A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow PRU 13: BN Masuk Jerat Sendiri

PRU 13: BN Masuk Jerat Sendiri PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 30 June 2009 16:14

(Suara Keadilan) - Tindakan Mahkamah Persekutuan membelakangkan peruntukan untuk memberi keputusan memihak kepada Barisan Nasional bersabit krisis Perak bakal menjerat parti itu sendiri pada pilihanraya umum akan datang.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH chan berkata rakyat semakin arif mengenai sistem perundangan negara dan pasti menggunakan kelebihan itu untuk menolak BN dan sesiapa yang menolak Pelembagaan Negara.

Chan merujuk kepada cubaan Mahkamah Persekutuan mengelirukan rakyat dengan memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa menentukan status sama ada sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri itu kosong atau sebaliknya.

Chan berkata Artikel 34(1), 31(5) dan 33(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengenalpasti pihak yang berkepentingan dalam isu perletakan jawatan seseorang ADUN.

“Dalam kes membabitkan tiga ADUN yang melompat tersebut, pihak yang berkepentingan seperti yang dijelaskan dalam Perlembagaan ialah Hee Yit Foong, Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi, Dewan Undangan Negeri dan Speaker V. Sivakumar.

“Tidak disebut pun SPR dan dengan itu badan itu harus diketepikan dalam isu ini,” tegas Chan.

Pada Jun lalu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, dalam penghakiman setebal 20 muka surat mendakwa Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, memberikan SPR dan bukan Speaker, kuasa mutlak menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi.

Chan berkata peruntukan perlembagaan jelas menyatakan apabila timbul kesangsian mengenai status seseorang ADUN, keputusan muktamad hendaklah diperolehi daripada Dewan Undangan Negeri dan bukannya di mahkamah.

“Jadi apabila pertikaian wujud sama ada tiga orang ADUN pembelot ini telah meletak jawatan, mereka sepatutnya merujuk kepada Dewan untuk mendapatkan satu keputusan muktamad,” kata Chan.”Mereka gagal berbuat demikian tetapi sebaliknya terus membawa kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan yang menunaikan permintaan mereka untuk diisytiharkan sebagai masih menjadi ADUN. Hakim turut mengisthiarkan SPR adalah badan yang menentukan kerusi mereka kosong atau tidak,” tambah beliau.

“Itulah kerosakan yang mereka telah lakukan. Ada kemungkinan apa yang mereka bertiga lakukan beserta keputusan Mahkamah Persekutuan akan menyebabkan rakyat menolak kerajaan BN sehingga kalah pada pilihan raya akan datang,” Chan memberi amaran.

Comments (8)Add Comment
...
written by batsman, June 30, 2009 16:38:10
NH Chan must instruct the World Bank on analysing progress of rule of law in Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by Trueandfair, June 30, 2009 17:19:53
Seriously, I start to worry about the safety of NH Chan. His expeirnce and fairness as a former judge is an example for the current misplaced lot who thinks they are the Judge of BN and not Malaysians. I fear that NH Chan may soon get "special visits" from the Home Ministry enforcers under ISA in order to silence him from "educating" ordinary Malaysians on the ins-outs of the Federal COnstitution.

Mr NH Chan, please take good care and keep up the good work.
report abuse
disagree 0
agree 39
...
written by *********, June 30, 2009 18:32:20
Najib and Rosmah are a liability to Umno Kelantan in Manek Urai...More http://*********.********.com/...html#links
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Urangsabah, June 30, 2009 19:19:01
This is what Malaysian will get under UMNO

RM1,000 fine for Umno Youth leaders who obstructed Karpal
The Parliamentary select committee has proposed to fine four Umno Youth leaders RM1,000 each for obstructing Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) from entering Parliament


Pandikar (Nama sia Pandikar, tapi inda la tau) banyak fair itu sentence.Nazri what say you.No Wonder like the DPM say only God can forgive those who critize UMNO and PM say discussion on Malay unity is a religious thing, not sure where it is written.

Whereeslse but only in Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by miwaki, June 30, 2009 20:17:33
BN akan kalah teruk pada Pilihan Raya akan datang kerana party ini tidak hormat kepada rakyat Malaysia.Mereka ingat dengan kuasa, mereka boleh buat ikut suka dan ketepikan kemahuan rakyat.Kita rakyat Malaysia akan mengajar UMNO/BN siapakah benar benar ada kuasa pada Pilihan Raya akan datang.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Mama Juwie, June 30, 2009 20:30:26
The reason why UMNO will lose significantly in Manek Urai is because the people in that area has reasons to believe that most UMNO members in that area are not genuinely interested in their welfare or livelihood. Most of the UMNO members in Manek Urai are just opportunists who do not want to work hard but love to live happily with the cash supplied by their UMNO leaders.

Hatred to Najib may be a reason, but a small one. The fact is, the people of Manek Urai or in any outskirt area in Malaysia could not see how voting for Barisan Nasional would serve their interests anymore. They are more inclined to try a different establishment be it in the name of PAS, PKR or even DAP, so that they could compare these two.

It's no longer a "Melayu mesti undi UMNO" kind of thing; now it's more like "Melayu akan undi UMNO hanya kalau UMNO tidak mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan tikam belakang kawan".
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by ibabonma, June 30, 2009 21:33:14
It never crossed my mind that Judges were on the take, not until the Federal Court judgment was read to me as the Plaintiff (surely not Salleh Abas); then only I realized that Judges too were corrupted. Nothing has changed since then.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Sudahlah tu, June 30, 2009 22:06:58
segalanya bermula daripada sifat tamak seekor kera biakan mamak yang malu akan keturunan jati sendiri dan menukar menjadi seekor ular berlidah tiga .....
dia terus berpakaian seakan bangsa yang diagungkan dan dapat membeli sokongan melalui sifat berasuah dan bermaksiat ...........
hari ini , mamak ini dianugerahkan sebagai bapa bangsa yang diketuanankan ...
ha...haaa..ha ...
kini ..seluruh bangsa mulia ini menjadi bangsa yang paling bijak berasuah ...
mamak boleh ..
report abuse
disagree 0
agree 6

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM