A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Umno 'ajaran sesat'?

Umno 'ajaran sesat'? PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 30 June 2009 02:08

Arifin Mahmud, Harakah

Sebenarnya, kerajaan sudah boleh membuat keputusan sama ada mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atau tidak tanpa perlu merujuk kepada rakyat kita.

Mungkin tiada suatu peraturan pun atau prosedur yang menetapkan bahawa sesebuah negara itu perlukan sokongan majoriti rakyat untuk menerima seseorang kembali menjadi warganegara di negara berkenaan.

Ringkasnya, penguasa boleh saja menyatakan tidak ke atas pulangnya Chin Peng dan kita tidak perlu lagi berbalah mengenai hal tersebut.

Tapi, memang sengaja hal komunis ini dikembangkan sebagai wacana baru besar-besaran di media, forum seolah-olahnya ia suatu wabak baru yang mengancam kita; mengalahkan masalah ancaman selesema babi yang melanda negara baru-baru ini.

Kerajaan boleh terus menyatakan tidak kepada usaha mengembalikan Chin Peng dan hal itu terus didiamkan sahaja. Tapi, kenapa ia dipanjangkan ke dalam media?

Umno pun tahu bahawa akan ada kalangan rakyat yang bersedia dengan kembalinya Chin Peng dan ada yang tak bersetuju. Dengan sebab itu, rakyat kita akan kembali dipecahkan dengan menimbulkan isu ini.

Apabila rakyat dipecah-pecahkan, semangat kekitaan dikoyak-rabakkan, maka senanglah Umno meneruskan penjajahannya apabila ikatan perpaduan sesama rakyat musnah.

Matlamat Umno memecahbelahkan ikatan

Itu saja matlamat Umno menimbulkan isu-isu. Bukan ikhlas, tetapi untuk pecahbelahkan umat. Sebab itu Umno takut debat. Debat itu akan menyebabkan tembelang Umno pecah.

Bukti mudah, Najib menolak debat bersama Mursyidul Am Pas dengan 'memperalatkan' kedua-dua mantan PM sebelum ini, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi.

Najib tidak akan berani mengeluarkan kenyataannya sendiri. Yang tersiar adalah gambar dia sedang mengangkat telefon, kononnya sedang menerima panggilan Presiden Obama yang berunding dengannya berhubung usaha membebaskan tahanan Guantanamo.

Kembali kepada isu komunis misalnya, bukan tiada fakta yang menunjukkan bahawa hal pegangan seseorang itu bukanlah penyebab kepada seseorang itu tidak layak memohon menjadi warganegara di negara ini.

Contohnya, ketika mantan ketua pengarang Utusan Melayu Said Zahari dibawa semula masuk ke Malaysia ketika Dr Mahathir mula menjadi PM dahulu.

Dr Mahathir saat itu telah membatalkan larangan yang dikenakan ke atasnya yang pernah dilarang memasuki Malaysia suatu masa dahulu oleh Tunku Abdul Rahman.

Larangan Tunku itu tak pernah dibatalkan ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Tun Husein Onn, bapa kepada Hishammuddin sendiri. Hanya Mahathir yang membatalkan terus, lalu Said Zahari yang pro Sosialis dan perjuangan berhaluan itu akhirnya boleh diterima.

Tiada pula heboh-heboh di media dan tiada pula diangkat sebagai tajuk wacana, forum-forum untuk memecah-belahkan rakyat.

'Ajaran Sesat' Umno?

Ayah Pin didakwa mempunyai kerajaan di langit. Ini simbolik kepada kuasa, pengaruh dan inilah yang menyebabkan parti pemerintah, penguasa Umno berhati-hati dan berjaga-jaga. Jika ajaran sesat itu tidak bermotif politik dan kuasa, Umno tak peduli sangat.

Umno menyesatkan pemikiran rakyat dengan kurikulum Sejarah sejak merdeka mungkin. Hampir semua kisah perjuangan kemerdekaan ini Umno yang memonopolinya. Kita tidak lagi peduli tentang bagaimana Sosialis berjuang menentang neo-kolonialisme.

Mari mengkaji kesesatan pemikiran Umno sehingga memaksa rakyat meraba-raba dalam kegelapan. Ambil kes Henry Gurney sebagai contoh.

Media yang ditunggang Umno melaporkan kemuncak pembunuhan Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.

Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Penjajah tentunya pengganas, tetapi pengganas tak semestinya penjajah. Sekali lagi, siapa yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.

Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?

Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.

Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.

Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin.

Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.

Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.

Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.

Kesesatan Umno; terjebak amalan sihir?

Satu lagi masalah yang melingkari Umno ialah kebanyakan para pendokongnya ada yang telah menggunakan khidmat, pawang, bomoh dan dukun untuk mengejar kekuasaan.

Menjelang pemilihan perhimpunan agung parti itu termasuklah ketika pilihan raya umum sedang berlangsung, akan ada saja rumah-rumah pawang dan dukun dikunjungi.

Daripada maklumat-maklumat orang-ramai, kerap juga kita dengar bahawa ajaran sesat Ayah Pin misalnya terkait dengan sihir sehingga menyebabkan ramai yang terpedaya.

Ilmu sihir jelas bertentangan dengan ajaran agama biarpun Najib membangunkan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Abdullah melayangkan idea Islam Hadhari sebelum ini.

Pendek kata, idea penubuhan Baitul Mal dan segala agensi Islam tidak membatalkan dosa beramal dengan ilmu hitam dan sihir. Ini pun, sebahagian ciri-ciri ajaran sesat.

Dalam sebuah klip video YouTube ada ditunjukkan dakwaan terhadap isteri Najib yang kononnya telah mengguna khidmat pawang, bomoh dan dukun sebelum menikahi Najib dan selepas menikahinya. Najib dan Rosmah wajib membersihkan nama mereka.

Barangkali, tiada jalan lain untuk menutup semua ini melainkan dengan cara memberikan kesibukan ke atas fikiran rakyat dengan isu Kerajaan Perpaduan, isu sama ada Chin Peng wajar dibawa ke Malaysia atau pun tidak, termasuklah isu-isu remeh lain.

Di dalam YouTube, anda cuma perlu menaip Rosmah puaka dan tontonlah dakwaan yang terkait dengan isteri Perdana Menteri itu.

Jangan-jangan apakah ini antara sebab kenapa Perdana Menteri enggan berdebat bersama Mursyidul Am Pas tersebut? Wallahu'alam ...

Comments (6)Add Comment
...
written by 1eyecls, June 30, 2009 08:49:21
NAJIS,U SEBAGAI KETUA BN,I ADA BEBERAPA SOALAN UTK U SEBSGAI PM MESTI JAWAP,KLU TAK,RAKYAT AKAN LUCUTKAN JAWATAN U DLM PRU-13 YG AKAN DATANG:

1.MANA BALA?
2.SIAPA PEMBUNUH ALTANTUYA KLU BUKAN BAGINDA,KITA TAU ITU 2 POLIS HANYA ORANG SURUHAN SAJA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
3.MERITOKRASI YG ADA SYARAT TERTENTU BUKAN MERIT YG ARIF,DAN TAK BOLEH DIPAKAI,U DAH PERGI SELURUH DUNIA,NEGARA MANA YG ADA LAKSANA MERITOKRASI YG ADA SYARAT?
4.u mesti biarkan orang melayu bertanding,jangan ashik nak bantu-bantu-bantu saja,polisi mamakthir dah buktikan ianya gagal,NEP hanya mengkayakan UMNO elites dan sekutunya,bukan melayu jelata,globalisasi dah makin dekat,klu taraf persaingan melayu tak meningkat,matilah malaysia!
5.jangan salah guna KUASA,anwar pernah didakwa ke penjara kerana salah guna kuasa,u salah guna kuasa MEMBUBARKAN kerajaan SAH Perak,u bolih juga didakwa!!!!!!!!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by asguard, June 30, 2009 09:26:32
Memang sedangkan dah 52 tahun UMNO telah mengamalkan berbagai cara untuk memastikan ia berterusan berada di anjung kuasa dengan tidak bermoral dan etiqa...!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Admiral Tojo, June 30, 2009 11:27:42
Memang betul bahawa UMNO sesuatu pertubuhan yang mengamalkan ajaran sesat. Ketuanan Melayu bercanggah dengan Quran. Sila beritahu si Muhiyuddin tu.

Shalom
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Susanna, June 30, 2009 12:16:47
Ajaran yang benar akan mencetuskan pengikut yang benar dan mulia dan tentu sekali tak korup. Tetapi sebalik nya apa yang kita lihat pada orang yang sepatutnya menjadi teladan baik tapi meragut hasil titih peluh rakyat pulak! Mana lah ada di ajar betul?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Perak Boy, June 30, 2009 15:09:20


UMNO mengamal konsep MATLAMAT MENGHALALKAN CARA (the ends justify the means).
Bukankah amalan ini menjurus kepada KESESATAN ?

Contoh:

1) ISA :
Islam bertentangan dengan TAHANAN TANPA BICARA. Amalan dan penggunaan kuasa ini terang-terang menafikan keadilan. Apatahlagi bila ianya disalah gunapakai (motif politik) khusus kepada ahli politik dan agensi media untuk melenyapkan suara demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Senjata yang UMNO dan PDRM gunapakai adalah kerana .. ancaman kepada keselamatan negara dan sebagainya. Di sini menteri yang bertanggunjawab dan PDRM diambilkira sebagai maksum (lebih mengetahui dan bebas dari melaku kesalahan samada sengaja mahupun tidak). Rakyat dikehendakki mempercayai mereka (Menteri Dalam Negeri/PDRM) sentiasa 100% BETUL dan bertindak IKHLAS atas nama keselamatan negara tanpa motif politik (kononya). Dalam ertikata lain, mereka ini MAKSUM. Fu-Yooh, hebat betul mereka ini, kannn? Manusia luar biasa!

2) Pemecatan Tun Salleh Abas dan keruntuhan kewibawaan badan Kehakiman :
Sesiapa yang mengikuti kes Tun Salleh Abas dengan teliti (dari mula hingga ke keputusan Tribunal) pasti akan lihat betapa berat sebelah (bias) kes itu dikendalikan. Pemimpin UMNO tanpa belas kasihan menguna TALI BARUTnya (media perdana) mengutuk dan meracuni pemikiran rakyat dengan mengambarkan betapa ketidak layakan YAA Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan kononnya telah menyalah guna kuasanya. Untuk memastikan keputusan kes tersebut memihak kepadanya, mastermind UMNO (siapa lagi?) telah melantik YAA Tun Hamid Omar yangmana ketika itu merupakan timbalan kepada YAA Tun Salleh Abas dan orang yang akan menjawat jawatan Ketua Hakim Negara sekiranya keputusan tribunal mendapati YAA Tun Salleh Abas bersalah. Fakta ini saja sudah cukup untuk membuktikan ketidak adilan dan menjejas kewibawaan tribunal yang dilantik. Walaupun saya bukan dari profesyen perundangan namun saya tahu perlantikan ini bukan saja melanggar konvenyen kehakiman itu sendiri, malah menjurus kepada “conflict of interest”. Justice must not only been done, but it must also seen to be done. Lebih anih, tanpa rasa segan-silu YAA Tun Hamid Omar menerima jawatan Pengerusi Tribunal dengan alasan beliau tidak mahu dilihat menderhaka (?) kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. What a convenient excuse. Segala amalan kehakiman,perundangan dan perlembagaan diketepikan demi mengHALALkan matlamat politik yang berkuasa.

3) Datuk Ser Anwar Ibrahim Saga (Mata Lebam):
Kes ini sepertimana kes Tun Salleh Abas bukan saja memalukan negara, malah ianya memalukan bangsa melayu dan agama Islam itu sendiri. Seperti biasa MSM memainkan peranan kotornya dengan mengembar-gemburkan keburukan (SODOMI) peribadi bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jauh SEBELUM keputusan dibuat oleh mahkamah. Anihnya, tiada seorangpun Ahli Parlimen UMNO/BN menegur media perdana akan perlakuan sumbang ini. Tidak keterlaluan kalau saya mengatakan mereka sengaja membiarkan media perdana meracuni pemikiran rakyat dan membuat keputusan BERSALAH sebelum keputusan kehakiman keluar. Dan selanjutnya andapun tahu apa yang terjadi. Mahkamah dan kewibawaan badan kehakiman dan perundangan tungang-terbalik dibuatnya, semata-mata untuk mengHALALkan matlamat politik yang berkuasa.

Cukuplah dengan tiga kes/senario yang saya sebutkan diatas untuk membuktikan bahawa UMNO mengamalkan matlamat mengHALALkan cara. Dengan konsep ini mereka CARA – MEANS samada baik dan dibolehkan oleh Islam atau buruk/jahat tidak penting atau perkara kedua. Yang penting dan UTAMA ialah MATLAMAT politik mereka.

Maka dalam mengamalkan amalan ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan UMNO sesat atau telah menyesatkan agensi/badan kerajaan dan kehakiman dan juga rakyat.

Sehubungan itu, saya agak keliru dan tidak faham bagaimana YB Tan Sri Muhyuddin Yassin, selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan dengan memangkah (vote) UMNO, anda akan masuk ke syurga juga. Fu-Yooh .. hebat juga bakal PM kita nanti. Keyakinan beliau itu seolah dia boleh “kau-tim” dengan yang maha berkuasa.

Sekarang, saya nak ajukan soalan kepada anda sekelian.
BOLEHKAH PAS DUDUK BERSAMA UMNO ???
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by BUTEK, June 30, 2009 19:31:30
NAJIS BABI TUN RAZAAK PASTI AKAN KALAH TERUK KALAU BERDEBAT NGAN NIK AZIZ!!!

UMNO JELAS HARAM DISOKONG KERANA:

- MENJUNJUNG TINGGI UNDANG2 PENJAJAH KRISTIAN LAKNATULLAH

- MENGHALALKAN PENJUALAN ARAK DAN JUDI

- MENGUTIP CUKAI DARI PENJUALAN JUDI DAN ARAK

- MENGHINA UNDANG2 HUDUD DAN KISAS KUNUNNYA UNDANG2 INI TIDAK SESUAI DINEGARA MAJMUK SEDANGKAN MEREKALAH YG MELUTUT DI KAKI PENJAJAH MEMBIARKAN NEGARA INI YG DULUNYA 90% ISLAM DIDUDUKI OLEH HAMBA ABDI PENJAJAH SECARA KEKAL SEBAGAI RAKYAT...

-MENGHALALKAN RIBA

- MEMENJARA RAKYAT TANPA BICARA

- MENINDAS MELAYU ISLAM DAN MEMBIARKAN MEREKA MISKIN MELARAT (HANYA KUASAI18% EKONOMI NEGARA)

- TERUS MENERUS MENYERANG DAN MANGHINA SUNNAH DAN AL-QURAN DGN MENGAMALKAN GAYA HIDUP KRISTIAN, MENYUBURKAN HIBURAN, MEMBELA SIS DAN KUMPULAN SEKULAR YG HINA ISLAM...

HARAM MENGUNDI DAN MENYOKONG PERJUANGAN UMNO!!!!

report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM