A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow UMNO mampu pikat semula hati orang Melayu

UMNO mampu pikat semula hati orang Melayu PDF Print
Posted by admin   
Monday, 29 June 2009 02:53

(Bernama) - Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Umno masih berpeluang memikat hati orang Melayu dan penyokong parti itu serta Barisan Nasional (BN) jika ia berusaha keras memulihkan kepercayaan rakyat terhadapnya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Umno perlu membuat bedah siasat dan mendedahkan punca sebenar rakyat menolak BN setelah memenangi 11 pilihan raya umum dengan selesa.

“Masalahnya sekarang adalah untuk membersihkan Umno daripada rasuah.

Sekiranya Umno terus memberi tempat atau mencalonkan orang yang memenangi jawatan kerana rasuah, susah baginya untuk menang pada pilihan raya akan datang.” “Bukan semua yang menang kerusi Majlis Tertinggi (MT) melakukan rasuah tetapi majoriti daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Kedah di sini, hari ini.

Mantan presiden Umno itu berkata walaupun beliau kecewa dengan perlakuan rasuah dalam parti tetapi pada masa sama gembira kerana ada usaha untuk memulihkan balik kepercayaan rakyat terhadapnya.

“Saya tahu rasuah sukar dihapuskan tetapi berharap ia boleh dikurangkan.

Maksudnya orang yang rasuah kena rotan tetapi apabila dibenarkan bertanding yang menyebabkan rasuah berleluasa,” tambahnya.

Beliau berkata peluang untuk Umno dan BN merampas kembali negeri-negeri yang dimenangi parti lawan tidak mustahil dengan syarat amalan rasuah dibersihkan dari bawah walaupun agak sukar.

“Umno perlu sedar undi ahlinya sahaja tidak cukup untuk memenangi pilihan raya kecuali dengan sokongan penyokongnya dan BN,” kata Dr Mahathir.

Katanya pemilihan naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diyakini mampu membawa perubahan dalam usaha merampas kembali Kedah daripada parti lawan.

Dr Mahathir menganggap sokongan kepada Mohd Shafie daripada barisan kepimpinan Umno Kedah pada masa ini cukup bagus untuk membolehkan naib presiden parti ini menjalankan tugasnya dengan baik.

Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung itu, Dr Mahathir berkata beliau bersedia dan akan berusaha memulihkan Umno sekiranya dikehendaki dan Umno tidak boleh menyalahkan kaum Cina dan India akibat kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum tahun lepas.

“Kita kena cakap mengenai kebenaran dan hakikatnya rakyat kecewa dengan kepimpinan Umno. Untuk dihormati kenalah jadi Melayu yang bermaruah,” kata beliau.

Sebelum itu, ketika berucap Mohd Shafie mengulangi bahawa beliau tidak berhasrat sama sekali untuk menjadi Menteri Besar Kedah atau bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya melihat pemilihan menjadi pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah satu tanggungjawab dan amanah dan berharap sebarang masalah remeh-temeh dari akar umbi diketepikan terus,” kata beliau.

Turut hadir timbalan pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Comments (8)Add Comment
...
written by storm62, June 29, 2009 03:13:23
this mamak is speaking tamil ke? only samy vellu can understand him.

without "rasuah" you think he is worth millions today ke?

report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Liberian, June 29, 2009 06:52:28
TDM maybe you are just like the ostrich sticking you head on the sand. The Malays have gone far away from UMNO and its corrupted policies. They demand answers and they are ready to go without any NEP 30% help because with this NEP help, it did not benefit the deserveing Malays but only the corrupted UMNOputra and some of their non malay cronies. So you and UMNO pergi MAMPUS!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Ken Liew, June 29, 2009 08:21:12
UMNO mampu TIKAM semula hati orang Melayu Thats all they want to do...

Tell Najib to switch NEP policy... where Melayu who have RM 500,000 house will releave of NEP, cos RM 500,000 tak mampu berdikarikah??
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by asguard, June 29, 2009 09:08:32
UMNO is demon and devil's party whatever they say....it does'nt mean that they will sincerly keep their promise like 1Malaysia.... all race will be protected or will be treated fairly... the biggest lie that i ever hear from the demons and devil... The only motto that has been used again and again for past 52 years is EVERY SINGLE PROMISE IS TO BE BROKEN BY TOMMORROW... IT MEANS THAT THEY DON'T KEEP THEIR PROMISE ...FOR THEY LOVES TO BREAK EVERY PROMISES!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by miwaki, June 29, 2009 09:36:22
Mahathir yang Maha besar,hang jangan jadi bodoh,Rasuah adalah satu penyakit yang tak ada ubat untuk diubati.UMNO adalah satu parti yang korup dan semua menteri dan kaki tangannya adalah kaki rasuah.Macam mana UMNO boleh di hormati rakyat?

Rakyat Malaysia ada pilihan baru ia itu Pakatan Rakyat,kenapa rakyat kena tunggu UMNO,kan mereka dah terlena lama tak boleh bangun lagi.Biak mereka tidur,kita bangunkan negara ini sama sama dengan Pakatan Rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by chiongguo, June 29, 2009 10:21:29
Much of the umno's support came from the rural area. It is in these area that pas network is also very strong. The urban areas mostly belonged to the opposition because of the more literate population. The literate population are more aware of BN's national shame. The people in the rural area have less access to verifiable information and could easily be fooled into accepting umno as the sole defender of their rights. Many of them supported umno out of habit and emotion rather than from a carefully considered and rationalised position. This support base had been badly eroded in recent days as pas made in-road into the psyche of the rural folks mainly through relatives who are working and living in the urban areas.

Can umno hope to re-gain the support in these areas ? I doubt so. In fact I believe umno will lose even more ground when a certain critical mass of lost support is reached. This is a very strange natural phenomenon....occurs in all community.

report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Malaysian Heart, June 29, 2009 12:41:18
Let's not get overconfident that UMNO & BN are doomed in the next elections. To win all they have to do is this:

1) Show that Pakatan Rakyat state governments are no better than BN in good governance, transparency & accountability. Judging from recent reports http://mt.m2day.org/2008/content/view/23675/84/, PR seems quite keen to helb BN do this. How's thjat for bipartisan cooperation?
2) Convince Malaysians BN is changing for the better. Appoint younger, telegenic ministers to ensure KL drains are clean, then get pro-BN bloggers to sing praises about them.

Do the above and we Malaysians may just forget about voting for freedom, justice & democracy, and go with BN.
report abuse
disagree 0
agree 1
..., Lowly rated comment [Show]

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM