A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tiga klip video: Rosmah perlu bersihkan imej

Tiga klip video: Rosmah perlu bersihkan imej PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 01 July 2009 18:16

(Hrkh) - Sebagai wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabiliti kepada perjuangan Umno dan suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan beliau.

Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi menegaskan sebagai 'first lady' yang sentiasa menjadi tumpuan ramai tidak boleh kekal mendiamkan diri.

"Jika tidak mempertahankan, ia seolah-olah ada benarnya juga," kata Athirah merujuk laporan dalam satu portal berita baru-baru ini.

Hampir dua minggu tiga klip video berupa dokumentari pendek yang menyiarkan beberapa orang yang dikatakan saudara terdekat Rosmah Mansor memberi gambaran negatif terhadap beliau.

Apa yang jelas, bagi Athirah belenggu 'hitam' yang membayangi wanita pertama itu akan terus menghantui perjalanan politik negara.

"Isu-isu 'C4' misalnya dikaitkan langsung dengan beliau. Malah rakyat juga percaya Najib duduk di bawah telunjuk Rosmah dan ternyata ia sangat sukar untuk dinafikan," katanya.

Beliau juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun apa yang menimbulkan tanda tanya, kata Athirah tidak pernah berlaku dalam sejarah negara 'first lady' menjadi tumpuan pemimpin besar negara luar malangnya sehingga kini masih tidak terjawab oleh beliau.

"Najib sebagai Perdana Menteri tetapi Rosmah yang lebih berperanan dalam sidang tertentu, Najib pula tidak menonjol," katanya.

Justeru, tegas Athirah, Rosmah harus membersihkan nama baiknya dan membuat penafian terhadap klip video tersebar itu sepertimana beliau pernah membuat kenyataan tidak mengenali wanita Mongolia.

Tiga klip video yang tersebar itu memaparkan beberapa individu yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rosmah. Video yang disebarkan dalam 'you tube' itu semakin mendapat perhatian pengunjung internet.

Video berupa dokumentari itu, menyiarkan beberapa interview yang membongkar kisah perjalanan hidup Rosmah Mansur dari awal kemuculannya hinggalah beliau menjadi isteri Najib Tun Razak.

Ekoran kemunculan klip video itu, dilaporkan dua pelajar Universiti Malaya Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri.

Badrul Hisham dilaporkan tidak mengetahui tentang penerbitan video itu.

Comments (7)Add Comment
...
written by banjarbp, July 01, 2009 19:33:25
Apalah PAS ni!!! bising pasal Wanita Pertama tapi engkau juga yang iktiraf. Cuba kata bini najib ke, atau apa ke....
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by asiana888, July 01, 2009 21:05:15
what Wanita Pertama?! I thought that was Eve. This one is bini kedua Perdana Menteri is it?!
report abuse
disagree 1
agree 27
...
written by Mama Juwie, July 02, 2009 02:19:01
Wanita Puaka Negara.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Rozlan, July 02, 2009 08:25:42
Permasiuri Agung is the real and officcially the First lady of Malaysia.No number given to PM wife..
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by sukinong, July 02, 2009 10:25:32
I thought the PM is suami ke2? Therefore, they were never even number 1.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by SECJDM3P044, July 02, 2009 10:40:34
Wanita Pertama??? so where should we placed Permaisuri Agong??

What Rosmah will used to clean her image?? Vacuum cleaner or PDRM??
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by AUTAR, July 02, 2009 20:10:16
Memang First Lady, tapi First Lady yang membuat onar pada nama negara Malaysia. Cari lah dalam dunia ni, manaada First Lady jadi tumpuan di tambah pula ada kes pembunuhan yang melibatkan suami beliau. Saya pernah kata dulu yang najib ni tak ada kena mengena pun dalam pembunuhan tu. Najib hanya ada dapat sedap saja dari anak Monggolia tu tapi Rosmah lah yang terlibat sebab Rosmah menyedari yang dia dah tak ketat lagi. Najib tetap cari yang ketat.
report abuse
disagree 0
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM