A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow From Around The Blogs arrow Pemuda UMNO melarang aktiviti pendaftaran pengundi, perbalahan tercetus

Pemuda UMNO melarang aktiviti pendaftaran pengundi, perbalahan tercetus PDF Print
Posted by admin   
Friday, 03 July 2009 17:58

Pendaftaran pengundi cetuskan perbalahan, 3 orang cendera termasuk dua orang ADUN

By Lee Wee Tak

Laporan di akhbar Sin Chew Jit Poh yang berkenaan

Ulasan foto

1. Pihak yang dipercayai daripada Pemuda UMNO ingin merampas meja dan mencetuskan perbalahan. Seorang pemuda berbaju hitam memukul meja dengan baton pengawal (nota penterjemah: mengapa polis tidak tangkap budak yang berbaju hitam ini? Mungkin terdapat berbezaan antara undang-undang di Perak dan Melaka)

2. Seorang pemuda diheret dan dipukul (rujukan lakaran garis merah) namun nasib baik seorang polis (berbaju jingga) sempat memberhentikan pengacau daripada terus membelasahnya.

Melaka 2 Julai: DAP Melaka menjalankan kerja pendaftaran di pasar malam dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan Pemuda UMNO sehingga mengakibatkan kekacauan dan perbalahan. Seorang pemerhati pun kena serang beramai-ramai dan dua orang ADUN DAP pula mengalami cedera ringan.

Perkara ini berlaku kira-kira pada pukul 8:45pm di Pasar Malam Melaka Baru. Ketika itu DAP sedang mengadakan aktiviti mendaftarkan pengundi dan Pemuda UMNO anggap ini sebagai mempolitikkan pasar malam dan membuat bantahan.

Salah seorang Ketua Pemuda UMNO yang hadir di situ adalah Naib Ketua Bukit Kadi Encik Mohd Jalani (ejaan mungkin tidak tepat kerana diterjemah daripada perkataan Cina) yang memarahkan pemimpin-peminpin DAP dan PAS di situ dan mengeluarkan kata akhir bahawa mereka mesti nyah daripada kawasan tersebut dalam masa lima minit, jika tidak beliau akan menyuruh pekerja majlis perbandaran merampas meja kerusi itu.

READ MORE HERE: http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/

Comments (11)Add Comment
...
written by lunas oh lunaih, July 03, 2009 18:30:31
Pemuda UMNO sedar jika ramai pengundi BARU= umno akan kalah teruk PRU13 nanti.PAKATAN RAKYAT masih bodoh.tidak mengerakkan kempen mendaftar secara besar-besar dan TERANCANG supaya anak2 muda berminat mendaftar. Dah tahu org muda meluat BN tapi tak de pun nak ajak mereka mendaftar.Buat la kempen secara PRO. Itu pun nak kena bagitau ka?
report abuse
disagree 0
agree 37
...
written by mypanida, July 03, 2009 18:41:36
umNO sudah takut dengan politik !!!

Sejarah terkini dari Malaysia, umNO yang sering mempolitik kan segala-gala nya pun dah mula nampak hantu !!! Rakyat sudah sedar bahwa umNO sebenar nya ialah hantu yang membawa segala kesialan yang menimpa Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by Hipobi, July 03, 2009 19:20:46
Dahulu, Kini dan Selaman-lamanya.

My ass...... nothing is forever, even Mankind
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by mikewang, July 03, 2009 19:29:02
Must be trained by the same force.
Only know how to use violence to solve problems.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Daryl, July 03, 2009 20:18:01
PM, DPM and PDRM

Now with UMNO members taking things into their own hands and no response from you guys. This need to be dealt severly before it get out of hands. Gangster mentality.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by smalluncle, July 03, 2009 20:43:30
No comments from TOp means silent consent!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by shamadz72, July 03, 2009 21:00:47
I am not surprised why Karpal Singh called Pemuda UMNO as "CELAKA". They deserved it smilies/smiley.gif

report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by arazak, July 03, 2009 23:09:52
Apa ke le bodohnya Si Jelani ni. Kan orang tu buat "daftar pengundi" dan bukan "daftar ahli parti". Apa fasal pulak nak tunjuk samseng?

Ni mungkin kes termakan cencalok dengan cili padi terlebih ni!

Lahabau betul. . ., buat malu orang Melaka aje!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Mee Udang, July 04, 2009 01:58:03
I did register as voters at banda hilir pasar malam, last sunday.. Wats wrong with that? Idioy! smilies/angry.gif

report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by fearless, July 04, 2009 05:14:07
UMNO Pemuda is habituated samseng
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Hipobi, July 04, 2009 14:52:54
Celaka punya Pemuda AMno
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM