A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Cadangan debat Nik Aziz hanya buang masa - Rais

Cadangan debat Nik Aziz hanya buang masa - Rais PDF Print
Posted by admin   
Monday, 29 June 2009 02:52

(Bernama) - Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dianggap membuang masa.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.

“Sebaliknya adalah lebih baik untuk bermuafakat daripada berdebat kerana anggota PAS dan UMNO terdiri daripada kumpulan bangsa dan agama yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Gagu dekat sini hari ini.

Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, berkata tidak ada asas untuk mengadakan perdebatan dan adalah lebih baik untuk bermuafakat jika ada isu yang hendak dikemukakan.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Menteri Besar Kelantan itu yang mengajak Najib sebagai Presiden UMNO mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kemelut antara dua parti itu.

“Tiba-tiba.....tiada ribut, tiada hujan maka kita nak debat.....apakah yang mahu diperdebatkan ?.

“Debat itu tidak akan menghasilkan apa-apa perkara, malah saya rasa ini bukan masanya bagi kerajaan ataupun Perdana Menteri untuk menghabiskan masa untuk berdebat,” katanya.

Mengenai arahan kepada petugas media menghormati lagu ’Negaraku’ pada majlis rasmi kerajaan, Rais berkata jurufoto dan jurukamera media asing turut tidak terkecuali dalam mematuhi peraturan tidak mengambil gambar semasa lagu kebangsaan dimainkan.

Semalam, beliau berkata kementeriannya akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu ’Negaraku’ ketika dimainkan.

Peraturan itu bertujuan menghalang segelintir petugas media seperti jurufoto daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka ketika lagu kebangsaan dimainkan.

Comments (13)Add Comment
...
written by storm62, June 29, 2009 03:03:55
Rais anak Yatim, for once you're right that Tok Guru NIk Aziz will be wasting his time to debate with Najis simply because Najis is nowhere to compare with Tok Guru.

just let me "kau tim" that najis fella, no need Tok Guru.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by tenang, June 29, 2009 04:43:24
“Debat itu tidak akan menghasilkan apa-apa perkara, malah saya rasa ini bukan masanya bagi kerajaan ataupun Perdana Menteri untuk menghabiskan masa untuk berdebat,” katanya.



Banyaklah faedahnya debat terbuka itu. Rakyat akan mendapat maklumat yang lebih mendalam mengenai camp-camp politik yang berlainan. Janganlah UMNO sekarang takut apabila sesuatu yang "terbuka" diunsulkan -- apakah yang UMNO hendak sembunyikan?
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by wongnoball, June 29, 2009 07:53:14
Adakah ini bermakna Perpaduan MELAYU BUANG MASA??

Rupanya Regim Kejam UMNO Ganas tersekat kat JERATnya sendiri....ha ha ha ha

Bila sokongkan orang Malaysia cerdik Pandai dah berkurangan....banyak cakap pasal perpaduan....ingat masih am Jajahan Jepun, belanda, perancis. Kita teruskan Agenda Hapuskan UMNO Kejam....Bosan tengok permainan diktator kejam Rosmah, Najis, KJ, Polis.....jangan bagi peluang lagi!! smilies/angry.gif smilies/sad.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Raizzen, June 29, 2009 08:32:22
Isn't the poor chap just agitated that he, the Minister of INFORMATION was neither invited nor mentioned ?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by asguard, June 29, 2009 09:03:51
Najis don't dare to face tok guru...for he knows some in meddle of conversation ... while debate he will surely to lost face!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by karpi77, June 29, 2009 09:08:40
memanglah buang masa kalau sesuatu perkara tu kalau tak menyebelahi kau rais!!!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by devious17, June 29, 2009 09:20:53
oi! rais anak yatim, buang masa ka kamu dalam umno tak mampu nak berdebat? atau takut dimalukan semasa berdebat? atau takut masa berdebat pecah belanga umno?

tarak guna punya rais.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by budakindia, June 29, 2009 11:05:16
Kalau Rais berdebat dengan Anwar? Ada berani tak? smilies/cheesy.gif Shabery dah berbuih dek pukulan maut Anwar. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Kang Mas, June 29, 2009 11:10:40
Rais, menteri bakar jambatan tu memang pekak. TGNA nak 'tanya' Najib 'kenapa pendekatan Ameno tak menjurus kepada mendaulatkan Islam di Malaysia walaupun dah memerintah lebih dari 50 tahun?'.

Bila PAS nak kepada hukum hudud Ameno le specie pertama menentangnya habisan-habisan. Tak sesuai le di Malaysia kerana masyarakat majmuk, ketinggalan zaman dan macam-macam lagi.

Memang si Rais anak Yatim tu dah 'tersumbat telinganya' untuk mendengar bab-bab Islam ni.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Perak Boy, June 29, 2009 11:55:37


Ya, pada mulanya aku setuju dan sangat mengharapkan YAB Perdana Menteri kita menyambut pelawaan YB Datuk (Tok Guru) Nik Aziz berdebat secara terbuka. Tetapi setelah mendengar ALASAN Datuk Seri Utama Rais Yatim bahawa berdebat (secara terbuka) itu membuang masa dan tidak akan mendatangkan faedah, aku berfikir dan berubah pandangan.

Sila diingatkan bahawa YAB Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Takkan saudara-saudari sekelian sanggup melihat YAB Perdana Menteri Malaysia DIGANYANG lumat-lumat oleh seorang menteri yang lebih rendah jawatannya dari beliau. Debat ini bukan saja akan memBOGELkan YAB Perdana Menteri, malah akan terkeluarlah segala keMALUan yang tersorok dari pandangan mata rakyat selama ini. Bukankah ini mendedah suatu keaiban?

Sehubungan itu, kita rakyat Malaysia seharusnya memberi hormat kepada YAB Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib yang AMAT PERIHATIN (akhir-akhir ini)akan kebajikan (kita) rakyat Malaysia, sesuai dengan slogan (RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN) yang diilhamkannya (bersama isterinya?) dan diKOMERSIALkan oleh menteri yang bertanggunjawab ke atas porfolio penerANGAN/pengIKLANan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO, satu-satunya parti yang memperjuangkan bangsa meLAYU,
dulu..kini.. dan selamanya.

Secara peribadi, saya bersimpati dan merasa sedih melihat beliau yang (akhir-akhir ini) ke sana ke sini menJAJA slogan yang diilhamkannya (bersama isterinya?). Lihatlah, pandanglah raup wajah YAB Datuk Seri Perdana dan dengarlah laungan beliau (RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN). Jauh di sudut hati terdetik rasa pilu melihat Datuk Seri Perdana merintih simpati kepada rakyat jelata seakan-akan beliau mengetahui hayat jawatan beliau dan UMNO itu sendiri sudah sampai ke penghujung jalan. Kesian … aku ini agak sensitif.

Saudara-saudari sekelian. Sebagai rakyat Malaysia yang bertemadun dan kaya dengan budaya sopan-santun, kita hendaklah membantu YAB Datuk Seri Najib menutup keaibannya dari diketahui umum. Lupakan sengketa lama dan segala KEMUNGKARAN yang telah UMNO lakukan. Dan sebaliknya bersatu kita dibawah piagam 1MALAYSIA. SEE NO EVIL, HEAR NO EVIL, SAY NO EVIL.

Sekiranya kita mampu melupa dan memaaf dan kembali menyokong UMNO, YB Tan Sri Muhyuddin berjanji akan menempahkan tiket untuk kita ke syurga? Tengok ... betapa hebatnya bakal penganti PM kita sehingga boleh 'kau-tim' dengan yang berkuasa ke atas kita. Inilah yang dikatakan bekas PM - CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.


report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Blackgiring, June 29, 2009 13:16:19
MT...just throw away the agree or disagree vote if there is no freedom of speech!!!!!!!!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Susanna, June 30, 2009 12:18:53
Ya lah memang buang masa cakap2 banyak tentang unity bersama PAS
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by rams609, June 30, 2009 13:20:18
YOU ARE RIGHT. YOU ARE A WASTE OF OUR TIME! YES YOU!!!!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM