A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow ISA: BN tidak wajar dimaafkan, mangsa dianiaya dan dizalimi

ISA: BN tidak wajar dimaafkan, mangsa dianiaya dan dizalimi PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 11 July 2009 17:12

(Hrkh) - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) di negara ini tidak boleh dimaafkan.

"Ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri,"tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu apabila bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.

Semalam Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah 'binatang'.

"Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu,"bidas Nik Aziz.

Beliau berkata demikian bagi menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau 'menate' dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini.

Nik Adli Nik Aziz salah satu anak beliau turut menjadi mangsa tahanan ISA dituduh terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia pada 4 Ogos 2001 kemudian dibebaskan pada 18 Oktober 2006.

Mohamad Sabu yang turut mengulas mengenai akta zalim itu turut sama bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am itu dan menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.

Katanya, akta seperti ISA tidak perlu lagi dipertahankan kerana ternyata ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri.

Tegasnya yang juga pernah ditahan dibawah akta itu semasa Ops Lalang, kerajaan yang mementingkan kedudukan mereka sahaja sanggup mengggunakan akta ini.

Justeru, beliau yang tidak berganjak dari pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan meminta seluruh rakyat negara ini turun beramai-ramai pada 1 Ogos nanti untuk menyatakan bantahan terhadap kezaliman kerajaan BN.

Beliau yang akan berada di lokasi Masjid Negara pada hari tersebut, percaya himpunan itu akan berlangsung secara aman jika tidak ada sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Yang dipertua PAS Kawasan Batu Ishak Surin yang pernah ditahan ISA pada 1965 turut merasai kepahitan ditahan dalam tempoh 60 hari.

Beliau berkata, mereka yang tidak merasai keseksaan ditahan dibawah akta itu boleh bermacam-macam mengandaikan akta itu ada baiknya.

Tetapi, kata beliau hanya mereka yang mengetahui dan mengalami sendiri pengalaman dizalimi akan tetap menyatakan akta itu harus dimansuhkan.

Beliau menyeru semua bekas tahanan ISA, keluarga tahanan dan orang ramai bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti.

"Kita tunjukkan satu perpaduan menentang kezaliman ISA pada hari itu, dan tuntut agar akta itu dihapuskan," katanya semasa dihubungi.

Comments (9)Add Comment
...
written by SamSan, July 11, 2009 18:11:35
Nasib baik tiada Akta ISA pada masa Nabi muhammad(saw) di Mesir dulu. Jika akta ini yang merupakan unsur jahat dan dikeji wujud pada masa Nabi dulu, memang sudah pasti Nabi Muhammad(saw) telah menjadi mangsa akta ini yang tidak berperikemanusiaan dan berunsur menate saperti yang dihuraikan oleh Tok Guru Nik Aziz yang mulia dan suci. ISLAM memang memandang AKTA ini sebagai unsur syaitan yang perlu di hapuskan dari muka bumi.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by onnetline, July 11, 2009 19:08:51
ISA hanya untuk kegunaan ahli ahli ' haram dan pengecut ' dari UMNO aje !
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Pakyeh, July 11, 2009 19:58:07
Saya setuju dengan Nik Aziz. Mereka yang menguna ISA itu memang menate/binatang jenis babi.Tidak ,mereka lebeh dashat daripada babi,sebab babi pun tidak anaiya/zalimi sesama babi.
Maaf UMNO/BN. Sudah sampai masa awak mansohkan ISA jika tidak mahu di panggil menate babi.
Mari kita Revolusi!!!

http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Rozlan, July 11, 2009 20:51:31
Saya difahamkan masih ada 15 orang lagi dlam ISA.Mereka kononnya adalah anggota JI.Pihak berkuasa tidak dapat membuktikan sebarang salah laku mereka.Kesalahan mereka cuma pernah pergi berjuang ke Afghanistan semasa penaklukan USSR dulu.Bila mereka balik mereka terus menjalankan kehidupan harian mereka tanpa sebarna penglibatan dalam aktiviti yan gidkategorikan oleh USA sebagai keganasan.

Malaysia telah menangkap mereka untuk mengambil hati USA.Mereka memangn benar benar dianiaya oleh Kerajaan Malaysia..
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by johanssm, July 11, 2009 21:33:14
Makna nya negara Malaysia bukan lah negara Islam.
Dan umat Islam serta pemimpin Islam di Malaysia kebanyakan nya munafik.
Ini termasuk semua sultan-sultan dan raja-raja yang di jadikan penjaga ugama Islam.
Entah apa benda yang di jaga. Mungkin chuma jaga kereta mewah , bini-bini, dan istana besar-besar mereka sendiri sahaja.

Akta ISA yang begitu bertentangan dengan agama Islam bolih di guna pakai olih orang Islam? Dan bolih di luluskan olih orang Islam?Yang najis tetap najis.
Ini chuma setakat ISA. Belom soal hal-hal NEP .belom soal hal-hal ketuanan lagi.

Macham mana umat Islam bolih kembangkan agama ini kalau di negara sendiri semuanya haram dan keroh di jadikan sebagai halal.
Umat islam harus tanya , jangan tak soal dan terus diam diri.
Jangan di main-main kan olih ahli politik .


report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Rock, July 11, 2009 22:30:39
Benarkah ISA unislamic? Ketika saya di dalam tahanan ISA di KEMTA, Dato Harussani pernah dijemput hadir untuk memberi ceramah. Ada diantara kami menyoal beliau tentang kedudukan ISA di dalam islam. Beliau berpendapat di dalam beberapa keadaan ISA mempunyai asas keharusan kerana keberadaannya boleh mencegah mudharat yang lebih besar. Oleh itu kami berfahaman, mungkin mengikut kaedah muqasid fiqh ia di haruskan. Bermula dari fatwa beliau itu saya tidak berani menyatakan isa bercanggah dengan islam. Tapi saya melihat bahawa akta ini banyak mengundang penyalahgunaan kuasa yang mendorong kezaliman. Kita harus pulang ke wacana kerangka ilmu yang jitu dan baku (meminjam kata-kata ustaz Uthman el-Muhammady) bila kita ingin mempersoalkan ketidaksesuaian akta ini di dalam iklim politik yang agak mencelaru sekarang. Ku panjatkan salam kepada bekas-bekas penghuni T3 termasuk Nik Adli yang amat aku sanyangi.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Rozlan, July 11, 2009 23:16:08
Dah tu mengapa dia tak dtg berdebat dgn GMI pasal ISA ni?
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Rozlan, July 11, 2009 23:31:32
Selain daripada itu saya difahamkan Mas Selamat yang baru dISAkan di Malaysia melarikan diri dari Singapura disebabkan ISA di Singapura lebih dahsyat dari Malaysia.Sesiapa yang kena ISA disana akan disuntik dadah sepanjang penahanan.Biasanya jika lepas pun akhirnya mangsa berkenaan akan hilang akal disebabkan dadah berkenaan,Apakah jenis dah tu? Saya kurang pasti.Mungkin tranquilizer agaknya
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by axppin, July 12, 2009 19:27:00
Kalau macam tu PAPa pun tak boleh dimaafkan jugak lah. Diorang pun pakai ISA jugak kan?

report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM