A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Hishammuddin beri ADUN DAP Skudai amaran

Hishammuddin beri ADUN DAP Skudai amaran PDF Print
Posted by admin   
Monday, 06 July 2009 01:20

Jangan ulangi kenyataan samakan dasar bumiputera dengan aparteid

Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Skudai, Dr. Boo Cheng Hau yang sekali lagi menyamakan konsep bumiputera dengan dasar aparteid Afrika Selatan.

Boo yang juga Ketua Pembangkang di DUN Johor didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina dan disiarkan akhbar bahasa Mandarin Selasa lalu.

Dakwaan tersebut bukan kali pertama keluar daripada mulut Boo kerana pada 26 Februari lalu wakil rakyat itu yang juga Pengerusi DAP Johor pernah mengeluarkan kenyataan sama dengan mendakwa konsep bumiputera menyamai ideologi aparteid.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemeteriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap Boo jika kenyataan beliau itu mengandungi unsur hasutan.

"Saya sedang kaji secara serius isu ini. Ini kali kedua dia buat macam tu.

"Saya minta dia berhenti kerana mengatakan sesuatu yang boleh memecahbelahkan rakyat di sidang Dewan Undangan Negeri merupakan perkara yang saya tidak akan kompromi.

"Itu merupakan kenyataan yang cukup jahat niat dan matlamatnya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata:

"Dia (Cheng Hau) tidak boleh sembunyi di belakang DUN untuk membuat kenyataan-kenyataan seperti itu."

"Saya sendiri pun tidak boleh meletakkan diri melebihi undang-undang sedia ada. Apatah lagi dia yang menimbulkan isu sensitif khususnya kepada rakyat di Johor," katanya.

Ditanya adakah ADUN DAP itu akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata: "Banyak lagi undang-undang lain yang boleh digunakan selain ISA."

Comments (11)Add Comment
...
written by StevenO, July 06, 2009 01:53:35
Hello Pondan Minister,

I you are brave enough shouting Ketuanan Melayu till foaming at the mouth then you should be brave enough to admit that UMNO practice Apartheid.
report abuse
disagree 1
agree 38
...
written by educationist, July 06, 2009 02:44:13
Wonder if ADUN Scudai will take up this ketuanan melayu advocate's challenge.
Not likely.
And I don't blame him - the ISA can be used anytime.
No , we don't have an official whites only policy.
But take the example of the MOE and MOHE- how many non bumiputeras are state education directors, deputies, vice chancellors? The Mara Junior colleges?
Until the JPA scholarships were liberalised by the ex-dictator in 2000, how many non-bumis were given scholarships and this does not take into consideration the scholarships given exclusively by MARA.
Yes, in absolute terms we are not that pariah a state as when apartheid reign supreme in South Africa but I do wonder - how different?
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by GoMalaysian.********.Com, July 06, 2009 08:22:10
Do they feel scare about the statement?

why they feel scare?
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by JC Tan, July 06, 2009 08:59:58
That is the man I voted for on 2008, Dr Boo Cheng Hau. I am proud of my vote.

In South Africa, at least the whites were "man" enough to practise racism and admit it, unlike those half-baked wannabes here.
report abuse
disagree 1
agree 19
...
written by Trueandfair, July 06, 2009 09:46:12
Hisham selaku Menteri Polis mestilah gertak sedikit dan sekali sekala. Kalau tidak, orang ingat dia tak buat kerja, dahlah orang tak percaya kepada polis, habis kalau tak bising, orang ingat dia dah tidur - hancuslah KPI dia !!! kah, kah, kah, kah ... Hisham, buat bising macam anjing menyalak tak apa, jangan gigit cukup tau !!!! Jangan ISA tak tentu arah macam Syed Hamid Albar, kena buang kerja jadi menteri, pergi jadi Pengerusi Petronas - hmmmm ... best jugak, kalau macam tu kena pecat smilies/grin.gif mungkin dapat jadi Pengerusi Bank Negara - JACKPOT !!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by hellboykl, July 06, 2009 18:38:23
Kerismuddin,

What the doctor said is the truth what?
Proof to us Malaysians that his statement was wrong!
UMNOputra policies have got to go!
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by cheekhiaw, July 06, 2009 22:36:46
Ya, DAP jangan samakan dasar DEB dengan apartheid. Nanti UMNO main pisau...

xxx
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by SiHangChai, July 07, 2009 06:52:27
Jangan berlagak, Hishamuddin. U pun sama tetapi lebih teruk, guna darah orang China dah nak tikam dengan keris
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Kang Mas, July 07, 2009 08:32:42
Krismuddin tu kena cermin diri sikit. Ada pemimpin Ameno P. Pinang kata 'kaum Cina' tu pendatang haram. Kenapa Krismudin tak bersuara bahawa 'kata-kata pemimpin Ameno tu memedihkan dan berbaur hasutan'. Memecahbelahkan raayat maka pemimpin Ameno tu dah sahih patut diISAkan.

Krismudin penghunus keris adalah pemecahbelah kaum di Malaysia yang sebenar. Pembesar MeLAYU Ameno 'talam dua muka'.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Heaven8402, July 08, 2009 13:51:57
"Saya sendiri pun tidak boleh meletakkan diri melebihi undang-undang sedia ada. Apatah lagi dia yang menimbulkan isu sensitif khususnya kepada rakyat di Johor," katanya.
--------------
Mat ni buat lawak bodoh kot?!!! Mana keris nya????
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by joeawk, July 08, 2009 16:28:45
UNTIL AND UNLESS THE CIVIL SERVICE IS deUMNOised, UNTIL AND UNLESS THEY STOP MANIPULATING AND DISCRIMINATING AGAINST THE NON MALAYS, HE SHOULD JUST ACCEPT THAT APARTHEID IS PRACTICE BY THE UMNO GOVERNMENT, HOWEVER MUCH THE STIGMA MAY BE ATTACH TO THE WORD.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM