A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Berhubung Tuduhan Bank Malaysia Terbabit di Dalam Transaksi Penjualan Senjata Oleh Korea Utara

Berhubung Tuduhan Bank Malaysia Terbabit di Dalam Transaksi Penjualan Senjata Oleh Korea Utara PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 05 July 2009 14:40

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkembangan mutkahir di Laut Timur. Korea Utara telah pun melancarkan 7 peluru berpandunya ke arah bahagian pantai timur negaranya.

Tindakan ini jelas menyalahi resolusi 1874 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha mengendurkan ketegangan di rantau itu. Komuniti antarabangsa melahirkan rasa kesal dan mengecam keras pelancaran peluru berpandu tersebut.

Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 itu mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya. Makanya amatlah penting resolusi ini dipatuhi dengan kerjasama komuniti antarabangsa demi mewujudkan keamanan berkekalan, bukan sahaja di rantau Timur Jauh, bahkan juga di seluruh Asia.

Oleh itu adalah mengejutkan apabila beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut. Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit (Korea Herald dan Korea Times), kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara.

Keadilan menekankan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mestilah bersikap telus serta bertanggungjawab, terutamanya apabila menangani isu sebegini. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih bertarikh 26 Jun 2009 menyatakan antara butir penting perbualan Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib ialah memastikan perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia tersebut kepada media dan rakyat Malaysia berhubung perbualan telefon beliau dengan Presiden Amerika Syarikat itu.

Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.

SALEHUDDIN HASHIM
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

Comments (7)Add Comment
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by MAMR, July 05, 2009 16:41:47
Saya tidak akan TERPERANJAT Kalau Najib kata Obama nak belajar dengan nya bagaimana untuk Amerika keluar dari kemelut kewangan yang sedang di hadapinya. Kan kah Najib Graduate bahagian ekonomi. Lagi pun siapa yang punya kuasa untuk periksa akan KETEPATAN apa yang dia beritahu. Pada pendapat saya 75% yang dia beritahu Najib mesti sesuatu yang kena mengena Kerajaan UMNO/BN punya angkara yang tak betul, cuma lagi 25% mungkin dia puji puji sikit, kankah Obama ni SMART bukan macam kebanyakan pemimpin UMNO/BN banyak yang jaga perut dan rasuah serta terlibat dengan skandal.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by *********, July 05, 2009 18:57:59
Phillip Goldberg akan mengetuai satu rombongan khas bertujuan untuk memastikan kegiatan haram Malaysia yang melanggari Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009...More http://*********.********.com/...html#links
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by bodohland_citizen, July 05, 2009 19:31:22
Malaysia being dragged into too many scandals, way too many that we are championing the agenda of maids abuse, as a drug trafficking transit, corrupt politicians and government servants, failed human rights liberation and many more. We are not without any accusations lately...Proof that BN is indeed incapable of good governance.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by sandokan, July 05, 2009 22:21:22
If that's true, Hishapuddin please resign!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by cheekhiaw, July 05, 2009 23:52:26
USA kata Malaysia babit jualan senjata, Hishamuddin kata HINDRAF babit LTTE.

Kedua2 nya pembohong...

xxx
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by SiHangChai, July 06, 2009 18:26:51
sekarang Najib tak payah pakai si Razak Baginda nak beli peluru pandu. Made in North Korea ada.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM