia akan selamat Majujaya!
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by hellosunshine, August 23, 2009 09:42:59
"Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain" Yes, you are damn right, Kelab Penyokong Maya UMNO. You now have banyak Melayu celup like Indons, Mamaks, Yemenis, Pakis, Banglas and what have you enjoying your NEP as Bumiputras after just a few years in Malaysia whereas native Bumis are languishing in poverty in the rural and jungles.
report abuse
disagree 1
agree 34
...
written by alarcarte, August 23, 2009 10:19:18
Its just a battle between the smart, progressive Malays and the stupid, kuno (read:AMNO) Malays.


Hello Raizzen, I don't think the UMNO Malays are stupid, its just that they think most Malays are stupid and can be manipulated by them using Religion and the Malays race under threat by the minorities. Unfortunately so many Malays fell into their trap.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by cillipepper, August 23, 2009 10:50:51
KPM UMNO,

...dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin.

Correction.

Ansar & Muhajirin were never in conflict.

The Aus, Khajraj & the Jews of Medina were always at each other throats before the Prophet SAW Hijrah to Medina and brought peace between them.

Don't spin please.

cillipepper
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by biggun129, August 23, 2009 11:00:46
When RPK wrote 'The Malays are United!', UMNO love him so much, UMNO hate him so much when 'United is for ISA!',So, UMNO love RPK, UMNO hate PRK,all the while, UMNO think Malay is UMNO, UMNO is Malay, but they forget the word 'Malaysia', so, Malays are confused, who are they? UMNO or Malaysian?Not all the Malays agreed to UMNO ! And they are not UMNO! They are Malaysian!UMNO love RPK because He is Malay, UMNO hate RPK because He is a Malaysian!RPK is Malay but he is not UMNO, so, this is RPK !so, The Malays are Confused not because of RPK, but UMNO !
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by sakaihutan, August 23, 2009 11:16:37
Rasuah Didahulukan, UMNO Diutamakan
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by imanj, August 23, 2009 11:47:12
Just to ask,has anyone,for instance the readers on this blog or any other non-malay actually treathen the well-being of the Malays in this country?

Good folks around the country have often helped the many Malaysians through donations and other efforts and no one can deny that when such need is required,the government and their agencies/NGOs will openly call to the public for aid or help through funds..!! Question: is it only then they forget their bias attitude and unecessary hurtful spite towards non-malay citizens??!!

This is the fasting month of Ramadhan,where the gates of hell are closed.If there should be any unfortunate situations or unpleasantness if would not be with the aid of the famous Satan,but it is the doing of humans..

If there is a reason to denounce Islam,it would not be a change of heart resulting from a broken marriage,but it would be from the constant conflicts in this Country that makes me as a muslim convert face many awkward moments with non-muslims..It would seem easier to be of no religion..

The many young children in this country are also subjected to all this sarcasm and ill-feeling..If to grown-ups speak ill of race and religion,they sure have insulted our children...

If this Government with it's many leaders and agendas want Malaysia only for one race and one religion and one language,then be proper,state your dissatisfactions more gentlemenly and maybe the many non-malay Malaysians will decide if this country is still our country too...

report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by chronos, August 23, 2009 13:00:50
I read a passage somewhere this morning that fits these arseholes perfectly
"ARTIFICIAL INTELLIGENCE IS NO MATCH FOR NATURAL STUPIDITY"
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by johntyc, August 23, 2009 13:12:20
Kaum lain gembira bukan kerana orang Melayu sudah tidak bersatu! Sebaliknya, kaum lain gembira kerana majoriti Melayu sudah tidak mudah diperalatkan minoriti Melayu yang kononnya memperjuangkan hak setiap Melayu padahalnya mengkayakan diri mereka sendiri!
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by ladasiber, August 23, 2009 13:18:18
Never in this life time, or the next that I want to unite in the name of MALAY, what more in UMNO. Go to hell with Ketuanan Melayu
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by lakian, August 23, 2009 14:07:05
Malay is not umno,umno is malay but malay come first so umno is unknown malay.So umno should call themself bangsa umno or umnoputera and speak umno language.Only umno is bumiputera then how about woman umno due to no "bumiputeri"so I don't know please ask umno.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by othman hitam, August 23, 2009 14:18:02
Pengendali blog 'Kelab Penyokong Maya umno' ni agaknya tinggal kat planet Marikh. Read my lips. 'Orang Melayu dah BERSATU, BERSATU untok menjatuhkan umno/bn buat selama-lamnya'....ADA FAHAM?

report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by born2reign, August 23, 2009 14:49:06
Are you sure the hell gates are closed during Ramadan? The demons and devils are still roaming the streets of Putrajaya and UMNO. Just watch TV3 and RTM for the faces of the devils - Najis, Mahatahi and Toyol amongst the Supreme Hell-dom.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Pakyeh, August 23, 2009 15:07:19
Podah ! I dont buy it. Pro UMNO buggers are NATO (no action,talk only).
They want to repeal ISA. Repeal means ISA will still be used. A law that is anti law like ISA should never be used. Are we Merdeka yet, or are we Merdekahahaha. If we still use the British way of "killing the opposition", it is proof that we are not Merdeka yet.Also if these stupid Melayus are feudal in thinking,we are not Merdeka yet. What have the Sultan done for the rakyat ??? One even toppled a democratically elected government in Perak. Another appointed a corrupt IGP. Nothing is done to their corrupt Ministers.
Stupid Malay feudalist !!!

Read more "Merdekahahaha !" at..

http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by abdras, August 23, 2009 15:16:26
Orang Melayu sememangnya bersatu. Banyak contoh yang menunjukkan orang Melayu bersatu. Adakah kerana orang Melayu tak sokong UMNO menandakan orang Melayu tak bersatu; orang Melayu berpecah-belah? Adakah perpaduan Melayu hanya bergantung pada
UMNO? Apakata kalau orang UMNO bubar UMNO dan masuk Pas? Ini pun satu cara untuk capai perpaduan Melayu. Atau lebih menarik lagi apakata kalau semua parti politik dibubarkan dan semua ahli masuk Parti Keadilan. Inilah betul-betul perpaduan
di mana di dalamnya terdapat perpaduan Melayu, perpaduan Cina, perpaduan India dan lain-lain yang bergabung mewujudkan perpaduan Rakyat. Inilah yang sebenarnya 1Malaysia yang Najib cakap tapi tak berani buat.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by bodohland_citizen, August 23, 2009 15:24:33
Orang-orang UMNo kebanyakannya hensem-hensem belaka (Too many handsome faces in UMNO)
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by johnT, August 24, 2009 00:22:37
Kalau mahu Islam tulen, UMNO kena buangkan perkauman dan ketuanan melayu dulu, Sanggupkah UMNO? Sedangkan PAS Kedah sendiri pun mengikut jejak UMNO.

Agama dan Kaum telah lama di peralatkan daripada di perjuangkan. Saya nak tanya mana mana ulama, Dosakah memperalatkan agama dan kaum untuk kepentingan politik dan kuasa?
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Panca Indera, August 24, 2009 10:04:34

Kepada
"Kelab Penyokong Maya UMNO"
Orang-orange yang pendek fikiran dan kurang akal

"Saya menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam"?????
Umat- Islam; Umat Kristian; Umat Yahudi ; faham.
Umat Melayu?-(Islam Hadari ke?)

"TIADA PERKAUMAN DALAM UGAMA ALLAH!"
Kalau utamakan bangsa sabelum ISlam, Tidak Selamat. "Podah!"
Betulkan AKIDAH baru pikirkan bangsa. smilies/cool.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by jaz, August 24, 2009 10:48:06
Why do I have the feeling that this blog is about the urging of the Malays unifying against other races?
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Admiral Tojo, August 24, 2009 11:54:37
Not possible to unite the Malays under UMNO as UMNO is ONLY for the UMNOputras. Anyway the UMNO culture is full of hypocrisy and backstabbing, even amongst their own members.

Shalom
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by DezMalaysia, August 24, 2009 12:25:58
Hallo UMNO Bodoh !

Melayu bersatu, gua Cina pun sokong ! Bersatu dibawah payung PAS lah ! Walaupun kadang-kala PAS agak keterlaluan dalam isu agama & "moral-policing", tapi PAS dah memang terkenal tak Korup & bersih. PAS jauh lebih baik beribu juta kali ganda daripada UMNO dalam soal moral !

Kenapa Melayu mesti bersatu dibawah payung jijik UMNO yang melindungi orang-orang yang bodoh, penabur perasaan benci & dengki, korup, perompak, pembunuh & perogol negara ?

Yang penting, PAS tak de orang-orang yang bodoh, penabur perasaan benci & dengki, korup, perompak, pembunuh & perogol negara !

SOKONG PAS !
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by roadbarra, August 24, 2009 16:48:21
Hidup rakyat malaysia!
Hidaup Pakatan rakyat!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM