A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Special Reports arrow Penjelasan isu babi dan bantahan DAP

Penjelasan isu babi dan bantahan DAP PDF Print
Posted by admin   
Monday, 06 July 2009 14:43

Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.

Zulkifli Yahaya, Harakah

TIBA-TIBA DAP negeri Kedah mengisytiharkan keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat negeri ini hanya kerana isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah ekoran, apa yang disifatkan mereka, kegagalan kerajaan negeri menangani isu tersebut sehingga dilihat seolah-olah kepentingan semua kaum tidak diambil kira.

Bagaimanapun pengumuman keputusan tersebut lebih kepada gimik politik kerana semua tahu bahawa isu besar parti seperti soal kerjasama, penggabungan atau perpisahan antara parti adalah ditentukan oleh Pusat, bukan negeri.

Tidak boleh dipersalah

Secara jujur, Thomas dan rakan-rakan tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menangani isu tersebut di episod-episod terakhir drama pusat penyembelihan babi ini serta tertekan dengan provokasi Gerakan yang ghairah memperjuangkan isu perkauman.

Selepas mendapat penjelasan yang betul nanti dan sedar bahawa isu tersebut sebenarnya tidak mengubah persepsi kaum Cina secara besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat, maka mereka akan kembali.

Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.

Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.

Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Bau sangat busuk

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.

Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.

Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.

Jika DAP memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!

Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.

Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.

Berbeza dengan ahli majlis zaman BN dulu yang hadir mesyuarat hanya untuk mengangguk macam Pokka.

Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor diambilkira. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tidak kira dari PAS atau Umno, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya.

Bukan isu perkauman

Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.

Gerakan adalah parti komponen BN yang bijak memutarbelitkan isu dan melakukan provokasi perkauman di kalangan orang Cina sehingga beberapa pemimpin bukan Melayu Pakatan Rakyat turut terpengaruh.

ADUN DAP Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.

Dalam pada itu, Umno bermain 'perang saraf' di kalangan orang Melayu, "Tengok kerajaan PAS kalau nak roboh rumah orang Melayu di Kampung Tok Bidan tak ada tanguh-tanguh, kalau nak roboh kandang babi boleh tangguh pulak."

Di kalangan orang Cina pula Gerakan memukul canang, "Mana slogan PAS untuk semua, hak bukan Islam dinafikan."

Lidah yang keluar dari mulut BN bercabang-cabang. Elok benar kalau kepala Umno dan Gerakan dipegang dan dilagakan antara satu sama lain.

Hero masyarakat Cina

Akhirnya pada 1 Julai 2009, pusat penyembelihan tersebut dirobohkan. Gerakan dan DAP menyatakan bantahan terbuka, tetapi hakikatnya DAP ketika ini yang kelihatan menjadi hero di kalangan masyarakat Cina.

Oleh kerana isu ini terlanjur telah menjadi isu politik di kalangan parti-parti bukan Melayu, yang jika dibiarkan berlarutan akan mempengaruhi segolongan masyarakat bukan Melayu yang tidak memahami isu sebenar, maka ada baiknya kerajaan negeri membantu menyegerakan pembinaan pusat penyembelihan baru yang mematuhi peraturan. Maka isu tersebut akan selesai dengan baik.

 

Comments (9)Add Comment
...
written by asguard, July 06, 2009 15:45:07
For every issue there must be some compromise and understanding if Pakatan were to succeed in bringing changes...
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Wisdom above, July 06, 2009 15:48:23
Poor Arbitrators, totally no diplomacy employed by all parties.

Let's Fast and Pray for Wisdom, Revelation, Peace and Tranquility to prevail.
report abuse
disagree 1
agree 7
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by shamadz72, July 06, 2009 21:16:29
Ah Seng,

Get your fact right. One of the proposed site is in Kampung CINA Pendang. Which the orang kampung over there vehemently opposed to it too. So if the Chinese also don't want an abattoir in their backyard, why blame other races?
report abuse
disagree 3
agree 23
...
written by ibnuwalid, July 06, 2009 21:29:08
Come on lah dap.., dont talk about overtaking a govt la if u cannot tolerate with PR in this very simple pig thing... go work with pig la...
report abuse
disagree 3
agree 20
...
written by tenang, July 07, 2009 00:49:37
DAP,

Clean up your act. I think many, including Chinese-Malaysians, hate to see that you are totally absorbed into pig issue while not able to addressing more pressing issues. You better find way to re-allocate the farm, and get it done at the background. If you want to complain and maintain some heroic stand out of political necessity, do it with proportation -- not by leaving the PR at Kedah state level. After all, there are many Chinese educated enough to see the pig issue not as race issue. For those not capable of seeing this as non-race issue, your nominal complains is more than enough.

report abuse
disagree 2
agree 9
...
written by johanssm, July 07, 2009 01:26:28
Such a small issue and blown into a big issue.
Get alternative sites which is far from residential area and get it done.
I dont see any reason why DAP must be adamant and stand up for the rights of illegal pig farms.

report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by honeylemon, July 07, 2009 03:10:15
The PAP brothers (er.. comrades) are more sensical. They have no pig farm/abbatoirs in Singapore.

DAP is really full of chinese racist pigsty politician. Even Teresa Pork came out with filthy comment on this illegal abbatoir issue, reflecting her racist core.
report abuse
disagree 1
agree 7

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM