A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Apa agenda Malaysian Insider?

Apa agenda Malaysian Insider? PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 19 August 2009 21:20

Oleh Rashid Ismail

SAYA adalah antara jutaan penduduk Malaysia yang gemar melayari Internet untuk membaca laman-laman web dan blog yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, kebelakangan ini.

Saya melayari blog-blog dan laman web tanpa mengira ia berpihak kepada kerajaan atau pembangkang. Bagi saya, apa yang mustahak ialah dapat membaca buah fikiran pengendali, penulis dan mereka yang memberi komen dalam blog atau laman- laman web berkenaan.

Ramai yang memberi komen bernas dan membina sama ada di dalam blog atau web pembangkang dan kerajaan. Dalam masa yang sama, ramai juga yang memberi komen tidak bertanggungjawab dan bersifat melampau.

Salah satu laman web yang selalu saya kunjungi ialah The Malaysian Insider, namun bukan bermakna saya meminati laman ini.

Saya perhatikan, apa yang dimuatkan di dalam Malaysian Insider itu merupakan rencana-rencana yang dipetik daripada pelbagai akhbar arus perdana. Antara artikel yang sering dipetik ialah daripada akhbar Utusan Malaysia.

Hampir setiap hari ada sahaja rencana baru dipetik dan dimuatkan di dalam laman web itu. Ia akan diiringi dengan komen-komen pengunjung yang berupa penyokong pembangkang.

Saya katakan mereka sebagai propembangkang ialah kerana kesemua atau 100 peratus daripada komen yang dimasukkan ke dalam laman web itu berbentuk hentaman, kritikan, kutukan dan pelbagai lagi.

Ada ketikanya saya langsung tidak boleh menerima ayat-ayat dan nada bahasa yang digunakan di dalam setiap komen tersebut.

Ia bukan sahaja berbunyi kasar tetapi tidak langsung sesuai dikeluarkan oleh mereka yang rata-rata mengaku terlalu Islamik.

Bahasa kesat dan begitu buruk diterima pakai di dalam Malaysian Insider ini dan ia seperti menjadi identiti kepada laman web ini.

Saya cuba menghantar komen berbentuk terbuka dan adil. Tetapi apabila saya membuka kembali keesokannya, komen saya tidak disiarkan. Saya cuba lagi dan lagi namun saya tetap hampa kerana Malaysian Insider tidak berminat menyiarkan komen yang tidak berat sebelah seperti itu.

Rupa-rupanya pengalaman itu bukan dihadapi oleh saya seorang. Rakan-rakan saya juga pernah mencuba tetapi mereka juga tidak dilayan. Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa pengendali Malaysian Insider membuka laman itu dengan niat untuk menghentam kerajaan dan media arus perdana yang menyokong kerajaan.

Maka komen yang disiarkan di dalamnya juga perlulah seperti itu. Jika ada yang memuji atau bersikap terbuka atau adil, komen mereka akan diketepikan.

Ia agak aneh, terutama bagi kalangan yang mengaku mereka terbuka dan mendesak kritikan mereka didengari.

Rupa-rupanya hanya suara hati mereka sahaja yang mahu didengari tetapi pengendali Malaysian Insider tidak bersedia untuk menerima kritikan. Ia hanya beroperasi untuk menghentam sesiapa yang mengkritik pakatan pembangkang.

Maka kerana itulah ia akan memetik bulat-bulat rencana yang mengkritik pembangkang dan kemudian membukanya kepada komen pembaca. Namun syarat utama ialah mesti menghantar komen yang menghentam atau memaki-hamun penulis rencana terbabit. Ia akan disiarkan.

Saya hairan di mana kredibiliti Malaysian Insider? Jika mereka mendakwa wartawan yang menulis sesuatu rencana itu sebagai tidak beretika (kerana mengkritik pembangkang) di mana pula etika laman web itu sendiri?

Kepada akhbar-akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia, apakah tindakan anda semua? Adakah perbuatan Malaysian Insider itu tidak melanggar undang-undang hak cipta? Bolehkah rencana anda dipetik sewenang-wenangnya?

Bagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada wartawan- wartawan yang berani menyatakan pendirian dan kritikan menerusi rencana anda semua.

Sekurang-kurangnya anda semua tidak bersikap bacul dan pengecut. Anda menulis dan menyatakan nama sebenar anda.

Bukan seperti pengendali Malaysian Insider yang bersembunyi di sebalik laman web.

Begitu juga pengunjung yang memberi komen dengan berlindung dengan nama samaran untuk menyalak. Mereka gemar baling batu kemudian sembunyi tangan. Kepada Utusan Malaysia, teruskan perjuangan anda.

Utusan Malaysia

Comments (11)Add Comment
...
written by drabdulwahid, August 19, 2009 21:36:53
Habis mulia Utusan nih. padahal rasis tak bersempadan.

Utusan dah tak laku brader. lagi baik baca malaysian insider. berita cepat kluar, free, ada ruang nk komen walaupun komen enjin hampeh. dgn utusan? hmph. berita rasis, mengampu kerajaan je tahu, wartawan bengong, ntah belajar ape kat uni dulu.

udahle utusan, kamu alat BN, bukannye surat khabar. wartawan kamu yang bagus semua dah bukak website sendiri, naik meluat kerje dgn surat khabar takde etika. yang tinggal wartawan bengong2.

rakan2 rakyat malaysia, tak payahle kita baca utusan lagi. buat bungkus nasi lemak pon jgn. lap bon*** pon jgn. sbb kalau kita makan nasi lemak kadang2 terbaca jugak artikel kat bungkusan tu. buat tak peduli je. beli harakah, suara keadilan, buat bungkus pon pakai surat khabar ni jugak. nnt mesej sampai gak kat org yang makan nasi lemak.
report abuse
disagree 0
agree 36
...
written by msiaman, August 19, 2009 21:38:55
Why all the 'close both eyes' letters and racist letters comes to UM? I wonder....

Maybe their readership are mainly those not so bright people that instead of lending a hand to make a better future for the country like to get excited for the wrong reasons.

I wonder if these righteous man are even capable of looking after their kids properly let alone talking nonsense in newspaper. But maybe that's the kind of propaganda the paper is broadcasting to their readers.

Well, you can have your say, I'll say shut the f*** up to you if you cannot engage in modern day social political interaction!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by ONGJJJ, August 19, 2009 22:00:16
Simple agenda...JUST TO DISCLOSE THE TRUTH, as bigots & racists like you already have a forum to air your bullshits at Utusan.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by arazak, August 19, 2009 22:02:47
Hello Rashid,

Kalau saya hantar komen yang saya anti-ISA dan mahukan ISA di hapuskan kerana melanggar hak asasi manusia kepada Uusan Meloya, adakah anda fakir komen saya itu akan di siarkan oleh surat khabar arus perdana tersebut?

Apa lah bangang sangat ni. . ., tengok dari satu sudut saja!
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by anban, August 19, 2009 22:09:31
Hi brader rashid,

setahu saya tidak pernah apa-apa komen diberi kat malaysianinsider dihalang oleh mereka. cuma kerana ramai orang tak sokong pemikiran anda, tidak bermaksud ia adalah halaman pembangkang. kerana itulah maksudnya pemikiran terbuka.

tapi sebelum complain pasal malaysianinsider, tengok tengok la halaman Utusan tu sikit. Kalau berani biarlah saya buat posting kat halaman Utusan pulak. Laju je panggil orang lain bacul dan pengecut, suruh lah Utusan buka untuk pembaca bagi komen. Geli hati saya lihat anda kata Utusan tak bersembunyi. Cuba jawab di mana saya boleh jawab ulasan ulasan racist racist dari Utusan??? Semua mereka pengecut nak beri peluang untuk pembaca beri komen. Itu la maksud sebenar bacul dan pengecut yang sebenar.

pegi bertaubatlah bro.

report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by macho, August 19, 2009 22:54:15
I read halfway and saw utusan at the end. The racist newspaper trying to teach other people how to behave. Its like saying Rohaizat is the best candidate.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by SiHangChai, August 20, 2009 00:03:31
Pondah-lah. Utusan.. akhbar perkauman dan lapor berita palsu.

Kualiti akhbar ini pun hanya gunaan 1 sahaja, kesak buntut najis..
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by truthvoice, August 20, 2009 00:40:18
Betul, penulis di MalaysianInsider sembunyikan nama mereka, Utusan tidak, penulis Utusan adalah KEBAL disisi kerajaan UMNO, mereka dilindungi PDRM, AT, MACC, dan sebagainya..

Tidak kah anda tahu semua ini? Rashid? apakah agenda anda? terlalu senang ka? tak ada kerja lain ka?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by smeagrooo, August 20, 2009 01:03:29
U think if i send in my comment to UM rgd najib and his gang's activities they will publish? So why put ur crap in here? Even a simply SMS complaint to any local dailies for that matter that criticize the govt, they wont get published. Now that is what u call "FAIR"?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by lunas oh lunaih, August 20, 2009 01:32:06
Senile
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by ATSaari, August 20, 2009 10:00:38
Saudara Rashid Ismail, saya rasa sudah setengah abad Utusan Malaysia yang bersifat rasis 'merasuk pemikiran rakyat' dengan mempertahankan semua agenda 'bersetan' UMNo dan BN. Kini rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi generasi muda telah mempunyai alternatif kepada informasi dan berita yang lebih bersifat terbuka dan pada pendapat saya juga yang lebih adil(fair).
saudara Rashid mungkin merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang telah berjaya dirasuk oleh Utusan Malaysia sampai ke 'akar dan umbi' dengan berbagai fahaman dan ajaran rasis Utusan Malaysia sehingga kewujudan sifat keterbukaan Malaysian Insider menjadi seperti semacam satu penyakit yang amat berat untuk saudara Rashid tempuhi. Jelas disini bahawa sifat rasis yang cuba dibentuk oleh Utusan Malaysia terhadap orang Melayu telah menemui kejayaan yang amat cemerlang, dalam diri saudara Rashid.
Nasihat saya, untuk saudara Rashid mengubati RASCISM yang mengalir bersama darah di dalam diri saudara Rashid, saudara haruslah terus membaca Malaysian Insider dan tambah lagi pembacaan saudara kepada blog-blog lain seperti The Nut-Graph, People's Parliament, Dari Lensa ZI dan banyak lagi blog-blog berguna yang lain untuk menjadikan saudara Rashid seorang manusia yang berguna kepada masyarakat dan diri sendiri. Amalkan setiap hari, InsyaAllah saudara Rashid akan dapat disembuhi.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM