A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Sultan Selangor: Jangan anggap institusi raja sekadar lambang istiadat

Sultan Selangor: Jangan anggap institusi raja sekadar lambang istiadat PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 09 July 2009 14:02

(Bernama) - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak terutamanya wakil rakyat di negeri itu supaya mengikis tanggapan bahawa institusi raja di negara ini sekadar lambang istiadat dan upacara rasmi semata-mata.

Baginda bertitah anggapan itu perlu diperbetulkan segera kerana institusi itu sebenarnya mempunyai kuasa serta peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan, kebesaran dan kemuliaan raja-raja.

Malah, baginda turut menyatakan peranan itu merangkumi tanggungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

"Beta pada hari yang bersejarah ini mengingatkan ahli Yang Berhormat (wakil rakyat) bahawa Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan berparlimen sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Malah, sistem ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Asas kepada peruntukan penting ini (Perlembagaan) adalah hasil daripada pemuafakatan yang dicapai antara tiga kaum terbesar negara ini iaitu Melayu, Cina dan India atas perkenan raja-raja Melayu dan persetujuan kerajaan British.

"Maka dengan itu anggapan sesetengah pihak bahawa raja adalah sekadar lambang kebesaran dan hanya berperanan dalam upacara rasmi sahaja adalah satu tafsiran yang salah dan perlu dikikis serta diperbetulkan dengan segera," titah baginda pada Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan 50 Tahun Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta 56 anggota dewan itu.

Sultan Selangor berkenan menyampaikan titah ucapan pertamanya pada majlis ini selepas selamat menjalani pembedahan jantung (Mitral Valve Repair) di Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California pada 2 Mei lepas.

Sultan Sharafuddin turut menegur sikap sesetengah wakil rakyat sejak kebelakangan ini yang memperlihatkan sikap kurang sopan dan tidak beradab kepada institusi raja serta kemuliaan Dewan Negeri Selangor.

Comments (12)Add Comment
...
written by onnetline, July 09, 2009 14:54:00

True enough, the monarchy should not be taken lightly.
And it's also common sense to know that ' respect ' needs to be earned right and proper ............ unlike certain royalties !
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by veseti, July 09, 2009 15:28:06
saya setia kepada mereka yang lihat saya sebagai bumiputra kerana lahir di sini. so apa pandangan beta? ingat cakap sekali sudah cukup tuanku. Dan jikalau tidak, hamba mahu minta sebab baginda tidak bersetuju.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by joeawk, July 09, 2009 15:52:25
The people do not take the monarch lightly but I am afraid the monarch takes the people for granted. Until and unless the monarchy has the interest of the people at heart, who needs the monarchy.

Talk is cheap, we expect the Monarchy to walk their talk. Having said that, does the monarchy live up to our expectation?

report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Concerned Malaysian, July 09, 2009 16:30:31
I agree with your call that the rakyat should not take the monarchy lightly as ceremonial platforms and likewise don't take us lightly too.You close your eyes on certain matters but widely open on some. When Khir Toyol was rapping the rakyat in Selangor what were you doing? When Perak was raped of democracy what were the monach doing? Tertidur or terlena? So Sultan do your part and respect will come naturally...by the way have your heard on the incident by the Kelantan Royalty?
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by rams609, July 09, 2009 17:09:30
At one point they didn't even have money to water the lawn at Buckingham. See how much money they can save?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by mountainking, July 09, 2009 17:09:39
dia ada earn respect atau tidak? don't threaten us lah, adik.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Urangsabah, July 09, 2009 18:06:22
I use to think UMNO does not respect the rulers.....[url= "kami]http://www.malaysiakini.com/news/80405]"kami nak Idris, natang".
, I guess I am wrong.........UMNO "Natang" must be a good word to the Rulers

report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Bruce_Lee, July 09, 2009 18:08:10
Republic Of Malaysia. [RM]
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Sudahlah tu, July 09, 2009 19:32:34
sistem kerabat yang semakin tamak dan malas .....
sistem istana yang berzalim dan tamak kerajaan ....
kurniaan Allah tidak pernah dihargai dan dimuliakan demi namaNYA ...
rakyat menderita dan dipinggirkan ...... tanpa berperikemanusiaan ...
kami dianggap 'pendatang' dan didera oleh anjing umno ...
semua ini berlaku ..... siapa yang tamak diri dan membenarkan kekayaan harta haram menjadi pujaan kehidupan setiap hari ...
siapa yang membenarkan bumi Allah ini 'diperkosakan' dan umat Allah dilenyapkan atas nama pembangunan .... ketuanan konon .....
tamak ... itu sahaja ...
tidak menghormati Allah dengan hati yang suci ....
tipu umat Allah tanpa berucap dan takut akan Allah ..
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by lampard, July 09, 2009 19:54:35
Balik lah!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Pakyeh, July 11, 2009 07:56:36
Hakikatnya ia lah Institusi Raja2 memang lambang istiadat apabila democracy di guna sebagai cara pemerintahan. Waima Raja2 boleh mengubahnya sedikit jika mereka boleh veto sesuatu keputusan yang tidak baik oleh Perdana Menterinya. Tetapi yang jelas Raja2 mengukut sahaja apa yang UMNO/BN dan Perdana Menteri putuskan. Kami rakyat menungu dan megalu2kan Raja yang "bukan boneka UMNO/BN" untok menghapuskan korupsi oleh UMNO/BN.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Pakyeh, July 11, 2009 08:01:07
Hakikatnya Raja2 tidak membela rakyat,apabila UMNO/BN merompak duit rakyat hingga duit Malasia jatuh nilai 240% berbanding dengan duit Singapore dan Brunei.

Baca lagi "Kafirnomics Vs Islamnomics" dan "Revolusi pt1&2" di..

http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM