A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Saya sedih - Dr. Mahathir

Saya sedih - Dr. Mahathir PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 09 July 2009 14:06

(Utusan Malaysia) - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.

''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.

''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.

Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.

Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.

Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.

Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.

''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.

''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.

Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.

''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.

Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.

''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya.

Comments (19)Add Comment
...
written by Trueandfair, July 09, 2009 14:24:39
Kenapa sedih Tun? Siapakah yang menjahanamkan sekolah-sekolah Malaysia pada tahun 1975 selaku Menteri Pelajaran, dengan polisi "BM ultranya" untuk memansuhkan semua sekolah-sekolah Inggeris dan mengurangkan kepentingan pengajaran Bahasa Inggeris? Lagipun, selaku Perdana Menteri selama 22 tahun, adakah Tun buta kepada kemerosotan prestasi pendidikan negara? Kenapa Tun hanya membuat keputusan PPMSI hanya sebulan dua sebelum berundur - bukankah PPSMI ini jerat politik untuk Pak Lah? Pak Lah bernasib baik kerana terlalu enak tidur dalam kerja sehingga terlepas jerat anda !! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 6
agree 36
...
written by onnetline, July 09, 2009 14:32:04
This lembu, MOOhyidddin knows nuts !

Shameless racist and corrupted imbecile !
report abuse
disagree 4
agree 21
...
written by Braino, July 09, 2009 14:37:47
While everybody is moving forward...we choose to move backward....inspired by moon-walking of MJ?

Bravo to "jaguh kampung"!....Malaysia boleh!
report abuse
disagree 1
agree 28
...
written by CitizenBodohland, July 09, 2009 14:52:22
Money does not have language.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by educationist, July 09, 2009 15:13:08
Yes, I feel sad too.
I thought the government will dare bite the bullet and soldier on, at least from secondary school.
Well, life will go on, as it must.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by wongnoball, July 09, 2009 15:32:12
Shhh...jangan terlalu sedih...matlamat Melayu UMNO terus tak guna sudah tercapai....inilah Destinasi hayat awak yang tak tahu nilai Maruah. Teruskan identity bodek ketua UMNO-BN demi bagi awak duit kopi makan buat huru hara...mat rempit. Inilah hikayat awak...Padan muka...Kaum yang lain yang tahu apa yang penting akan terus maju... semua Allah yang bagi!! Terima Kasih UMNO!!...Best news for Malaysian....Lets make the RICH divide BIGGER!! smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Wisdom above, July 09, 2009 15:48:12
Just revert back to the English Medium school and Malay Medium school of the 1960s ?
Study in English Medium Schools for those who wish to excel in English .
Study in Malay Medium Schools for those who wish to excel in Malay.
We have a win - win situation.
These problems can be solved only through these ways ,OK !
report abuse
disagree 2
agree 32
...
written by Old Man, July 09, 2009 17:02:36
Dr M, saya sedih juga!
There're going to be increasing numbers of Mat Rempits, Ah Longs, Drug Addicts, Prostitutes roaming the streets... Even doubling the Police Force might not be of much use. Just take Chow Kit area as an eye opener.
With your accumulated wealth for your children, grandchildren and great-grandchildren, not everyone of them will feel comfortable with bodyguards escorting them round the clock...
Looks like Hell is going to break free when there's no more food on the table! It's not IF but WHEN? smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif
report abuse
disagree 3
agree 5
...
written by mountainking, July 09, 2009 17:12:30
i am very sad because there are many more malays will be falling behind. maybe they can't even become jaguh kampung.

they are killing the malays in knowledge and not helping them to be better.
report abuse
disagree 3
agree 7
...
written by mikewang, July 09, 2009 17:17:55
Go to TDM's blog to participate in a poll run by him.

http://chedet.co.cc/chedetblog...-scie.html

Right now it is 73% against and 27% for the decision to teach Science and Maths in BM.

TDM said it seemed like the government was not listening to the people.
He said he would try to convey the poll result to the government.
report abuse
disagree 2
agree 4
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by durianmangko, July 09, 2009 19:01:54
seorang sahabat teman beritahu, pada tahun 1964 dia masuk darjah satu, di salah sebuah kampung, dari darjah 1 hingga darjah 6, jumlah muridnya cuma 120 orang, guru yg mengajar bahasa inggeris ketika itu cuma seorang saja, cikgu tu le yg mengajar dari darjah 1 hingga darjah 6,
la ni setelah 46 tahun berlalu ada berlambak sekolah bersaiz itu mempunyai seorang guru bahasa inggeris yg mengajar dari darjah satu hingga darjah enam....

cakap senang le mahathir ooiii, mike jadi piem hampir suku abab yg nampak cuma putra jaya, klcc, litar f1, klia, limpahan pendatang haram, anak melayu jadi mat rempit, berlambaknya kes ragut, bunuh, rogol, rompak, pecah rumah, pusat serenti kian sendat,
ppsmi yg mike pikio, murid2 jadi setan mike tutup sebelah mata, murtad, tanpa jati diri, sivic minded yg kian punah, tak ada hala tuju,
kalau nak cerita satu buku pun tak habis
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by miwaki, July 09, 2009 19:39:35
Hello mamad kutty,kalau tak salah saya,engkau-lah yang menukar bahasa English dalam semua pelajaran kepada Bahasa melayu pada tahun 70s.Sekarang kamu pula cakap Math dengan Science perlu di ajar dalam Bahasa English.Hang ni dah nyanyok-kah ?

Hang yang mulakan semua masalah ini,jika hang tidak dilahir di malaysia,kami semua boleh cakap bahasa English dengan fasik.Kerana hang puya pasai,kami hanya tau cakap "you say,I say and he say" Celaka betul mamad Kutty ni !
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by gorshan, July 09, 2009 20:10:38
okay,Malay student go back to learning Science and Mathematics in BM,Chinese student go back to their Mandarin and Tamil students go back to learning in Tamil language.

itu bhai anak mana mahu pergi belajar Science dan Mathematic? smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Vincent, July 09, 2009 21:34:49
Kesiaan budak budak sekolah. Main main saja gomen ini.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by imanj, July 10, 2009 01:10:07
TUN,dulu lain,sekarang lain. Guru-guru semasa kerajaan menukarkan pembelajaran daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia,walaupun tidak fasih didalam Bahasa Malaysia,masih ada kebolehan untuk menghadapi cabarannya.

Tak perlu sedih,ini adalah kesilapan kerajaan dan kerajaan Tun sendiri.Minta maaf Tun,Malaysai ini untuk semua Rakyat dalam segala isu,atau Malaysia hanya untuk semua Rakyat semasa pilihanraya untuk BN menang???

This Govenment shows absolute negligence in their administration where it concerns the one thing children across the Nation can call their own before reaching adolesence and that is their right to decent proper education where their goals can be achieved without intimidation,whims and fancies of policy makers,political ploys and the need to discriminate by showing preference to just one selected race.SCHOOL OUGHT TO BE PART OF A CHILD's POSITIVE DEVELOPMENT,A PLAYGROUND OF FUN AND THE JOY OF LEARNING..AND NO CHILD SHOULD BE SUBJECTED TO SUCH MENTAL ABUSE IN THEIR EARLY AGE..!!

And you my dear Tun was apart of the many flaws in our Education System,I'm sorry as I'm not subjected my daughter who starts school 2012 to any of this..I reserve the right to keep her at home...I know how mental the teachers can get..Thanks but no thanks..

report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by imanj, July 10, 2009 01:16:48
error in last paragraph...

And you my dear Tun was apart of the many flaws in our Education System,I'm sorry as I'm not subjecting my daughter who starts school in 2012 to any of this..I reserve the right to keep her at home..I know how mental the teachers can get.Thanks,but no thanks..Also don't have the finances like many rich people to send to International School...

report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by born2reign, July 10, 2009 10:12:09
Why is education headed by politicians? Education should be headed by educators who are in talks with govt and commercial parties.

Then again, this is just another UiTM thing, to produce students useless for the commercial sector. Tell me who is employing UiTM students nowadays? No value at all!!!

But as a business person, I'm very happy because this is another business opportunity for education. In economics, politics do not rule. Demand and supply is the secret. And a good English centre will be well rewarded too. So again this policy will ensure that the Chinese and Indian middle class families will be spending a huge chunk of their fat income for education.

But the gap from the poor families of all races will widen, due to language barrier and lack of opportunities from private sector.

Hence we all know that BN must keep the poor and orang asli as stupid and as ignorant than ever...this is to ensure BN will win the next election.

Yes, this is the result of education being run by politicians.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by AlwaysFair, July 11, 2009 02:19:05
I agree with Dr. M on this issue because most information and knowledge are accessible via websites in English and weakness in it would impede a student's progress when he wants to acquire more knowledge.

It just goes to show the govt don't give a damn about the future of the children when they bow to some parties most probably due to political reasons.
It doesn't affect them because they will be sending their children overseas anyway.
report abuse
disagree 1
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM