A+ | A- | Reset

Minyak Dan Politik PDF Print
Posted by admin   
Monday, 13 July 2009 23:53

Oleh Zaid Ibrahim

Rais Yatim, seorang Menteri dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa hari lalu telah membuat satu kenyataan yang luar biasa. Bukanlah saya terkejut bila Rais membuat kenyataan yang luar biasa dan aneh itu. Dah memang menjadi “trademark” Rais yang begitu rupa.

Kali ini dia berkata Kelantan tak ada hak di bawah undang-undang untuk membuat tuntutan terhadap Petronas daripada hasil minyak dalam kawasan Laut Cina Selatan yang sudah dalam produksi sejak tahun 2004. Terengganu juga katanya tidak berhak kepada royalti minyak kerana apa yang diberi kepada Terengganu adalah wang ehsan mengikut budi bicara Kerajaan Pusat. Wah! Hebat sungguh kenyataan Menteri yang dikatakan pakar dalam bidang undang-undang itu.

Mungkin esok Rais akan mengumumkan pula bahawa Sarawak dan Sabah pun “tidak ada hak” untuk dapatkan royalti minyak dan beratus juta ringgit yang diperolehi sekarang hanyalah “wang ehsan” semata-mata. Kalaulah semua ini benar, maka ia bererti tak ada maknalah janji Petronas kepada Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah pada tahun 1975. Setahu saya, mengikut perjanjian itu, Petronas wajib membuat bayaran tunai dua kali setahun kepada negeri-negeri tersebut. Jumlah pembayaran itu adalah 5% daripada hasil jualan minyak dari kawasan-kawasan yang dikenal pasti di Laut Cina Selatan.

Rais sepatutnya menjelaskan kepada rakyat apa yang sudah terjadi kepada perjanjian yang saya sebutkan itu. Apakah perjanjian itu sudah tidak boleh dipakai lagi? Mengapa mahkamah sudah sekian lama membekukan atau “cold storage” tuntutan Terengganu terhadap royalti minyak itu? Nampaknya mahkamah di negara kita dalam kes-kes tertentu begitu cekap dan pantas sekali membuat keputusan tetapi dalam hal-hal yang tidak menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional, mahkamah mengambil masa begitu lama.

READ MORE HERE:

 

Comments (6)Add Comment
...
written by gwc, July 14, 2009 00:25:08
selagi kelantan d bw PAS then tak ada hak lor. If BN tawan kelantan, lain pula cerita nya nanti si Rais tu. Dah nyanyuk la si orng tua ni, let him say what ever he likes la. Ini negara dan sumber negara ini bapa dia pny kot
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by onnetline, July 14, 2009 00:35:58
Rice Yatim .......... penipu dan pencuri hak kepunyaan orang lain.

Jenis manusia yang tak tahu malu !
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by storm62, July 14, 2009 02:59:29
umno/bn pengkhianat warga Malaysia!

hapuskan puak zalim dan kejam umno ini, demi kejayaan Negara Malaysia!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Apache3, July 14, 2009 04:33:13
Rais Yatim sudah tidak waras lagi pikiran dia.
Kan MM dah kata dan ini adalah salah satu dari Melayu dalam golongan itu.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by arazak, July 14, 2009 08:24:42
TG Nik Aziz summed up about this issue as; “Dia kata kawasan bertindih, tapi dia makan sorang. Mana boleh, barang orang lain punya tapi dia ambil makan seorang”.

The meaning, more or less are as follows; “the UMNO regime said that it is an overlapping area (Kelantan and Federal government offshore area), but when it comes to reap the wealth, they (the Federal government) took it all for themselves. This is not fair, the wealth belongs to us but they took it all for themselves”.

Well, Tok Guru, that was typical UMNO regime. . . , they will take anything belonging to the rakyaat that are not theirs, and lined their own pockets with it. . ., “dulu, kini, dan selamanya”!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Rozlan, July 14, 2009 09:09:22
Isu royalti minyak ini merupakan isu paling efektif untuk meraih undi di Manek Urai.PAS mengambil langkah bijak menggunkan isu ini tepat pada masanya
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM